Assalamualaikum,
Seperti mana kita tahu hari ini malam Kemuncak Imam Muda 2011 , 2 para Imam Muda yang hebat-hebat belaka yang akan menjadi contoh untuk remaja zaman sekarang .. Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazrul layak untuk ke peringkat akhir dan berganding antara satu sama lain untuk malam ini ..
Siapa Juara Imam Muda Musim Kedua dan Naib Juara ?
Imam Muda Musim Kedua Tahun 2011 dimenangi oleh Imam Muda Hassan … Nama penuhnya Mohd Hassan Adli Yahaya berasal dari Perak .. Dan Naib Juara adalah Imam Muda Nazrul yang berasal dari Segamat .
Kedua-dua imam muda masing masing ada hebatnya .. tidak juga lupa pada rakan seperjuangan mereka iaitu Imam Muda Ali , Imam Muda Fatah , Imam Muda Fadli , Imam Muda Mujtahid , Imam Muda Najid , Imam Muda Amar , Imam Muda Fakhrul dan Imam Muda Azlan .. Kesepuluh imam muda ini memang hebat sekali ..
Tahniah sekali lagi kepada Imam Muda Hassan ..
Related posts:
Info terkini..Program Keusahawanan 3K bersama Imam Muda Fakhrul setiap Hari Sabtu & Ahad bertempat di Prima Sri Gombak,Batu Caves Selangor..sila lawati blog : http://inspirasilensa.blogspot.com