Blog Tyka

Flower

Archive for July, 2011

Cara Tukar Blogspot Kepada Dot Com

Assalamualaikum ,

pasti ramai pengguna blogspot ada rasa teringin nak tukar ke dot com kan.. tapi tak tahu cara nya ..  oleh sebab itu aku buat satu entri khas untuk pengguna blogspot yang teringin ke dot com..

pertama sekali , korang kena ada duit .. selalunya harga domain ni RM30-RM35 untuk dot com .. kalau nak dot my RM120 .. domain ni boleh beli di mana mana seperti di Netkl , Jomhosting , Serverfreak , DataKL dan macam-macam lagi .. sebab selalunya harga sama je …

aku ambil contoh Netkl .. pergi ke netkl kemudian klik domains .. ianya akan jadi seperti ini..

aku bagi contoh bahawa aku nak domain aku nama datintyka.com kemudian akan keluar begini pula .. perhatikan betul betul ye …

ikut step by step .. tulis nama blog yang korang inginkan , kemudian setkan sama ada korang nak .com ke .com net ke .. tak kisah .. kemudia tulis code then klik lookup …

seterusnya ,

kalau available , terus klik order now , tapi kalau not available boleh cari nama lain … bila dah klik order now , ia akan jadi seperti ini …

klik checkout … nanti dia akan bagi detail , korang isi la borang tu baik baik … dah settle semua boleh lah klik complete order .. nanti akan bagi email untuk menunjukkan cara pembayaran , ikut sahaja langkah yang diberikan .. settle ..

ini untuk para blogspot nak beli domain saja , sebab tak mampu nak beli hosting lagi kan ..
lepas dah beli domain tadi dah settle buat pembayaran semua , sila login di http://www.blogger.com .. masuk ke setting > publishing .. tengok gambar ini

selepas tu klik pada custom domain, masukkan domain yang dibeli .. pastu dekat netkl setkan dns/CNAME dgn nama ini..

ghs.google.com

kemudian save…pastu tunggu sehingga domain tu direct ke hosting blogspot korang …

senang je .. kalau tak faham boleh bertanya di ruangan komen.. jangan malu jangan segan.. kalu malu sesat jalan ..

selamat ber[dot] com semua ..

Ada Makcik Tengok Aku Salin Seluar Dalam

Assalamualaikum,

semalam ada kenduri cukur jambul … aku jadi photographer sementara mak aku untuk kumpulan marhaban .. dah selesai marhaban , pergi la makan kan.. masa aku duduk nak makan tu , tiba-tiba ada satu makcik tegur aku…

dia cakap macam ni … “atikah , dulu masa kecil-kecil , makcik teringat mak salinkan lampin , seluar dalam atas meja .. sekarang dah jadi tukang ambil gambar .. besar dah atikah ni ye .. ”

hahaha .. apa lah mak aku ni , salinkan lampin ngan seluar dalam depan orang pulak … mak aku cakap tak apa lah .. baby lagi …. malu aku semalam makcik tu cakap aku macam tu ..

untuk pengetahuan semua , mak aku bawak aku ke kelas mengaji , kelas marhaban , mesyuarat dari dalam perut lagi sehingga sekarang .. sebab tu makcik makcik akan sentiasa ingat aku ..

yang untungnya , umur aku dah 22 tahun .. masih dapat duit tau… kekadang rm5 .. kekadang rm10 .. he he.. untung tak aku .. duit ini sebagai penghargaan aku jaga mak aku  masa mak aku sakit tahun lepas ..

kesimpulannya , jagalah mak bapak kita sebaik mungkin … bukan kerana duit tapi kerana dari bayi lagi mereka jaga kita kan.. sekarang kita balas balik jasa mereka ..

Pengakuan Datin Tyka

Assalamualaikum ,

aku nak mengaku bahawa aku suka seorang blogger ni .. bukan suka entry dia ke , blog dia cantik ke .. tapi orangnya .. OMG , aku jatuh cinta ke nih ..

cerita nya macam ini .. aku kan suka blogwalking ..aku jalan jalan , aku tertarik dengan header dia .. aku tulis kat shoubox dia “cantik la header awak” .. kemudian aku tengok dia letak widget FB .. apa lagi aku add lah..

Dia APPROVE .. aku pon main main inbox dengan dia .. tetiba macam dah jatuh hati .. iskh angau pula dah aku ni .. syok sendiri je aku ni … ape lah ..

:love: :love: :love: :love: :love: :love: :love: :love: :love: :love: :love: :love: :love: :love: :love: :love: :love:

Cara Aku Mengenali Blogger

Assalamualaikum ,

mula-mula aku nak korang doakan bapak aku sihat seperti biasa eh .. malam tadi kena masuk emergency sebab tak boleh jalan.. bila check-check rupanya jantung nya bengkak .. anak mana tak risau .. masa bapak aku dalam rawatan , aku apa lagi main lah wheelchair tu .. sebab tu gambar facebook aku berwilcha ..

sambung kepada tajuk entri ini … bagi aku bukan senang nak jadi blogger … setelah 7 tahun aku berblog (boleh baca di SINI ) setiap tahun , setiap minggu , setiap hari aku berblogging .. aku tahu mana yang serius dalam blog , mana yang nak cepat femes , dan macam-macam lagi karenah sebagai seorang blogger .. aku seorang silent reader .. mana aku nak tegur aku akan tegur.. itu cara aku untuk menjadikan seorang itu menjadi blogger lebih hebat ..

dan cara aku mengenali blogger itu adalah :-

  1. aku akan tengok biodata blogger tersebut .. sebab tu aku suka blog yang ada biodata ..  dari biodata lah kita akan tahu macam mana mereka boleh dapat nama blog mereka .. macam mana nick name kita .. baru orang tak serang melulu . tapi sayang  walaupun aku dah letak biodata aku masih ada anon comment cakap “datin konon” … sedangkan dalam biodata dah ada semua cerita macam mana aku dapat nama “datin” ..
  2. aku akan tengok follower mereka .. kalau follower mereka kurang dari 50 aku akan tengok mana kesilapannya .. kadang-kadang ada yang baru ada blog .. kadang-kadang dah lama berblog tapi cara penulisannya tak tertarik pula .. kadang-kadang theme blog tu kurang berkenan … so aku akan tegur mereka la.. tapi dengan cara baik dan bagi idea..
  3. kalau blogger tersebut letak widget FB mereka , aku akan like atau add mereka di FB .. dari situ aku akan kenal lah.. IM ke .. Inbox ke .. nak jadi blogger jangan sombong.. bila sombong orang tak nak jenguk blog kita dah ..
  4. aku ni jarang letak “singgah sini” kat chatbox blogger lain , tapi aku akan baca entry yang menarik lepas tu aku comment.. bila kita comment , dia comment balik … kita balas comment dia balik .. lama lama jadi tukang comment yang setia .. dah kenal .. senang kan ?? tapi ingat , kita jangan sombong nak mula kan comment ye ..

aku tak otai , aku tak retis .. tapi ini cari aku mengenali blogger sama ada blogger itu hebat atau tidak.. semua manusia dan semua sama saje..

akhir kata , doakan bapak aku sihat cepat nye.. :(

Bertudung Lawan Tidak Bertudung , Siapa Menang ?

Assalamualaikum ,

semasa blogwalking , aku berminat dengan entry ni ..

credit to Kaki Facebook

You are currently browsing the Blog Tyka blog archives for July, 2011.