Kurang Cemerlang Dalam SPM

by admin on March 21, 2013 · 12 comments

Hari ini adalah hari keputusan peperiksaan SPM bagi tahun 2012. Alhamdulillah tengok di FB, Twitter ramai yang adiknya, anaknya, anak saudara semua berjaya dengan jaya nya. Tapi ada juga nampak keputusan kurang cemerlang.

Tidak mengapa adik-adik, akak ni dulu pun bukan pandai sangat. Trial 1A 8C. C tau bukan B. OK target SPM 1A 8B. Masa nak final tu belajar betul-betul jugak la.

Sehari sebelum ambil keputusan dalam hati “aku dapat 1A 8B je ni”. Masa hari ambil keputusan tu, tengok 6A 3B, tak percaya juga, tengok nama. “EH nama aku! ” Sepatutnya lepas ambil keputusan tu, kawan-kawan ajak lepak, tapi  tak nak lepak. Tak sabar nak balik tunjuk mak ayah keputusannya.

Nak bagi tahu kat adik-adik, akak bukan orang yang pandai. Walaupun dapat 6A tapi bila masuk Universiti, susah nak dapat dekan. Semester pertama result kecundang. Dan nak tahu tak, kawan akak yang SPM dia hanya dapat 1A dia boleh dapat dekan.

Jadi, jangan rasa sedih sangat dengan keputusan SPM kita ni. Ambil ini sebagai iktibar dan fikir semula kenapa kita kurang cemerlang seperti orang lain.

Selain tu, jangan risau tak dapat sambung belajar ke apa. Kawan yang dapat 1 A tu boleh masuk UiTM. InsyaAllah UiTM akan bantu adik-adik semua.

Semoga berjaya dalam apa jua kita lakukan. Tahniah atas keputusan SPM yang adik-adik dapat. Tak kisah berapa A dapat, tak ada A pun tak apa. Ini semua takdir. Senyum selalu.

{ 12 comments… read them below or add one }

Yana Yassin March 21, 2013 at 10:14 pm

SPM dah tinggal lama dulu , 15 tahun dulu result pakai agregat. Tapi mmg betul, x semesti result x bagus kita x leh berjaya kan.
Yana Yassin recently posted..Mari Berbadminton , Jom sokong Axiata Cup | Malaysia Boleh

Reply

sukma March 21, 2013 at 10:18 pm

tak semestinya result baik semuanya akan baik, result kurang baik tak semestinya masa depan pun kurang baik gak…
sukma recently posted..Keputusan SPM 2012 : Seramai 15,793 calon dapat semua A

Reply

Carlos Santiago March 22, 2013 at 1:19 am

SPM je pun.. takpe. nanti masuk U, belajar rajin2
Carlos Santiago recently posted..BAN Petua ~ Jamu Tenaga Batin Buatan Sendiri Versi Power Kow Kow

Reply

WRizuan March 22, 2013 at 9:50 am

SPM bukan penghujungnya..ia satu permulaan, bagi yg tak berjaya..ini masanya utk muhasabah diri…mungkin kita belum melakukan yg terbaik…….yg penting dipenghujungnya nanti in sha allah….
WRizuan recently posted..Sepetang di Tutti Frutti Shah Alam

Reply

Mus March 22, 2013 at 11:35 am

betul tu.. langkah pertama ke arah tangga yang lebih tinggi
Mus recently posted..Gambar Instagram – Mainan Anak Si Ultraman

Reply

KiD March 22, 2013 at 10:29 am

haaaaaaa… okay laaa tu. dulu pakai agregat,. Skarang semua dah lain.. kerja pun dah bidang lain. semoga result spm dapat jadi pemangkin mereka yang nak build kerjaya nanti.. :) KiD recently posted..Terbakor dengan Burger Bakar Kampung!

Reply

Hazmin Hamudin March 22, 2013 at 12:01 pm

Semalam saya pegi ambik result dapat 9A. Ahaks
Hazmin Hamudin recently posted..Salleh Stall Mee Udang Port Weld

Reply

staibaqhang March 22, 2013 at 3:45 pm

kecndang spm bukan pengakhiran kehidupan… kuatkan semangat… terus berusaha
staibaqhang recently posted..Sunrise Jambatan Kedua Pulau Pinang

Reply

fariq March 22, 2013 at 6:24 pm

untuk yg kurang cemerlang, byk dah institusi yg dah dibangunkan,. lebih2 lagi bab kemahiran dan konvensional.. blaja la lagi, rugi sia2kan masa muda tu…
fariq recently posted..Belajar WordPress Secara Offline

Reply

onlajer March 23, 2013 at 12:06 am

masa saya dulu takde pulak rasa nya abcd yang ada 123 atau sap hehe

Reply

titan March 23, 2013 at 6:35 pm

dah ramai yang tak cemerlang kat spm..tapi berjaya masa kat universiti dan alam pekerjaan. Dan tak kurang ramai juga yang berjaya kat spm..juga berjaya kat universit dan alam pekerjaan. Yang kurang berjaya..tu pemalas namanya.

Reply

Kujie March 24, 2013 at 9:01 pm

terus terang, SPM tu penting
penting untuk mengetuk pintu Universiti dan kos yang diminati
kalau tak cukup syarat, tak boleh mohon bidang yang diminati,itu saja bezanya

kemudian.. bila di Universiti sistem dan cara berfikir dah berubah
dah nampak hala tuju dan dia boleh fokus utk berjaya

masa ni, keputusan SPM dulu tu bukan lagi kayu pengukur…
Kujie recently posted..Bunga Purple Showers Ruellia Brittoniana

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: