Hi Tea Bersama Duta Aman Palestin

by admin on May 2, 2013 · 14 comments

Ahad lepas bersamaan 28 April 2013, NGO Aman Palestin ada buat satu program, iaitu (seperti dalam gambar)

program di Blue Wave Hotel, Shah Alam

Tujuan program ni adalah untuk mengutip dana perubatan untuk saudara kita di sana.

Sebelum memulakan cerita, maaf aku tak dapat ambil gambar yang banyak. Kamera dah canggih dah, tapi disebabkan kesihatan kurang mengizinkan.

Aku akan cerita mengikut gambar ya.

Duta Aman Palestin

Ini antara artis yang terpilih untuk duta Aman Palestin. Yang tak dapat hadir waktu itu adalah Maulana. Mungkin ada hal.

Pengacara TV Al-Hijrah

Maaf aku tak tahu nama nya, tapi aku tahu dia pengacara. he he.

Program sepatutnya bermula pada 2:30 petang, aku dah sampai dalam pukul 2:15 petang . Biasalah rumah dekat saja. 5 minit saja dari rumah. Tapi biasa lah, janji Melayu, maka program pun bermula pada jam 3:15 petang. Dah la aku demam, aku sorang je. Duduk diam-diam saja la di meja.

Majlis dimulakan dengan mengaji Al-Quran oleh saudara ini. Sedap suara nya. Sangat merdu dengan burdahnya. MasyaAllah.

Keadaan anak kecil di sana

Ini adalah seorang doktor pakar yang menjadi sukarelawan untuk ke Gaza. Beliau menceritakan tentang keadaan pesakit di sana dan juga memberitahu berapa mereka perlu untuk perubatan. Mereka perlu sekurang-kurangnya RM500,000. Sesiapa yang ada rezeki lebih, mari lah kita membantu mereka ya.

Kemudian acara diteruskan dengan bacaan sajak oleh Zoey. Zoey menyampaikan sajak yang menceritakan tentang pengalaman ketika beliau berada di Gaza. Tersentuh hati juga mendengarnya.

Zoey dengan sajaknya

Kemudian 3 artis yang pernah ke Gaza naik ke pentas untuk menceritakan pengalaman masing-masing.

Zoey, Yatt Hamzah dan Farah Adeeba

Apabila mendengar cerita dari mereka semua, memang rasa diri ini nak sangat ke sana untuk melihat sendiri keadaan di sana. InsyaAllah ada rezeki lebih akan aku ke sana.

Sebelum makan petang, ada perasmian “Derma Dan Menang”.

Derma Dan Menang

Siapa derma boleh dapat hadiah kereta. Hebat tak hebat. Untuk maklumat lebih boleh ke laman SINI.

Setelah selesai perasmian “Derma dan Menang” ni, maka boleh lah makan. Memang sedap makanannya. Walaupun aku demam, berselera lah juga. He he.

Semasa makan, ada persembahan dari Ayu, Heliza, dan Salima.

Ayu

Heliza Helmi dan adiknya

Selesai saja aku makan, aku terus cari Heliza untuk tangkap gambar bersama dan balik. Memang tak tahan sangat badan masa tu.

Aku dan Heliza

P/s- tak sabar badan aku nak menjadi macam Heliza. Heliza pun support aku taw. He he. Masa ambil gambar ni sempat dia cakap “tyka, nanti kumpul geng-geng lama buat gathering”. InsyaAllah aku akan kumpul fan club Heliza “Team Bereh” untuk buat next gathering.

{ 14 comments… read them below or add one }

Akuro San May 2, 2013 at 8:04 pm

Nama pengacara tv Al-Hijrah tuh, En. Amin Idris…
Akuro San recently posted..Senarai Pusat Mengundi PRU 13 Johor

Reply

admin May 2, 2013 at 8:42 pm

ok terima kasih ya… tak ingat nama nya

Reply

Hazmin Hamudin May 3, 2013 at 9:47 am

Punya la nak suruh rakyat malaysia ni menderma sampai kena buat peraduan pulak.
Hazmin Hamudin recently posted..Macam Ni Rupanya CPUV Nuffnang

Reply

admin May 3, 2013 at 2:57 pm

tu la… hadiah kereta plak tu..

Reply

staibaqhang May 3, 2013 at 11:17 am

bagus program mcm ni. tapi bagi saya nilai hadiah kereta tu lebih baik diberikan kepada tabung derma aman palestin….
staibaqhang recently posted..The Top Malaysia Photography Blog

Reply

admin May 3, 2013 at 2:57 pm

setuju sangat… masa tengok hadiah tu tertanya tanya dalam hati.. mungkin ada yang sponsor

Reply

titan May 3, 2013 at 12:25 pm

ohhh..heliza….
titan recently posted..Jobdirumah Payment – Kali ke 32

Reply

admin May 3, 2013 at 2:59 pm

mula da kegatalannya

Reply

titan May 4, 2013 at 3:57 am

menda gatalnya. dia junior aku ma. satu universiti.
titan recently posted..Contest Review Tak Terkalah.

Reply

Along May 3, 2013 at 1:02 pm

Bagus malaysia ne anjur macam2 program bantu palestin
Along recently posted..Cerita Lawak

Reply

admin May 3, 2013 at 3:01 pm

Alhamdulillah Malaysia masih boleh bantu

Reply

Denaihati May 3, 2013 at 3:46 pm

wah, kawan kamcing heliza juga rupanya…
semoga tabung perubatan ni dapat sambutan yang hebat untuk bantu saudara kita disana.

Reply

admin May 3, 2013 at 3:55 pm

takde la kamcing sangat.. sebab dulu ahli fan club yang aktif..
insyaAllah amin..

Reply

munir ardi May 5, 2013 at 5:07 am

Semoga mereka dimuliakan oleh Allah dan selalu dipermudahlan urusannya
munir ardi recently posted..Mikha Angelo akhirnya harus Pulang pada Gala Live Show 11 X-Factor Indonesia

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: