Pertandingan Video Pendek Kempen Kebersihan

by admin on December 9, 2012 · 0 comments

Seperti yang anda tahu, aku sekarang sedang bekerja di MBSA. Jadi aku nak promote sikit lah aktiviti-aktiviti MBSA yang sedang hot sekarang ni. Jadi yang tengah hot sekarang ni adalah pertandingan video pendek kempen kebersihan.

Kita tengok hadiah pertandingannya dulu.

Kategori Terbuka :

1) RM5000 dan Sijil Penyertaan
2) RM3000 dan Sijil Penyertaan
3) RM2000 dan Sijil Penyertaan
5x Hadiah Saguhati RM500 dan Sijil Penyertaan

Kategori Pelajar IPTA/IPTS

1) RM3000 dan Sijil Penyertaan
2) RM2000 dan Sijil Penyertaan
3) RM 1000 dan Sijil Penyertaan
5x Hadiah Saguhati RM300 dan Sijil Penyertaan

Jadi keseluruhan hadiah berjumlah RM20,ooo

Maklumat Pertandingan

1. Pertandingan Video Pendek Kempen Kebersihan anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam bersempena sambutan Ulang Tahun ke-12 Bandaraya Shah Alam.

2. Pertandingan ini bermula pada 7 November 2012 berakhir pada 7 Januari 2013.

3. Video yang dihasilkan wajib mempunyai nilai-nilai amalan kebersihan dan penjagaan alam sekitar.

Kelayakan Pertandingan

1. Pertandingan Video Pendek Kempen Kebersihan terbahagi kepada dua(2) kategori :-

(i)  Kategori Terbuka
(ii) Kategori Pelajar IPTA/IPTS

2. Peserta mestilah warganegara Malaysia

Syarat pertandingan boleh klik di SINI

Ada borang penyertaan, tapi ada masalah. Tak apa, nanti dah siapkan video baru minta borang dengan blog ini atau website MBSA ye.

Selamat berlakon, berkreatif semua.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: