Blog Tyka

Flower

Archive for the ‘UiTM’ Category

Rindu Sangat Dengan Dia

Assalamualaikum ,

haaa , siapa pula aku rindu nih .. Lelaki ke Perempuan .. Sekali lagi aku ingatkan , aku tiada teman lelaki ye.. Maknanya aku rindu perempuan … siapa aku maksudkan ni… haaa , di akhir nanti aku umumkan nama dan gambarnya sekali… disebabkan cuti sem selama 4 bulan , membuatkan aku rindu sangat sangat dengan dia.. bulan 9 baru dapat jumpa dia =(

(more…)

Pengalaman Aku Berblog Selama 7 Tahun

Assalamualaikum ,

tunjuk muka tuan blog dulu …

aku buat entry ni sekadar pengalaman manis , pahit , masin , masam dan juga tawar.. macam macam ilmu aku boleh dapat dari berblogging ni.. aku cerita sedikit demi sedikit yer…

aku mula berblog pada bulan MEI 2005 (form 4).. mula-mula aku tak tahu apa itu blog , makanan ke ?? minuman ke?? kenapa aku rasa blog ni payah sangat masa itu… aku tak pandai menulis (taip) masa tu.. apa aku nak celoteh di blog?? aku tak reti .. tapi atas kesabaran dan tunjuk ajar “abang Acul” aku pandai berblog dan juga menulis … URL aku yang pertama adalah tyka-fantasia.blogspot.com (entah  ape ape je nama nya.. “muda lagi”)

dalam beberapa bulan kemudian ( tahun 2006) , aku dicadangkan oleh seseorang untuk belajar wordpress.. aku pon newbie lagi masa tu , aku belajar je la.. setelah dalam 1bulan aku gode-gode wordpress aku dapat rasa wordpress lagi best.. tapi waktu tu tak boleh transfer dari blogspot ke wordpress sebab free hosting.. aku pon tak kisah sebab blog tu ntah ape ape aku tulisnya.. so , URL WP aku tykafantasia.wordpress.com .. oleh sebab tahun 2006 adalah tahun SPM aku , maka aku jarang on9 , aku jarang bukak “Myspace” dan aku jarang update blog … habis SPM aku ingat nak sambung berblogging , tapi aku lupa pulak password .. jadi aku malas dan stop blog…

dalam beberapa bulan aku dioffer untuk mendapatkan blog dari harubiru.com , jadi aku dapat URL baru lagi , iaitu www.harubiru.com/tyka (aku tumpang je ni) .. aku mula blog dengan URL ni pada tahun 2007 (tak silap bulan Februari) .. blog ini amat bermakna bagi aku sebab aku mula pandai berceloteh , comment pon amat memuaskan .. dan Tun Dr. Mahathir pun waktu itu ada tinggal comment di blog aku .. yang aku ingat dia kata begini “be a professional blogger because it can make u be a professional person in world” – waktu tu aku buat entry “macam mana aku nak jadi seorang yang handal” (bangga jap Tun Dr. Mahathir comment)

dengan URL itu jugak ,aku banyak buat tutorial photoshop, sebab tu blog aku dapat sambutan ketika itu.. tapi sayang aku hanya tumpang hosting saja , jadi tuan domain itu tidak mahu meneruskan lagi ,maka aku stop macam itu je la blog aku.. (kalau aku ada domain sendiri ketika itu pasti aku dapat ranking paling baik di Malaysia sekarang ni kan…) tak apa , ni semua rezeki masing masing.. URL ni hanya bertahan pada tahun 2008 (bulan April).. time ni jugak aku aktif sangat dalam msjbox (chatbox yang berbayar).. kira satu komuniti la.. selalu join gathering .. tapi aku stop macam tu jugak ..

May tahun 2008 aku ditawarkan lagi blog tumpangan , iaitu dari Selamba.net … so, aku ada URL baru lagi iaitu www.selamba.net/tyka .. blog ini memang aku tak aktif sangat sebab time tu aku dah sibuk sebagai seorang pemimpin di UiTM Jengka, Pahang .. Memang tak sempat aku nak update blog.. so aku biarkan macam tu je..

akan tetapi pada tahun 2009 (Jun) tengah cuti sem , aku gatal beli hosting dan domain .. tujuan aku adalah untuk belajar dah faham tentang web dan blog secara mendalam. last-last aku rugi macam tu je.. URL waktu itu  www.atyka.net … RM145 setahun . gila mahal aku beli. haha . rugi macam tu je sebab aku tak update blog sangat..

November 2010 , aku saja buat URL baru lagi iaitu tyka89.blogspot.com … aku focuskan tentang diet aku seharian , tentang aku .. saja.. aku buat sebagai diary… tiba-tiba awal tahun 2011 aku di invite masuk ke dalam Sahabat Blogger (kat Facebook) .. di situ aku dapat satu kekuatan untuk mendapatkan domain dan hosting sendiri .. dan aku usaha sendiri untuk mendapatkannya…

Alhamdulillah URL aku yang sekarang ni . sitiatikah.com akan menjadi tetap sehingga bila-bila …. RM85 Setahun.. kira ok la ni.. tak mahal sangat…. ada yang tanya aku pasal tutorial photoshop.. tapi serius ni aku nak bagi tahu , aku dah malas nak buat. sangat sangat leceh.. tapi sekirannya aku nak rajin time tu , aku buat yer..

*Seandainnya aku dah tetapkan sitiatikah.com ni dari 7 tahun yang lalu pasti aku akan dapat top 500 ranking in Malaysia.. hehe perasan je.. kalah Ben Ashaari and Bro Framestone tau..

itu saja dari aku.. teruskan usaha kita sebagai seorang blogger …

#2 Wordless Wednesday

Konvo !! Alhamdulillah

Alhamdulillah aku sudah pon tamat dengan Diploma In Banking.. aku bangga , dan syukur sangat aku dapat tamatkan diploma aku.. thanks kepada mak bapak aku sebab bagi support dari awal tahun sampai akhir tahun.. ni hadiah untuk mereka ….

sekarang aku sambung Degree in Finance pula.. harap dapat tamat dengan sempurna.. InsyaAllah… kalau mampu aku akan belajar sampai ke tahap PhD… InsyaAllah dengan izin Allah S.W.T , aku akan sambung ke tahap tersebut…

tahniah juga kepada kawan kawan aku , sebab sama sama kita tamat dengan jayanya..

ni antara gambar gambar yang sempat tangkap selepas tamat nya istiadat konvokesyen… sikit je gambar sebab time ni hujan , sibuk cari keluarga sendiri , dengan bunga , macam macam..

itu saja dari aku .. sekian terima kasih

Berani Kerana Benar

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum WBT.. sebelum ni ada aku bagi tahu pasal langgar lari arwah jiran aku….

aku nak memperbetulkan balik semula

dan aku buat entry ni sebab ada orang tak puas hati dengan aku… ok takpe aku maafkan dia sebab dia terkejot aku attack kereta tu..  aku pon time tu memang sakit hati sebab langgar pastu tak tolong kan.. tu yang sakit hati tu..

firstly, bukan aku yang mula tulis status tu.. yang asalnya adalah dari teman lelaki arwah .. ni buktinya..

lepas tu baru aku copy paste…  dan ada blogger bantu aku untuk post entry tentang pasal ni.. terima kasih sangat sangat..  tapi setelah harini aku baru dapat tahu yang ada tak puas hati dengan aku rupanya lah.. aku mintak maaf sangat sangat.. tapi aku akan maafkan orang yang tak suka aku… aku seorang insan yang lemah.. aku tak sehebat sesiapa.. aku hamba Allah yang lemah.. aku umat Nabi yang tak kuat.. aku pasti ada kesilapan juga… so maaf sangat sangat…

ini pula pengakuan dari abang arwah… ok hal sebenar , masing masing tak tahu… polis sedang cuba siasat.. dan alhamdulillah owner kereta pon dah jumpa pihak polis cuma  kita tak tahu keterangan yang benar atau tidak.. Allah Maha segala Maha…  kebenaran pasti akan nyata..

ini semua Qada’ dan Qadar..

maaf kepada blogger Sporty Shikin… harap harap ramai jadi bukti bahawa saya dah minta maaf kepada beliau… oh ye , jangan lah benci semua komander kesatria , kerana kami hanya insan biasa.. menjadi komander sebagai tanggungjawab UiTM , menjadi manusia kerana kita ditugaskan daripada Allah S.W.T

itu saja dari aku bernama Siti Atikah

Wabilahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

You are currently browsing the archives for the UiTM category.