Kata-Kata Hikmah

Aku selalu tanamkan kata-kata ni pada diri. Kalau aku fikir negatif pada orang, aku akan cepat cepat motivate diri aku. Aku seorang yang biasa. Tak perfect, pasti ada kesilapan kan.  Aku akan kongsi bersama apa kata-kata himah yang aku sering gunakan.

  • Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.
    (kata ini sangat betul, aku sekarang dalam masalah ni. aku dah buat salah, takkan kita nak buat salah lagi kan)
  • Barang siapa yang tidak menjaga DIRINYA, maka tidak bergunalah ilmunya……” (Imam Ghazali)
    (kita perlu pandai jaga diri kita. contoh kalau kita belajar ke tahap Phd, tapi tidak pandai jaga diri, tidak guna juga.)
  • Setiap manusia pernah merasai kejayaan dan juga kegagalan dan setiap kejayaan dan kegagalan yang dirasai oleh manusia mempunyai hikmah dan pengajarannya yang tersembunyi disebaliknya.
    (Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah akan memberi dugaan pasti ada sebabnya.)
  • Sebaik-baik manusia adalah orang yang belajar dan mengajar Al-QURAN.
    (Al-Quran segalanya.)
  • Kesabaran itu menguji ketabahan seseorang. Setiap kesabaran yang disusuli dengan keikhlasan akan menjanjikan ganjaran yang lumayan di akhirat.
    (Sebab itu kita perlu bersabar, apa yang berlaku sabar je. tapi bagi aku sabar ada tahapnya.)
  • Rakan yang paling jujur adalah seseorang yang bergelar musuh.
    (Ni tepat sekali pada aku sekarang, aku sebenarnya jujur sangat dengan seseorang ni tapi kini sudah bergelar musuh kerana aku terlalu jujur.)
  • Sesuatu kehidupan itu amat berharga.Janganlah disia-siakan ,melainkan pada apa yang terbaik.
    (Diri kita amat berharga, jadi jaga lah dengan baik)
  • Carilah ilmu itu sehingga jangan lupa beribadat,dan beribadatlah sehingga jangan lupa mencari ilmu.
    (Ilmu dan Ibadat perlu seimbang.)
  • Menghormati orang lain seperti anda menghormati diri anda sendiri. Menghormati diri lebih memberi kepercayaan pada kita dan hendaklah kita jaga diri kita dengan menghiasi perbadi kita.
    (Kalau kita nak orang hormat kita, kita perlu hormat orang dulu.)
  • Hiburan itu tidak mesti membahagiakan tapi kebahagiaan itu sudah pasti menghiburkan.
    (Betul kata ini, tak semestinya hiburan tu boleh buat kita bahagia.)
  • Sabda Rasullulah s.a.w : Lihatlah kepada orang yang berada di bawah kamu dan janganlah kamu melihat kepada orang yang berada di atas kamu. maka ia lebih nyata bahawa kamu tidak akan menghina nikmat Allah atas kamu.
    ( riwayat al-Bukhari & Muslim )
    (Kita perlu sentiasa bersyukur dan bijak berfikir.)

Sumber : Buku-buku motivasi

Dunia Blog , ,

6 comments


  1. Yang first dgn last mmg best :D hehe kata2 yg merangsang diri sebenarnya. nak shareeeeeeeeee

    • Datin Tyka

      silakan…
      tanamkan kata kata ini pada diri kita..
      insyaAllah kita bole menjadi seorang yang terbaik di sisi Allah

  2. terima kasih dgn kata2 hikmah ni utk peringatan diri sy sendiri juga.

  3. wah… terbaik la kata2 hikmat nie…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: