Nak Cepat Kaya???

Zaman sekarang ni, dalam keadaan macam mana pon, semua nya kena guna duit. Nak pergi tandas pon kena bayar. Jadi semuanya duit. Sekarang juga ramai memerlukan duit sebab teknologi makin canggih. Ipad, Tab, Iphone, Android. Macam-macam lagi. Mesti rasa nak beli kan?

Gaji tak seberapa, kerja keras tapi seperti tidak berbaloi kan. Jadi pasti ramai nak jadi cepat kaya kan. Oh, di sini aku bukan nak bagi cara cara cepat kaya. Tapi ingin memberi nasihat. Aku bukan lah seorang yang baik sangat, tapi aku ingin berkongsi ilmu kepada kawan-kawan.

Apa yang aku nampak di sini , kalau kita buat kerja “HARAM” pasti cepat kaya. Itu bagi pendapat aku, mari kita tengok betul tak. OK kalau kita jual dadah, mesti cepat kaya kan? Contoh di kawasan kampus bahagian asrama lelaki. Selalu kena spotcheck tentang rokok. Tapi andai kata ada perempuan beli dan jual rokok kepada lelaki walaupon mahal, mereka sanggup bayar.

Lihat, apa yang berkomplot, rasuah atau melalukan perkara yang dilarang pasti cepat kaya. Tapi ingatlah, cepat kaya di dunia tapi adakah cepat kaya di akhirat? Kaya dengan dosa? Pasti tidak mahu kan, mesti kita mahu kaya dengan pahala. Jadi jangan lah melakukan kerja yang haram.

Banyak lagi kerja HALAL di dunia ini. Jika keliru dalam kehidupan kita, memperbanyakkan solat istikharah, solat hajat meminta jalan yang lurus. Allah S.W.T sentiasa dengar masalah kita. Dan Allah S.W.T yang akan menyelesaikan masalah kita.

Ramai kawan aku keliru dengan skim cepat kaya, kerana cara mereka mempromosikan betul betul membuatkan mata kita nampak duit sahaja. Jadi aku memberi nasihat buat lah solat-solat sunat. Allah yang memberi rezeki, beliau tidak pernah memberi rezeki yang Haram, yang memberi rezeki Haram adalah musuh kita iaitu Syaitan.

Akhir kata, bila kita usaha mencari rezeki kerana Allah, InsyaAllah Allah akan memberi rezeki kita yang sangat banyak. Ajal,Jodoh dan Rezeki datang dariNya.

Wallualam.

Dunia Blog , ,

2 comments


  1. usaha tangga kejayaan
    phat recently posted..Cerita tentang Nur Syaza Sofia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: