Tips : Cinta Untuk Kebahagiaan

Tahukah anda cinta yang sebenar adalah selepas berkahwin. Sekarang yang anda cinta tu mungkin hanya cinta sementara. Cinta itu datang selepas berkahwin. Mungkin lepas “malam pertama” cinta itu makin berputik. Wah tak sabar aku nak “bermalam pertama”. Opss !!

“Cinta Untuk Kebahagiaan” bukan “Cinta untuk menunjuk-nunjuk”. Dulu aku pernah dalam situasi cinta menunjuk-nunjuk. Aku melihat kawan-kawan ada pakwe/makwe best je, aku pon nak cuba lah. Lepas dah “bercouple” bukan kemain aku tunjuk. Asyik tangkap gambar terus upload. Dulu kat myspace lah. Jadi cinta pada “hati” tak terasa langsung. Hanya cinta pada perkataan “cinta”. Menyesal tak sudah.

Jadi aku mahu kongsi bagaimana cinta untuk kebahagiaan supaya lepas ni anda suami/isteri lebih bahagia. InsyaAllah.

Tips cinta isteri ke suami.

  • Bersikap baik dan lembut dengan isteri
  • Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima fitnah
  • Jangan sekali-kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik
  • Bersabar terhadap karenah isteri
  • Mengendali nafkah dengan (tidak bakhil dan boros)
  • Bergurau senda dengan anak dan isteri (berkasih sayang dan mesra)
  • Membantu tugas-tugas isteri di rumah
  • Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri
  • Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga
  • Tidak bermesra dengan wanita lain
  • Menjaga rahsia isteri
  • Tidak merendah-rendahkan isteri di hadapan orang lain
  • Tidak makan hasil kerja isteri

Tips cinta untuk suami pada isteri

  • Berterima kasih di atas pemberian suami dan senantiasa mengenang jasanya walaupun kecil.
  • Segera memenuhi permintaan suami
  • Bertindak diatas keizinan suami, jangan sekali-kali mengangkat suara
  • Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri
  • Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi
  • Jaga hartanya dengan sebaik-baik tadbir
  • Jaga maruahnya dengan sebaik-baik taqdir
  • Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu daripadanya
  • Membantu urusan perjuangannya
  • Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami
  • Berlembut apabila dimarahi dan senyum apabila digembirakan
  • Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan bijak menutur kata di hadapannya
  • Menghormati keluarga suami
  • Menjaga rahsia suami

Tips cinta antara suami dan isteri.

  • Persefahaman
  • Wujudkan suasana romantis
  • Atasi bebanan kerja
  • Kepuasan seks
  • Elakkan sikap suka mengkritik pasangan
  • Saling percaya mempercayai diantara satu sama lain
  • Menghayati amal Islami
  • Kebijaksanaan mentadbir dan menyelesaikan masaalah rumahtangga

Tak sabar rasanya aku nak kahwin, nak rasa kebahagiaan ini.

Sumber : Majalah Anis

Dunia Blog , , , , ,

4 comments


  1. ahaaaa rasa nak nikah cepat2 je…Hai cepatlah cukup duit…

  2. Hehehe kan kan . makin syok bercinta bila dah kawin ni. heehe tp nia baru 18 . huhu bilaalah nak merasa nikmat rumah tangga ni. wahahaha :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: