Aku Bukan Khunsa Lah !

Aku nak cerita kisah silam aku ….

masa aku kecil , umur lebih kurang 5 tahun aku ni macam lelaki sikit … aku tak suka pakai baju kurung … kalau mak aku suruh pakai gelang emas sebab raya , aku menangis sepanjang hari .. aku rasa geli dengan emas ni .. sampai sekarang aku tak suka emas.. aku suka berlian je .. demand tak ..

kalau jalan pergi kedai , aku mesti nak pakai topi .. topi tu wajib bagi aku .. memang sebijik lelaki lah … aku suka jam tangan yang besar besar macam g-shock .. dulu ada baby-shock kan .. err .. kecik sangat.. tak rock pakai kat tangan aku .. aku suka jam besar-besar ..

kalau raya pertama tu , kalau boleh aku nak pakai seluar .. malas nak pakai baju kurung .. panas pulak tu .. mak aku ugut .. kalau tak pakai baju kurung , tak boleh ikut raya .. tak dapat duit raya .. disebabkan aku nak duit raya , aku dengan tak rela pakai baju kurung …

*****

tiba suatu masa …

“anak awak ni khunsa ke ? nama perempuan tapi perangai macam lelaki ” , tanya seseorang kepada mak aku…

“eh tak la , perangai dia memang macam ni …” , kata mak aku kepada orang tu ..

saat tu mak aku suruh aku jadi perempuan sejati … time tu darjah 5 la kot .. lama aku jadi tomboy ni … form 1 baru aku mula pakai tudung .. masuk form 4 aku sedar bahawa aku ni sepatutnya menjadi seorang perempuan … *tak sedar lagi aku rupanya*

masuk universiti ni baru aku belajar pakai kasut tinggi (heels) , make up sikit , pakai selendang … hahaha .. kelakar pula aku teringat balik …

*aku pegang perut aku cakap kat anak , jangan jadi macam mummy ye*

Dunia Blog

14 comments


  1. bagus~ kembali menjadi nyata
    OrenzSusu recently posted..Lawak:Jangan cocok bontot aku lagi lah

  2. tehehe lawak nau ler entri ni….sekarang boleh guna heel berapa hinci tyka weh…
    Cik Kuntum recently posted..Iman Made In China

  3. heheh akhirnya kembali ke fitrah asal.
    izwannizam recently posted..Jodoh Tak Panjang

  4. hahaha..best entry nie..
    nizam ijam recently posted..Blog Yang Mempunyai Design Cantik Giler..

  5. rasanya benda ni common kot. almost all girls akan ade pengalaman jadi tomboi sikit. tapi saya takdelah sampai kena tahap khunsa tuh. haha. rambut panjang, tapi pakai baju longgar2, tak suka baju yang bunga-bunga renda-renda. tak perasan start bila. tapi form 3 dah stop sejak mula mengenali lelaki. :)

    adik saya yang kecik ni pun agak tomboi. tak boleh buat apa. memang akan jadi macam tu.

  6. hmm biasa jadi kalau adik beradik semua lelaki dan dia seorang je perempuan huhu
    Wan Gerrard recently posted..Daniel Ayala ke Norwich City

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: