Tanggungjawab Sebagai Seorang Pemimpin

by admin on May 6, 2013 · 7 comments

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada DS Najib kerana kekal menjadi Perdana Menteri yang ke tujuh.

Ok, aku tak nak cerita lebih tentang politik di blog aku sebab blog aku bersih. He he.

Aku nak kongsi pengalaman bersama dengan anda ketika aku menjadi seorang pemimpin.

Sewaktu aku belajar di Universiti, aku seorang yang sangat aktif. Aku menjadi komander, exco Majlis Sukan Pelajar dan exco Majlis Perwakilan Pelajar.

Pada semester 5, aku terpilih untuk mewakili UiTM Jengka untuk menghadiri Kursus Kepimpinan Komander Kesatria UiTM 1 Malaysia. Maknanya orang-orang yang hebat aku jumpa. Aku tengok masa tu semua “tough” belaka. Aku je gemuk masa tu. He he.

Kursus ni memang betul-betul buat aku rasa berat tanggungjawab untuk menjadi seorang pemimpin. Masa tu aku menjadi penghuluwati. Lagi berat lah tanggungjawab aku. Tapi senang nak jaga anak buah sebab mereka pun pemimpin bagi kampus masing-masing kan.

Pada malam terakhir, selepas solat Isyak, aku dan penghulu dipanggil oleh Mejar Fauzi. Mula-mula kami dihidang air teh panas di atas meja. Aku ingat dia bagi kitorang air tu untuk minum. Sekali ambil kau ! Malam saiko gila.

Mejar Fauzi tumpahkan air teh tu atas meja. “Nah, minum air yang tumpah ni”.  Agak-agak korang, korang nak minum tak air yang tumpah atas meja tu. Aku tak nak sebab meja tu kotor. Aku dengan penghulu pandang antara satu sama lain. Saiko gila malam tu, nak menangis dah aku.

Mejar Fauzi bagi 5 minit untuk kami berfikir sama ada nak jilat air yang tumpah itu atau tidak. Kalau tak ada siapa yang minum, semua peserta kena kawad rekrut selama 1 jam. Kawad rekrut ni, 5 minit dah boleh melecet tau. Apatah lagi 1 jam. Ya Allah masa tu tak boleh nak fikir apa dah.

5 minit pun tamat. Mejar Fauzi terus jilat air yang tumpah tu. Kemudian dia terangkan kenapa dia buat macam tu.

Bayangkan air teh tu anak buah kita yang sedang buat kesalahan, ketua yang kena bersihkan nama anak buah tu walaupun bukan salah ketua. Sama macam anak kita. Kalau anak kita salah, orang pertama yang disalahkan adalah ibu bapa nya kan. Ibu bapa juga yang akan bersihkan nama anak dia. Betul kan.

Dalam hal kitorang, ada anak buah tu kantoi hisap rokok. Kitorang yang kena marah, maki dan macam-macam lagi yang hina. Askar kan, redha je la kena maki semua tu. Malam tu kena lah denda kawad rekrut. Masing-masing melecet di kaki, celah peha dan celah ketiak. Injured semua orang masa balik ke kampus masing-masing.

Bukan senang untuk menjadi seorang pemimpin ni. Semoga Perdana Menteri kita menjalankan tanggungjawab dengan baik dan juga menteri-menteri di Kabinet.

Amin

{ 7 comments… read them below or add one }

Denaihati May 6, 2013 at 8:46 pm

terbaiklah mejar fauzi ni, mesti buat ingat sampai bila-bila dan lebih menyedarkan kita tanggungjawab yg sangat sebagai peminpin walaupun kat rumah

Reply

Oneblogsocial May 6, 2013 at 9:01 pm

Berani memimpin berarti berani untuk menanggung kesalahan atas yang dilakukan oleh yang dipimpin.Secara logic memang kita dilarang memakan barang yang sudah kotor,mungkin dalam hal ini terdapat adat yang harus dikerjakan.
Oneblogsocial recently posted..Domain Mapping

Reply

Sop May 6, 2013 at 10:00 pm

semoga kita mendapat peminpin yang baik..
bukan senang nak jd pemimpin kan?
Sop recently posted..I Am The Unstoppable Explorer

Reply

munir ardi May 7, 2013 at 8:41 am

JAbatan adalah tanggung jawab dan akan dimintai pertanggung jawaban di hari kemudian
munir ardi recently posted..SOS Girl Band Indonesia yang NGetop di Korea

Reply

hafizmd May 7, 2013 at 3:05 pm

Hebat!

Satu analogi mudah yg mudah difahami, serius terus rasa macam terpana kejap.

Semua org ingat senang jadi PM.
hafizmd recently posted..3 Sisi Tak Terkalah Blog AhmadFaizal.com!

Reply

titan May 7, 2013 at 7:14 pm

hoho..gua pernah kena benda ni dulu.
titan recently posted..Senarai peserta Contest Review Tak Terkalah.

Reply

Khairul Zamri May 7, 2013 at 11:28 pm

dia punya contoh tu terbaiklah sampai jilat air gitu
Khairul Zamri recently posted..Done with Final Year Project Presentation

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: