Kegembiraan Seorang Ibu

by admin on March 17, 2013 · 12 comments

Alhamdulillah selesai majlis akikah, cukur jambul dan doa kesyukuran untuk anak buah bernama Sofea Az-Zahrah Binti Mohamed Hafeez. Doa kesyukuran ini juga adalah untuk ibu kepada Sofea dan juga untuk aku. Bersyukur la juga sebab aku dan mak Sofea dah grad dalam Ijazah Sarjana Muda. InsyaAllah bulan 5 ni kami akan konvo sama-sama. Aku dan kakak ipar sama umur. Dah jodoh abang aku. He he.

Doa selamat dan kesyukuran itu telah dibaca oleh mak aku sendiri. Mana-mana kenduri memang mak aku akan ketuai bacaan Yasin, doa selamat, solat hajat pun boleh. InsyaAllah aku akan ikut seperti mak.

Sewaktu majlis sedang berlangsung, aku nampak kegembiraan seorang ibu. Masa mak sedang membaca doa, aku dengar suara mak berubah seperti tahan menangis. Kemudian selesai, aku tanya kenapa mak macam sedih. Rupanya mak gembira sebab aku habis belajar dengan penuh dugaan dan cabaran. Terus aku sebak. Tahan menangis sebab ramai orang. Balik rumah terus peluk mak.

Selain itu, masa kumpulan marhaban dendangkan lagu “dodoi”, nampak juga “kegembiraan: kakak ipar aku yang sedang mendodoi baby Sofea. Lagu dodoi tu memang sedih dan bermakna. Oh ye, kumpulan marhaban juga adalah kumpulan marhaban mak aku dari seksyen 4, Shah Alam. Pernah memenangi tempat pertama semasa MBSA buat pertandingan.

Kumpulan marhaban mak dari shah alam

Dah selesai majlis, sepupu aku dari Singapore ajak pergi ke KLCC jalan-jalan. Pakai baju kurung pon tak kisah. Tapi orang pandang-pandang. Kenapa ya? Tak boleh eh jalan-jalan pakai baju kurung. Peduli kan mereka. Janji tutup aurat.

Sampai je KLCC terus aku pergi Celcom Centre. Sebab………. Line aku kena bar. CIS! Bayar lambat 3 hari pun nak berkira. Dah selesai bayar bil, pusing-pusing satu KLCC, ada yang nak makan ice-cream, ada yang nak beli Subway, ada yang nak cari selipar. Aku pun ikut je. Boleh excercise sekali kan.

Semasa jalan-jalan tu, aku cam seorang blogger ni. Sedang melayan karenah anak-anak dia. Aku nak tegur, segan takut salah orang. Sebab tak nampak six pack dia. HAHAHA. Tadi bila aku tanya blogger ni, memang sah dia.

Blogger tersebut adalah…………………………………… INI.

Kalau aku tegur mesti tanya “siapa eh”. Jadi aku kena pakai ala-ala zorro baru aku boleh tegur blogger. He he.

{ 12 comments… read them below or add one }

ejam March 18, 2013 at 9:05 am

hoho jalan2 terserempak dgn blogger tu yer…memang ada tgk fb dia update pasal pusing2 klcc gak…dia survey lokasi tempat kerja baru kot…kot ler.. *spekulasi* hehe
ejam recently posted..Mari Berkursus di Kolej Komuniti – Pembangunan Blog.

Reply

jal March 18, 2013 at 2:39 pm

seorang ibu memang macam tu, dulu masa dapat result upsr, pmr, spm sampai ke matrik pon bila bagitahu dalam telefon mesti dengar sore dia macam nak nangis… tanya napa dia kata dia gembira anak dia berjaya,,, so happy dapat gembirakan mak tersayangkan..
jal recently posted..Burger Bakar Abang Burn meleleh habis

Reply

puanbee March 18, 2013 at 2:40 pm

haha kalau jumpa akk tegur je la ckp tyka zorro hahaha ..
puanbee recently posted..Website rasmi GMKlang untuk mendapatkan barangan perniagaan secara borong online.

Reply

hafizmd March 18, 2013 at 3:17 pm

Wah, cerita penuh gembira. Best!
1. tahniah utk tyka sbb bakal bergraduasi nanti. apa plak plan lepas ni? sambung master?
2. tahniah kat kak ipar ngn abg sbb dapat baby, moga2 bertambah bahgia dan murah rezki
3. tahniah sbb pakai baju kurung. lantaklah mata org, janji kita usaha tutup aurat, moga dirahmati Allah jua. tahniah =)
4. lain kali sila perkenal camni, “sayelah datin tyka..satu2nya zorro wanita di dunia” hehehehe
hafizmd recently posted..5 Petua Asah Minda Aktif & Cerdas!

Reply

suri March 18, 2013 at 4:14 pm

baju kurung cantik ker ada org tak puas hti tuan pakai bju lgi nmpk ctik dr org lain :) suri recently posted..Kisah Main Dengan Kekasih

Reply

suri March 18, 2013 at 4:08 pm

salam..mereka2 ini sllu popular satu ke dua tamam perumahan..ceruk kg mmg rumah tuan akan bergema dg kehadiran kumpulan berzanji ini

Reply

KiD March 18, 2013 at 6:34 pm

haaaaaaa… sebab avatar tu letak gambar mask zorro… :) KiD recently posted..KRU Academy dan Irfan Khairi

Reply

titan March 18, 2013 at 10:40 pm

wahh..semua tudung sama ye..
titan recently posted..Kenapa lelaki menangis?

Reply

Denaihati March 18, 2013 at 10:50 pm

sekali sekala tepek la gambar tak ber zorro. Kumpulan marhaban ni mesti best ramai yg otai2.
Denaihati recently posted..iPhone 5 Gadget Impian Baik dan Buruk

Reply

Blog Keperawatan March 19, 2013 at 7:04 am

Kegembiraan seorang ibu memang harus disyukuri pula
Blog Keperawatan recently posted..Tanda Ciri Wanita Hamil

Reply

Ezad Skytech March 20, 2013 at 12:55 am

tak lama lagi je nak konvo da kan…tahniah3..:D

kenapa tak tegur je….? hee…kena bertopeng mcm zorro kot baru kenal…hee~
Ezad Skytech recently posted..CPUV Berganda Dari Nuffnang

Reply

beautymom May 9, 2013 at 2:40 pm

salam jemput ke web saya untuk jana income dari rumah ataupun untuk mencuba produk
beautymom recently posted..SARAPAN PAGI YANG SIHAT DAN MUDAH

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: