Sabarlah Wahai Hati

Jam 2:50 pagi, aku masih tidak boleh tidur. Lepas siapkan assignment, menunaikan solat isyak dan diakhiri dengan solat sunat. Waktu berdoa teringat kedua ibu bapa lantas air mata mengalir. Walaupon belajar itu satu perjuangan tapi hati mana tidak sedih bila ibu bapa berjauhan. Mereka risaukan kita, kita pon akan risaukan mereka.

Aku bertanya pada kawan-kawan yang lain, “tak sedih ke”, lalu mereka kata “tak lah, teman ada”. Masing-masing sudah ada teman lelaki tetapi aku? Mungkin belum sampai lagi jodoh aku. Mungkin aku kena usaha lebih untuk bertemu jodoh.

Dulu aku di UiTM Jengka aku tidak lah sedih teruk sangat sebabnya aku terlalu aktif di UiTM. Aku join komander dan MPP, jadi aku tidak rasa sedih kerana jadual terlalu ketat. Meeting sana-sini, kursus sana-sini, latihan 24 jam untuk fitness , mantapkan kawad, dan macam-macam lagi. Tapi di UiTM Segamat tidak aktif langsung. Mana taknya, Diploma dan Degree tidak sama. Degree masuk Diploma cuti. Memang tak aktif di sini.

Tambahan pula masalah kawan. “Aku terlalu sayangkan kawan” akhirnya kawan itu membenci aku dan tambah pula ajak geng untuk benci aku. Tak boleh nak buat apa lah. Itu yang dia puas, itu yang boleh membuatkan dia bahagia , aku hanyaya redha. tabah dan tawakal. Aku pasti, masih ada kawan yang akan sayang aku lagi.

Anon yang selama ini aku ceritakan, itu adalah kawan kepada kawan yang aku sayangkan tadi. “Kecil je dunia ni” apatah lagi dalam alam maya ni. Selagi mereka nak jatuhkan aku, cuba lah sedaya upaya, aku tak mampu nak berlawan tapi aku yakin suatu hari Allah akan tunjuk balasannya.

Sabarlah wahai hati, sekejap je masa untuk habiskan belajar. Dah habis belajar, tak jumpa lagi dengan mereka.

Wahai hati, kuat lah engkau.

Dunia Blog

4 comments


  1. Mus

    sabarlah, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..
    jodoh kadang-kadang datang tak diduga.
    yang datang dicari tu tak semestinya kekal abadi..
    Mus recently posted..“Tiada Seuniknya” Tema Pertandingan Fotografi Sempena Pesta Kaul Mukah 2012

  2. Man

    anon yang duk follow perkembangan orang yang di benci adalah anon paling bodoh dalam dunia ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: