Memandangkan sekarang musim pilihan raya dan masing-masing menjanjikan pelbagai percuma, aku pun nak kongsi pengalaman mengenai percuma.
MasyaAllah, sangat beruntung kalau dapat pendidikan percuma kan.
Aku akan ambil contoh pendidikan percuma ini.
Sewaktu aku belajar, bapak aku hanya tanggung duit belajar aku pada awal sem sahaja. Bermula sem kedua hingga sem akhir, aku yang bayar.
Aku tak ambil pinjaman PTPTN, aku tidak mendapat biasiswa tetapi bagaimana aku ada duit untuk bayar?
Segalanya atas usaha sendiri.
Aku bermula dengan menjadi seorang komander. Apabila menjadi seorang komander, boleh dapat elaun. Tapi bukan senang nak dapat elaun tau. Cikgu tengok siapa buat kerja atau tidak.
Balik dari kelas, aku terus mengajar kawad. Malam pula ada kelas dan lepas kelas ada pula mesyuarat. Jumaat, Sabtu dan Ahad pula camping. Itu lah jadual aku. Penat? Mesti lah penat. Tapi atas usaha nak dapatkan duit sendiri, tak nak menyusahkan orang lain aku sanggup penat.
Dengan usaha dan penat itu, aku boleh tanggung diri aku sendiri sepanjang 3 tahun aku belajar . Bagi aku, aku belajar dengan percuma kerana aku puas hati mencari rezeki untuk mendapat ilmu. Nikmat itu akan dapat rasakan sekarang.
Jadi, jika selepas pilihan raya ini anda semua dapat belajar dengan percuma, anda semua patut bersyukur sangat-sangat. Belajar lah betul-betul apabila mendapat pendidikan dengan percuma.
Apa pun, selamat mengundi kepada seluruh rakyat Malaysia.
{ 15 comments… read them below or add one }
Walau dapat pendidikan percuma. Jangan hampakan harapan ibu ayah, negara dan diri sendiri..
CutiMalaysia recently posted..Contest Blog Travel Cuti Malaysia & iGotravel.my : Hadiah Keseluruhan LEBIH Lumayan. Bernilai RM 1500++
benar tu
bagi aku, benda percuma ni..ramai yang akan jadi malas. Bukti dah merata.
titan recently posted..Isu video panas Nurul Izzah Anwar
Aku setuju, tp janji popular macam ni mmg senang perangkap org muda..hehee
hafizmd recently posted..PRU13:Masanya Kerajaan & Rakyat Kerja Kuat BUKAN Buat Orang Meluat!
macam ko kan… malas.. ini lah bukti pertama
Macam macam janji yang diberikan banyak pula hutang yang diciptakan
Oneblogsocial recently posted..Cara Menukar Theme WordPress
huhuhu agak2 PTPTN je ke yg free? Mara macam mane lak?
Khairul Zamri recently posted..Perjalanan Alexa Rank KhairulZamri.com sepanjang April 2013
tak tahu la.. he he
Memang best bila semuanya percuma, tapi harapnya anak-anak muda (kalau jadi pendidikan percuma ni) jangan ambil kesempatan pulak. Mentang-mentang free. Huhu
Zida recently posted..Melakar Sejarah 5 Mei 2013
siapa tak nak percuma apalagi kalau pendidikan, gadget atau kereta percuma wow
munir ardi recently posted..Mikha Angelo akhirnya harus Pulang pada Gala Live Show 11 X-Factor Indonesia
alhamdulillah dan tahniah yer. tak ramai yang sanggup buat macam ni.
Denaihati recently posted..Keeks Blogger Paling Best pilihan anda
ramai yang “malas” untuk aktif kokurikulum..
Semua benda nak bagi percuma. Bagi aku la ada dua benda je yang patut dimurahkan. Bukan dipercumakan. 1) Minyak. 2) Kereta. Minyak tu la penyebab utama semua barang keperluan dan makanan dekat Malaysia ni naik melampau. Itu je.
Hazmin Hamudin recently posted..Google Doodle | Pilihan Raya Umum Ke 13
hebatlah DT!
nak seribu daya, tak nak sejuta dalih…
hafizmd recently posted..PRU13:Masanya Kerajaan & Rakyat Kerja Kuat BUKAN Buat Orang Meluat!
memang bestlah kalau bisa segala percuma
munir ardi recently posted..SOS Girl Band Indonesia yang NGetop di Korea