Syarat Pertandingan Video Pendek Kempen Kebersihan

by admin on December 9, 2012 · 0 comments

Syarat Pertandingan

1. Panjang video hendaklah tidak melebihi 10 minit dan menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris.

2. Sekurang-kurangnya 30% penggambaran mestilah dilakukan di dalam kawasan Shah Alam.

3. Video yang dihasilkan boleh dalam bentuk animasi, filem pendek, dokumentari, atau apa-apa mengikut kreativiti masing-masing.

4. Video akan dihakimi berdasarkan kreativiti, keaslian, sentuhan seni, menarik, mempunyai mesej dan makna, mematuhi terma dan syarat peraturan, serta meyakinkan para hakim.

5. Setiap video yang dihantar mestilah diberi tajuk bertemakan “Kempen Kebersihan”.

6. Menyediakan sipnosis jalan cerita.

7. Menyediakan sinopsis produksi.

8. Dua salinan DVD (penyertaan perlu dihantar dalam bentuk DVD – 2 salinan)

9. Satu salinan surat kelulusan jika mengguna pakai trek muzik di pasaran/ hakmilik orang lain.

10. Salinan kad pengenalan peserta.

11. Pihak Majlis berhak membatalkan mana-mana penyertaan secara automatik jika melanggar terma dan syarat yang ditetapkan tanpa sebarang notis.

12. Semua maklumat yang terkandung dalam bahan promosi, termasuk syarat-syarat penyertaan dan tuntutan hadiah adalah sebahagian daripada terma dan syarat pertandingan.

13. Pemenang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

14. Keputusan pemilihan pemenang adalah muktamad dan sebarang bantahan atau surat menyurat tidak akan dilayan.

15. Hak cipta produksi adalah hak milik penganjur. Peserta mestilah membenarkan Sekretariat Pertandingan Video Pendek Kempen Kebersihan menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

16. Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap video penyertaan bagi tujuan penyiaran.

17. Setiap penyertaan mestilah produk terbitan tahun 2012 dan belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

18. Video yang dihasilkan tidak menyentuh sensitiviti perkauman.

19. Format video mpeg.

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: