Jangan Percaya Pada Kawan 100%

by admin on August 14, 2011

Kenapa tajuk entri begini ? Ini disebabkan pakcik aku menjadi bankrap disebabkan kawan . Petang tadi dapat call dari pakcik aku mengatakan dia bankrap .

Astaghfirullah , kitorang tak percaya langsung . Bagi aku dia seorang yang jenis tak suka hutang . Jadi macam mana benda ini boleh berlaku .

Rupanya dia di tipu oleh kawan . Kawan baiknya sendiri . Kisah dia begini . Masa tahun awal 2000 rupanya dia setuju menjadi penjamin kepada kawannya . Kawannya ingin membeli kereta . Jadi biasa la kena ada penjamin kan . Rupa-rupanya kawan dia tu dah 5 6 tahun tak bayar duit kereta tu .

Pakcik aku pindah rumah , jadi surat dari bank tak sampai kepada dia .. Dia baru dapat tahu lepas dia nak beli tanah . Bank tak lepaskan sebab dah blacklist . Baru dapat tahu bankrap .

Pakcik aku call kawan dia . *biasalah mesti dah tukar nombor telefon kan* . Jadi sekarang nak clear list kena bayar RM67,800 untuk kereta tu . Tak pasal-pasal kan .

Berhati-hati la jadi penjamin tu … Fikir baik baik sebelum jadi penjamin …

*****


Aku pon ada cerita . tapi aku tak bankrap lah . Dulu aku ada kawan baik . baik sangat dari form 1 sampai form 3 . kitorang tidur sama-sama .. macam hujung minggu aku pergi rumah dia , lepas tu tidur .. sambil belajar.

tetapi selepas form 4 tu , ada satu kawan ni dia baru pindah ke sekolah kitorang . dia tak de kawan . jadi dia kawan lah dengan kitorang berdua .

tak sangka si kawan baru ni burukkan aku kepada kawan baik aku tu. jadi kitorang bergaduh sebab orang ketiga .. walaupun kitorang memang baik gila gila tapi disebabkan orang ketiga , persahabatan kami putus .

sampai sekarang aku taknak ada kawan baik . biar kawan biasa biasa je . tak sanggup aku nak rasa kepahitan tu lagi .

Hati-hati dengan kawan baik ye . aku tak halang korang berkawan tapi ini apa yang terjadi pada aku . aku harap ia tak berlaku pada kawan aku yang lain .

{ 19 comments… read them below or add one }

GR August 14, 2011 at 10:09 pm

kepercayaan 100% hanya milik Allah =)

btw, memang kena berhati-hati dalam pilih kawan. satu lagi, permintaan yang melampau kalau boleh janganlah kita turutkan. ikutlah kemampuan yang kita rasa kurang risikonya
GR recently posted..Datang dan Pergi

Reply

admin August 15, 2011 at 1:32 am

btol tu…
kekadang baik ada makna ..

Reply

farah hanim August 14, 2011 at 10:12 pm

yup
xleh caye kwn 100%
no2.nt kwan mkn kwn
already expereince
farah hanim recently posted..Santapan Murni

Reply

admin August 15, 2011 at 1:33 am

kawan makan kawan mmg sakit hati..
perit sangat..

Reply

atiqsalleh August 14, 2011 at 10:22 pm

jangan percaya pada sesiapa even famili sendiri.. percaya 100%..
atiqsalleh recently posted..Suara Imam Mempengaruhi Makmum

Reply

admin August 15, 2011 at 1:34 am

family pon bahaya .
hrmm .
susah nak cari penjamin melainkan keluarga.

Reply

miss hearty August 14, 2011 at 11:01 pm

betol2..kawan pon leh makan kawan tau

mohon jasa baik korang untuk tinggalkan komen dientri neh :

http://heartylolipop.blogspot.com/2011/08/eyeliners-raya-giveaway.html

TQ!! :)

Reply

admin August 15, 2011 at 1:34 am

susah kan nak cari betul betul kawan

Reply

Zainal August 14, 2011 at 11:10 pm

Salam..

kadangkala itulah senario yang paling selalu berlaku pada kita…kita sebenarnya nak tolong mereka2 nih yang dalam kesempitan walaupun kita sendiri pun susah…

tetapi disebabkan kita tersalah pilih manusia tak mengenang budi dan mementingkan diri sendiri untuk ditolong…maka last sekali kita jugak yang merana…

Kekadang juga, manusia2 camni hidup miskin papa…tapi lagaknya macam milionaire…orang nak pakai keta…dia pun nak pakai…orang ada hanset canggih…dia pun nak beli jugakkk…orang pakai barang berjenama dia pun nak pakai gak…

itu yang kadang2 sanggup jual maruah diri dengan menipu kawan2…janji palsu dan sebagainya demi untuk memenuhi nafsu serakah nak bergaya tak padan dengan duit…

saya pun pernah terkena dengan orang camni…sebab tuh skang klu bab duit orang nak pinjam…uhhh…sorry and mintak mahap….nasib ler ko susah camna pun selagi ko ada hanset canggih..keta..jam lawa…etc…jual or gadai jer semua tuh…

klu dah susah buat la cara susah…klu takde duit…buat ler cam takde duit…jgn berlagak hebat tapi menyusahkan orang…
Zainal recently posted..How To Create Disk Partition In Windows Vista

Reply

admin August 15, 2011 at 1:36 am

terima kasih atas pandangan …
betul tu ..
apa yang orang lain ada , dia pon nak walhal duit tiada .
mula la pinjam duit.
satu masa loss contact .
banyak kali berlaku

Reply

izzati liyana August 15, 2011 at 12:04 am

betul tu. tak boleh menaruh sepenuh kepercayaan kepada kawan-kawan. yang kes pakcik awak tu sama dengan ayah kawan saya. sebab percaya kawan yang kononnya nak sambung bayar kereta, last2 ditinggalkan macam tu je. kereta entah ke mana, jahanam, tapi still kena bayar every month now ni. nak beli kereta baru, sangkut dekat bank sebab kes ni.

datang sini from rakan blogger 2dayblogger.com
izzati liyana recently posted..Hipokrit Itu Keji

Reply

admin August 15, 2011 at 1:38 am

oh kesiannya ayah awak .
apa la manusia sekarang.
nak hidup senang tapi susahkan orang.
tak apa . Allah akan beri rezeki lain pada awak .
mungkin awak boleh hadiahkan ayah awak kereta.

terima rakan 2dayblogger

Reply

izzati liyana August 15, 2011 at 6:10 pm

err. bukan ayah saya. ayh kawan saya. :) izzati liyana recently posted..Bahaya Belajar Overseas

Reply

admin August 15, 2011 at 8:25 pm

oh kawan ayah .
hehe salah faham plak

Reply

koqin karemo August 15, 2011 at 1:22 am

dh selalu kne… so, no komen… entri aku skang ni pun lebih kurang gak la pasal ni, tapi aku x highlightkan je…
koqin karemo recently posted..Aku Keliru

Reply

admin August 15, 2011 at 1:40 am

oh ..same ..
hrmm . ntah la..
kekadang pening fikir pasal kawan.
kita plak yang tak terurus..

Reply

Wan Gerrard August 15, 2011 at 3:02 am

hmm sharifah amani boleh jadi kawan baik ke? :P
kawan boleh jadi lawan bila berebut benda yang sama-sama nak huhu
Wan Gerrard recently posted..Lin Dan juara kejohanan badminton dunia kalahkan Lee Chong Wei

Reply

admin August 15, 2011 at 5:19 am

jangan la berebut sharifah amani ..
hahaha..

Reply

nazmi October 10, 2011 at 9:43 pm

aq sokong ko bro sbb aq dh terkena bro….

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: