Yes, We Call It Qasidah

by admin on March 22, 2013 · 4 comments

“yes, we call it Qasidah” betul ke grammar ni?

Dah lama tak speaking tetiba hari ini kena speaking pula.

Petang tadi aku ambil stok Herbalife di Kuala Lumpur. Tengok jam dah pukul 5. OK terus telefon abang yang bekerja di kawasan Kuala Lumpur. Boleh balik rumah sekali. Rupanya abang ada mesyuarat dan balik lepas solat Maghrib. Telefon kakak ipar pula, dia kata dia balik dulu. OK just nice.

Sampai saja stesen Masjid Jamek, kakak ipar SMS kata bos bagi kerja. Kena balik lepas Maghrib juga. Tapi kakak ipar ada cakap, duduk lah dekat Dataran Merdeka, ada rehearsal untuk esok malam yang “Malam Cinta Rasul”.  Siapa tak kenal Habib Syech Asseggaf dengan Qasidahnya Ya Hanana kan. Pasti ramai kenal.

Rehearsel Malam Cinta Rasul. Maaf gambar kurang cantik. Hanya Blackberry

Esok malam tak dapat nak pergi sebab jauh dan tak ada teman. Lagi pun esok malam juga ada ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Shah Alam. Depan rumah saja dan pergi je la yang dekat.

Jadi aku ambil keputusan duduk di Dataran Merdeka sambil tengok mereka buat latihan. Memang sedap didengari dan ikut mereka qasidah sekali. Tak kisahlah tak ada orang teman aku sebab dah biasa hidup keseorangan. He he. Sedang menghayati tu, tiba-tiba ada “mat salleh” duduk di sebelah aku. Mungkin dari orang luar ni sebab memang tempat persinggahan pelancong.

Kemudian mat salleh tu cakap kat aku “this song very nice”. Masa tu tengah qasidah Ya Badrotim. Aku pun senyum sambil cakap “yes, we call it qasidah. And also we want to show that we are very love to our Prophet and Allah”

Dah lama tak speaking, pakai hentam saja lah. Aku tak pandai sangat english. Mungkin mat salleh tu faham juga la sebab dia senyum dan letak tangan dia kat dada.

Aku rasa sangat teruja apabila orang bukan agama Islam sendiri kata Qasidah ni sedap di dengar. Subhanallah. Kita yang beragama Islam ni pun ada juga yang tak dengar Nasyid, Qasidah, Ceramah Agama dan masih terleka dengan hiburan. Semoga kita jumpa jalan yang lurus sebelum kita menutup mata.

Alhamdulillah tadi dapat berjemaah di Masjid India. Hikmah menunggu abang dan kakak ipar dapat juga mengutip pahala tahiyatul masjid dan berjemaah.

Jom esok sesiapa yang free pergi ke Dataran Merdeka untuk Program Malam Cinta Rasul ataupun ke Masjid Shah Alam untuk mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus.

{ 4 comments… read them below or add one }

Denaihati March 23, 2013 at 9:58 am

mat saleh pun suka dengar, tapi orang kita tak ramai yg suka dengar….mungkin sebab jarang ada peluang.

Reply

JMR March 23, 2013 at 11:55 am

tu yg org ckp, yang ada dpn mata tak dihargai, yg jarng2 ada dpn mata lak yg lebih menghargai..:-)
JMR recently posted..Realiti Kehidupan 001

Reply

ejam March 23, 2013 at 4:34 pm

mat saleh tu letak tgn di dada, terkesan sungguh qasidah tersebut padanya..
mana tau suatu hari nanti mat saleh tersebut terbuka hati utk kembali kepada fitrahnya semula..amin.
ejam recently posted..Seminar Buat Duit Dengan Blog.

Reply

munir ardi April 1, 2013 at 6:01 am

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: