Blogger Boleh Ke?

Aku ni bab tajuk gagal sikit. Kadang-kadang tajuk ni boleh mendapat tarikan. Harap-harap tajuk ni dapat tarikan pada para blogger lah.

Sebelum tu aku nak ucapkan tahniah pada Norfa Nir atas kejayaan beliau yang telah mendapatkan memecahkan rekod Malaysian Book Of Record. Bagus atas usahanya. Nak tahu apa dia buat? Boleh baca di SINI.

Setelah baca entri beliau, hati aku terdetik dan berkata dalam hati, “sebagai seorang blogger boleh ke pecah rekod?” Jangan pecah rekod buat gosip sudah.

Kadang-kadang tu sedih sebabnya kalau dengar “blogger” je, haa mesti gosip. “saman blogger” tak sedap la nak dengar kan. Jadi aku teringin sangat dan ingin menjadikan impian bahawa “blogger bukan hanya pada gosip tetapi blogger sedia membantu”. Faham maksud aku? Tak faham, tak apa lah. He he.

Sebelum ni aku pernah bercadang dengan admin The Garang bahawa aku nak buat satu plan dari segi kerja amal. Sebelum ni selalu buat gathering je kan, kali ni kita kumpul blogger-blogger dari seluruh negeri kemudian melakukan kerja amal. Contohnya melawat rumah anak yatim ke, melawat rumah orang tua ke?

Tapi disebabkan blog aku masih lemah, aku susah nak dapatkan sponsor yang boleh sponsorkan untuk kami. Kami masih seorang pelajar dan kekurangan duit untuk memulakan rancangan kami. Jadi kami hold sebentar perancangan kami. Tapi insyaAllah kami tetap lakukan kerja amal ini.

Rancangan selepas ni sebenarnya aku nak blogger boleh pecahkan rekod Malaysia pula. Tapi kalau aku syok sendiri tak bergerak jugak kan. Oleh itu, aku harap para blogger boleh beri kerjasama dan memberi idea dan cadangan yang bernas kepada pihak kami.

Kita bukan blogger berkuantiti, tapi kita blogger berkualiti.

#Ada tak Persatuan Blogger? Bawah NGO? Kalau ada kan best, senang nak dapat bajet. he he.

Dunia Blog , , ,

14 comments


  1. ada bajet , plan smooth je jalan :)

  2. matlamat kumpulkan blogger utk kerja amal memang satu usaha yg sangat baik. teruskan lagi usaha supaya dapat sponsor yg baik. kalau blogger yg ada kerja mungkin boleh keluarkan sedikit duit sendiri je.

  3. semoga berjaya, nak gading bahu dgn aku pun , ok jerkk

  4. nak jadi blogger yang dapat income ribu2 sebulan.. hehe

  5. Man

    ada job baik ke kak?? join ley..

  6. satu usaha yang murni..insyallah akan berhasil juga nanti..chaiyok Datin Tyka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: