Selalu kita dengar kalau ada kubur ada maksud kan ..
tapi ini kisah berlaku dekat kubur nenek aku .. eh bukan .. kubur sebelah nenek aku …
ada orang nampak ular kat pokok daun pandan kat kubur tu .. dia bagi tahu MBSA suruh cantas pokok tu .. sebab membahayakan ..
***
semasa MBSA cantas , -ular memang tak ada dah- .. tapi nak cantas tu susah sangat .. pelik .. sangat pelik .. tapi disebabkan bulan puasa , positif je la .. mungkin akar dia kuat kan .. mengambil masa yang lama untuk cantas pokok pandan itu sahaja ..
***
untuk pengetahuan, pokok pandan tu kitorang yang tanam .. sebab kubur sebelah kiri dan kanan nenek tak ada saudara mara .. sebelah kanan kubur nenek tu masa awal awal ada la jugak saudara .. lepas tu tak ada dah .. yang sebelah kiri tu pula , bujang meninggal seorang diri dekat rumah .. tak ada saudara ..
jadi kami lah yang jaga kedua-dua kubur termasuk nenek .. kubur sebelah nenek memang kosong .. jadi kitorang yang hias sikit sikit ..
tapi tak sangka ada ular pulak kan ….
***
kami menyuruh MBSA cantas pokok pandan kat kubur lagi sebelah pulak ..
jeng jeng jeng ..
senang je cantas .. tadi payah nak cantas .. yang pokok kat lagi satu tu senang pulak .. hrmmm
positif je la..
tak baik fikir bukan-bukan ..
semoga roh-roh mereka aman sahaja termasuk arwah nenek aku .. InsyaAllah..
mari sedekahkan Al-Fatihah buat arwah-arwah ..
-Al Fatihah-
Related posts:
kdg2 itulah cara Allah nak bagi petunjuk, pengajaran dan pedoman kat kita-kita yang masih hidup ni. izzati liyana recently posted..Hipokrit Itu Keji