Dulu Best, Sekarang Tak Best

by admin on March 2, 2012

Apa yang best, apa yang tak best? Tahun lepas tahun 2011 zaman aku nampak blogger sedang meningkat. Tak kisah lah jenis jatuhkan orang, atau mencari ilmu. Aku nampak semua tu. Yang kejar traffic, yang tak reti reti nak kejar traffic. Macam-macam karenah aku nampak. Blogger kahwin, gathering blogger. Semua semangat. Aku pon semangat pada bulan Jun sampai September. Oktober aku tidak sangat join ke alam blogger kerana sambung belajar. Jadi begitu malas aku mahu update.

Apa yang aku mahu sampaikan di sini adalah, mana hilangnya blogger lain? Yang aku nampak ping dekat group di Facebook orang baru sahaja yang hanya syok ping. Aku tu kekadang masuk la blog mereka, tinggalkan comment.

Aku ni kekadang ketinggalan zaman. Tup tup dapat tahu ada blogger yang bergaduh. Oh sungguh tidak faham aku. Nak ajak gaduh tu ajak sekali. He He.

Dan apa yang aku nampak juga, bila blogger mahu menang sesuatu contest, beria bebenar nak suruh kita buat itu dan ini. Tapi bila kita mahu minta tolong, balas chat pon tidak. Nak kata ini ke “orang melayu” atau ini ke “blogger”. Sama-samalah kita bantu, jangan lah cari kawan ketika dalam kesusahan.

Yang masih mengejar traffic tu masih ada aku nampak tapi cara yang tidak sepatutnya. Memang YA kalau buat tajuk unsur unsur “kelucahan” traffic tu agak bagus. Ataupon “tentang artis”, trafficnya juga bagus.

Dulu aku nampak semua rajin buat “Wordless Wednesday” dan “Spontaneous Thursday”. Sekarang tiada lagi. Aku pon mengaku aku tak buat dah sejak aku berhenti sementara berblog. Tapi bila kali ini aku nak join dah tak ada yang buat dah.

Dulu aku suka main backlink. Tapi sekarang tiada lagi kerana aku tak nampak blogger yang masih aktif. Impian aku adalah aku nak semua rakyat Malaysia mahupun negara lain bangga dengan orang yang bertitle “Blogger”. Tapi kalau macam ini gayanya, hancurlah impian aku.

Sekarang ini, “MANA PERGINYA BLOGGER”. Kalau Ujang tu aku tahu lah busy jaga gegurl. Dah jadi papa kan. Yang lain tu?

Jom blogger sekalian, kita aktifkan diri kita semula. Aku mahu lihat seperti dulu.

{ 5 comments… read them below or add one }

Syafiq ?omo???? March 2, 2012 at 5:10 pm

blogger itu pasang surut. bukan selalu ada.
mungkin dulu yang kaki nak cari duit,
duit dah berkoyan tak habis 10 generasi, maka stop
yang dulu nak membenci, orang yang benci dah dikhawini, maka stop

macam tu la.
Syafiq ?omo???? recently posted..Tunjuk Bintang Itu

Reply

admin March 2, 2012 at 5:15 pm

oh tu la…
nanti nak buat gathering tak dapat sambutan, tak best juga kan..

Reply

Kujie March 2, 2012 at 5:28 pm

saja aje blogger, cuma bila dah warga emas ni berblog secara santai dan tanpa kerlipan bintang.
Kujie recently posted..Resepi Dan Cara Memasak Pavlova

Reply

admin March 2, 2012 at 5:32 pm

uih bukan warga emas..
sifu ni..
he he

Reply

ujang March 2, 2012 at 6:19 pm

kwn2 blogger lama ramai silent reader jer..,jarang tggl komen..,

blogger yg kita rasa baru dorg masih mcm kita dulu2., kita kena pandai tarik dorg supaya sggh tmpt kita..=)

gua mmg sibuk nk blogwalking sbb tu ramai reader ilang..hehe

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: