Janganlah Berburuk Sangka

Pagi tadi sarapan pagi di kedai mamak seksyen 17 bersama dengan mak dan bapak. Datuk Nawawi pon sekali ada untuk bersarapan pagi. Siapa Datuk Nawawi? Beliau seorang Dun UMNO Shah Alam. Bila kami nak bayar, mamak tu cakap “itu Datuk sudah bayar”.

Alhamdulillah rezeki pada hari ini. Tapi tiba-tiba ada suara dari belakang “politik je tu”. Aku mampu senyum. Tak baik gaduh dengan orang kerana politik kan.

Orang tu tak tahu isteri Datuk Nawawi tu best friend dengan mak aku. Belajar kelas arab di UiTM dulu. Sebelum jadi DUN kami dah rapat, aku dan anak Datuk pon rapat. Sekolah sama-sama kat SRK Raja Muda. Datuk belanja kami bukan kerana politik tapi kawan.

Biasalah orangkan cepat sangat berfikiran negatif. Sama juga kalau Khalid Ibrahim (MB Selangor) belanja kitorang makan. Bapak aku dan Khalid Ibrahim satu kelas waktu belajar di Kuala Selangor. Orang pon akan cakap “politik je ni”.

Aku pon selalu kena, aku ni suka belanja kawan makan-makan. Alah rezeki lebih kan. Ada juga yang cakap “belanja sebab nak bodek la tu” ataupon “belanja sebab nak beli kawan”. Tapi aku pedulikan. Biar orang pandang negatif pada kita. Kita tahu kita macam mana kan.

Kita janganlah cepat berburuk sangka. Aku pon nasihat pada diri aku. Kalau boleh bila tersalah sangka cepat-cepat istighfar. Mohon keampunan dari Allah S.W.T.

Dunia Blog

6 comments


  1. Man

    siapa yang cakap tu???melayu gak ke??

  2. tipikal malay. harap kita tak terjebak. aminnn.

    tp kadang2 terlalu bsangka baik pun tk elok jugak.eh hebat jugak yee fmly tika. patutpunn ada ‘datin’ hihi
    Nia Lidia recently posted..WW #9 – Siapa dia?

    • Datin Tyka

      a ah bersangka baik pon tak bole.. susah hidup ni.. he he..
      family biasa biasa je cuma kenalan ramai.. kita kan kene kenal ramai orang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: