Pagi Jumaat, bapak ajak untuk melihat penyembelihan kambing untuk diakikah kan. Aku terpaksa menolak kerana aku tak sampai hati. Bila tak sampai hati, tak boleh nak makan kambing tu sebab makanan kegemaran aku adalah lauk kambing. Bapak pun tak sampai hati tengok kambing tadi. Masa nak tangkap kambing tu aktif, bila nak ditumbangkan untuk sembelih, senyap je kambing tu. Mungkin dah tahu kan nak kena sembelih. Terus bapak sedih. Jadi bapak tak boleh makan kambing esok. He he.
Kambing ni untuk majlis akikah anak buah yang baru dilahirkan bulan lepas. Akikah adalah salah satu sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Nak tahu lebih lanjut tentang akikah, boleh tekan SINI.
Gambar di atas adalah kepala dan hati kambing dan kedua-duanya bagi kepada mak mertua kakak aku. Orang tua pandai masak-masak benda pelik ni. Katanya kepala ni nak masak lemak cili api. Tak sanggup aku nak makan. He he.
Kulit, kaki, tanduk dan ekor kambing akan ditanam di rumah kakak aku sebab ada banyak tanah kosong. Tanah rumah aku dah penuh dengan arwah kucing aku.
Majlis akikah akan dilakukan di rumah abang aku di Dato Keramat. Jadi dalam sehari dua ni aku sibuk sikit. Maaf sekiranya tak sempat nak balas komen anda semua. Sekarang ni kan sensitif, tak balas terus di katanya sombong. Siap buat entri lagi.
Majlis akan diadakan pada Sabtu 16 Mac 2013. Bermula jam 10.30 pagi. Doakan majlis dipermudahkan ya.
{ 7 comments… read them below or add one }
best apa tengok haiwan dikorbankan nih..
titan recently posted..Pernah tak? – Part 2
Best tu memang best. Masa raya korban je bole tengok. Kalau personal punya niat memang tak sampai hati.
kawan kurang sikit dgn kambing ni, mungkin rasa dia tak kena kot dgn tekak ni.. kekeke..
fariq recently posted..Anak Termakan Kondom Mcdonalds Disaman
Ooo…ada jugak yang jenis sentap kalau tak balas komen ye?Siap buat entri khas lagi..
Hairul Azni recently posted..Mari Melawat Muzium Sultan Abu Bakar,Pekan Pahang
Itulah. kalau dah biasa contohnya rapat ngn kambing sbb selalu bagi makan, mmg berat hati nak tgk dia kena sembelih
tapi kami adik beradik lelaki dah diajar oelha rwah abah utk tolong pegang binatang nak disembelih sejak kecil. jadi nak tak nak, kena jugak tgk dan tolong pegang.
p.s. kepala kambing masak cili? 1st time dengor ni..sedap pulak..hehe
hafizmd recently posted..5 Petua Asah Minda Aktif & Cerdas!
saya suka kambing… teringat juga masa dua kali majlis aqiqah ilham.. siap bawak kambing masuk dalam kereta… hehehee
kambing…tak berapa gemar sgt makan…sbb baunya terlalu kuat…sikit2 tu boleh la makan…tu pun dagingnya je la…benda2 lain yg ada kat kambing mmg tak pernah makan..heee~
Ezad Skytech recently posted..CPUV Berganda Dari Nuffnang