Apa Perlu Buat Sekiranya Suami Curang

by admin on June 10, 2012

Bagi kaum wanita mungkin tidak ada yang lebih menyakitkan hati apabila mengetahui pasangannya berlaku curang. Jadi bagaimana menanganinya? Tidak mudah tetapi beberapa langkah di bawah mungkin boleh membantu.

Jika anda belum pasti yang pasangan anda betul-betul bermain kayu tiga, eloklah berhati-hati terlebih dahulu sebelum bertindak. Maknanya jangan bersikap membabi buta bila mengetahui suami anda bercurang. Ini kerana anda mungkin terlalu emosional, lalu perasaan marah, sakit hati, dan keinginan membalas dendam berkecamuk akan mempengaruhi tindak-tanduk anda. Berikut ada lima perkara yang anda harus lakukan.

1. Jangan tergesa-gesa meninggalkannya

Sebagai langkah pertama, hindari mengusir suami, apalagi meninggalkannya. Kedua hal ini adalah perkara terakhir yang boleh anda lakukan kalau difikir wajar. Apa yang perlu dilakukan adalah memerhati dan mengawasi apa yang terjadi, sambil mengumpulkan fakta. Hal ini lebih mudah dilakukan bila anda masih tinggal di dalam satu rumah. Jika anda mengusirnya atau anda yang meninggalkan rumah, akan sulit mengikuti pergerakannya.

2. Berhati-hati berkongsi kisah ini

 
Akan timbul keinginan untuk menceritakan kecurangan suami anda pada seseorang atau mencari simpati, baik daripada teman ataupun keluarga. Tetapi berhati-hatilah dengan apa yang anda hendak diceritakan. Bila anda berkongsi dengan teman wanita, biasanya dia akan memanjangkan lagi cerita itu kepada teman lain. Pastikan orang yang anda mahu mencurahkan hati anda adalah orang yang benar-benar boleh dipercayai dan mahu menyimpan rahasia itu. Sebaiknya jangan menceritakannya kepada teman lelaki anda kerana hal ini akan membuat situasi lebih sulit kerana biasanya mereka pula akan mengambil kesempatan.

3. Jangan ambil sikap tak peduli

 
Bila anda bersikap tidak ambil kisah, hal ini hanya akan membuat situasi semakin buruk. Betapa sedih rasanya mengetahui suami bercurang, anda tetap harus menghadapi kenyataan. Mengabaikan ketidaksetiaannya memberi peluang kepadanya untuk terus menikmati kecurangannya.

Berpura-pura tidak ada kecurangan yang dilakukan oleh suami akan membuatnya berfikir anda tidak berkeberatan dan menerima kecurangan itu. Pada saat-saat tertentu anda harus dengan tegas mengatakan kepada suami, anda mengetahui kecurangan itu dan memintanya dengan tegas untuk menghentikannya.

4. Berdepannya dengan bukti

Ramai berpendapat, anda harus berdepan dengan suami mengenai kecurangannya. Tetapi untuk berbuat demikian, anda harus mempunyai rencana matang. Pilih waktu dan tempat yang aman agar pembicaraan tidak mendapat gangguan. Jangan tanyakan kepada suami apakah dia bercurang. Sudah pasti dia tidak akan mengaku.

Perlihatkan bukti-bukti yang sudah anda kumpulkan seperti nama wanita itu, tarikh, tempat, telefon, dan lain-lainnya. Lalu ajukan beberapa pertanyaan kepadanya, seperti mengapa dia melakukannya, bagaimana mulanya kejadian ini, berapa lama kecurangan ini sudah berlanjutan, bagaimana perasaannya terhadap isu ini, dan apa yang akan dilakukannya setelah anda mengetahui perbuatannya.

5. Jangan terlalu memikirkan kecurangannya

 
Wajar jika anda ingin tahu tentang siapa wanita itu, tapi jangan sampai waktu dan tenaga anda terbuang hanya kerana wanita tersebut. Jangan terlalu obsesi pada keingintahuan anda terhadap apa yang mereka lakukan secara terperinci.
Tumpukan fikiran pada cara mengatasi masalah ini untuk anda berdua. Jangan permalukan diri anda dengan menuntut wanita tersebut meninggalkan suami anda. Dia tidak akan layan permintaan itu. Mengganggu atau mengancamnya boleh membahayakan anda. Bila salah langkah nanti anda boleh diheret ke pengadilan. Menghina mahupun meremehkannya juga akan membuat suami anda membelanya. Anda boleh membuat hubungan mereka semakin akrab lagi. Yang pentingnya, pusatkan tenaga serta usaha anda untuk mengembalikan perkahwinan anda seperti semula.

{ 2 comments… read them below or add one }

wida June 10, 2012 at 6:56 pm

hai teman-teman harus waspada.

Join To : http://www.cybercityindonesia.com / [email protected]

Reply

wida June 10, 2012 at 7:22 pm

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: