Entri ni khas untuk sahabat seorang INI.
Aku mengajak beliau untuk bertukar wordpress tapi katanya “masih dlm proses memahami.”
Ok ni komen aku kepada semua pengguna blogspot yang masih mengatakan wordpress ni susah nak faham. Itu semua alasan. Seorang yang berjaya akan bertindak dari sekarang. Ceh, macam aku dah berjaya.
Aku akan bercerita tentang pengalaman aku. Aku belajar wordpress dari umur 16 tahun (8 tahun yang lepas). Tak mengerti langsung dengan dunia IT. Aku mulakan dunia blog dengan menggunakan blogspot. Dalam masa sama, abang angkat aku juga seorang blogger. Masa itu, aku memang tak tahu domain apatah lagi hosting.
Blog abang angkat masa tu www.harubiru.com dan aku pulak www.tyka-fantasia.blogspot.com. Entah apa-apa nama blog aku ni. Aku cakap dengan dia, macam mana nak buang “blogspot” tu. Aku nak www.tyka-fantasia.com je.
Boleh eh main-main buang. Mestilah tak boleh. Abang tu mula la explain pada aku tentang domain dan hosting. Katanya kena beli. Aku dah mula tak faham. Rasa memang susah sangat nak faham.
Aku ambil keputusan, aku terus beli domain dan hosting. Aku ambil pakej yang paling murah. Dari situ aku mula belajar dari A sampai Z. Alhamdulillah aku dapat abang angkat seorang yang penyabar dan sudi mengajar aku.
Tujuan aku beli domain dan hosting hanya untuk belajar, bukan kerana blogging. Tak apa keluarkan duit untuk belajar dan mendapatkan ilmu. Kita juga yang akan dapat untung nanti.
Dalam masa 3 bulan aku dah faham basic wordpress ni. Aku dah tahu tukar theme, edit apa yang patut, plugin, widget. Bonus aku dapat belajar ftp dan juga cPanel. Sebenarnya senang saja. Sama macam mata pelajaran matematik. Orang kata susah-susah. Cuba kita buat latihan banyak, ia akan menjadi senang juga.
Akhir kata, jika anda pengguna blogspot dan ingin bertukar kepada wordpress, bertindak sekarang. Tolak tepi masalah “susah nak faham”. Jika nak menanyakan soalan, tanya saja pada group Denaihati Network . Ramai akan bantu.
Selamat berhijrah kawan-kawan
{ 30 comments… read them below or add one }
Terima kasih terharu
Kazen recently posted..Tips-Tips Usahawan Berjaya
dah 8 thn, otai rupanya
beckhrooy recently posted..Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP 2013
ye..mmg aenang je..hehee
memang ingat nak tukar pun dalam masa terdekat ni..hee
AFIF recently posted..Permohonan Program Khas Mara Lepasan Spm 2012
saya pula tak pernah bermula dgn blogspot sebab terus terjah berani mati pakai wordpress.
pada mulanya beli domain dan hosting utk tujuan buat website pasal game online dan forum…bila dah boring terus godek2 hosting terjumpa wp.
domain lama tempat belajar tu dah expired..yg inilah terbaru mencatit segala kisah.
berani berubah…jom bertukar kpd wp.
ejam recently posted..Tutti Frutti Kini di Temerloh
wordpress dulu2 mmg susah. kena setting sendiri. kena masuk cpanel dan download dulu secara manual.
secara lebih senang. boleh install terus tanpa belajar dulu
Ladfe Amir recently posted..Projek Malam Jumaat
Rasanya ramai yang teringin nak berpindah ke WP tapi takut2.. Ada sesetengah tu bagi alasan macam2, antaranya nak tunggu faham dan pandai guna WP dulu baru nak berpindah.. Taktau kat mana diorang belajar guna WordPress kalau tak beli hosting dan domain.. Seperti belajar naik basikal, tapi tanpa duduk atas basikal.. Macam mana agaknya nak kayuh basikal tu? Hehe..
Kalau nak faham cara guna WordPress atau nak belajar WordPress, beli je hosting dan domain.. Takyah tunggu2.. Bila dah ada hosting dan domain, time tu baru best nak belajar, nak explore dan memahamkan cara blogging guna WordPress..
Anarm recently posted..Seminar Buat Duit dengan Blog anjuran Denaihati Network
kalo pakai domain je pastu guna wordpress boleh tak?
AkuBahrain recently posted..Sifat Orang Yang Munafik
Alamak tyqah..entri ni mmg kena dgn Ustazah,nak tukar ke WP tapi takut..dah baca ni rasa betul2 nak tukar pulak
perrghhhh… hebat laaaaa sitiatikah dah lapan tahun rupanya dalam WP.. kid baru setahun jagung.. huhuhu
KiD recently posted..Kaki Blogger Online
bagi gua..lu orang nak serius jadi blogger untuk buat duit..tukar ke wordpress. advertiser luar tak berapa suka blogspot. 99% advertiser luar jarang beli iklan kat blogspot. advertiser kat malaysia aje berani beli. Pelik gua sebenarnya situasi ni.
titan recently posted..Dapat topup RM80 dari Denaihati.
Pelik tapi benar.
Inilah realitinya.
hafizmd recently posted..Download ebook SEO Percuma!
itulah. malaysia ni banyak benar benda peliknya.
titan recently posted..Jobdirumah REVIEW dan Jobdirumah Payment
aku pun sebenarnya masih takot2x..pastu kena start dari bawah lagi…anyway, berapa domain dan hosting semua.? nnti PM kat saya..
bahrain recently posted..MALAYSIA’S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara
susah la.. takut… takde sape nak ajar.. sayang entri lelama.. sayang blogspot.. emm emm.. acane ni….
fariq recently posted..Belajar WordPress Secara Offline
MUla-mula dulu kenal wordpress memang rasa susah je,tapi guna teknik “try and error” alhamdulillah,dapat manfaat yang berguna dari wordpress sampai sekarang
wazy recently posted..Seminar Buat Duit Dengan Blog
rasanya memang wordpress lagi mudah dari blogspot
seronok..
Annis recently posted..Promosi OsteMatrix Shaklee Mac 2013
saya pun pernah guna blogspot dengan nama yang ntah ape-ape..
http://030584.blogspot.com/ sejak 2004
Mus recently posted..Gambar Comel Nufail Sebulan Dua Minggu
wah…guna nama domain nombor..hihi
hafizmd recently posted..Awasi Percakapan Kita!
1. yg membezakan org berjaya ialah tindakan. tahniah tyka sbb berjaya mnjdi org berjaya!
2. kalau kita dah set susah, mmglah susah jadinye..betul tak tyka?
3. sekarang lagilah senang, geng2 penyedia hosting sedia toong setup kan apa yg kita tak faham..cuba tnye bro eizil yg kacak tuh…terbaik!
4. bertukarlah! cewah, mcm iklan transformer pulak..hahaha
5. nice entry tyka..best bace..
hafizmd recently posted..Oh! Persepsi
fuuuh datin tyka.. otai ghopernya!!!! heheheh
Ishak recently posted..Tips Bagaimana Memaksimakan Pulangan Pelaburan Unit Trust
yess.. wordpress memang mudah dan best dan power dan segar! incik recently posted..Earth Hour gelapkan bumi selama 1 jam
semua orang bermula dari zero.. belajar sikit-sikit
dari proses bertatih tatih itulah kita mula membina kekuatan, jadi kukuh kerana kita ada pengalaman yang boleh dijadikan panduan bila alami macam2 dugaan nanti
Kujie recently posted..Bunga Purple Showers Ruellia Brittoniana
Bertukarlah kepada wordpress. Penting ada domain sendiri ni. E-sihat.com recently posted..Nutrisi penting untuk otak
susah jgk tu.,.huhu
Suhairi Alias recently posted..Earth Hour 2013
Semua permulaan adalah sukar. Seperti belajar naik basikal.
Wordpress sangat seronok, sebab banyak benda boleh modified dan setting
Izzat Eshak recently posted..Menabung lebihan duit syiling
senang apa wp ini , taip pastu publish onlajer recently posted..Angka Menurun
erh…blogspot pun mcm tu juga kan?
chii recently posted..Wordless Wednesday #29 – Wonderpets For Sale :p
maka..marilah semua bertukar kepada WP chii recently posted..Wordless Wednesday #29 – Wonderpets For Sale :p
banyak yang kata hal ini wp tak susah tapi saya masih tarap belajar lagi baru beralih dari blogspot
munir ardi recently posted..Malam Puncak Panasonic Gobel Awards yang ke-16 tahun 2013 (16th Annual Panasonic Gobel Awards) Diselenggarakan dengan meriah dan haru biru