Alpha Lipid VS Herbalife

by admin on July 4, 2012

Penuh di Facebook tag gambar turun 5kg, 10kg, 15kg. Wah hebat. Sangat hebat kan.

Aku tak malu nak kongsi bersam dengan anda bahawa aku seorang yang gemuk. Tinggi 165cm, berat 100kg. Overweight kan. Jadi sudah masa untuk aku berubah.

Umur dah 23 tahun, teman lelaki tak ada. Waktu ni keramaian dah ada teman lelaki kan. Ye la aku ni gemuk, siapa yang nak. Jadi aku fikir-fikir aku perlu kuruskan badan. Pertama aku kurus untuk sihat dan kedua teringin ada teman lelaki.

Jadi aku cari alternatif. Dalam masa yang sama banyak sangat iklan tentang Herbalife lah, Alpha Lipid lah. Sejujurnya aku dah jumpa kedua-dua ejen ni.

Apa yang aku dapat ialah ianya adalah produk yang sama. Maksud aku sama ni, dua dua boleh kuruskan, kurangkan berat, boleh ada tenaga walaupun tak makan, boleh makan seperti biasa. Harga pon hampir sama. Jadi aku rasa sama je. Bagi aku lah.

Mungkin siapa ambil herbalife kata herbalife bagus, siapa ambil alpha lipid ni akan kata bagus. Dua-dua bagus, masing-masing ada sebab ambil produk yang mana satu kan.

Kenapa aku masih tidak ambil kedua-dua produk ni? Sebabnya, satu hari aku jumpa seorang doktor. Aku bertanya

Aku : Doktor, apa pendapat doktor sekiranya saya ambil produk ini ini ini.

Doktor : Tak perlu lah, awak hanya minum air banyak, ikut diet sebenar, bersenam. Buat hari-hari insyaAllah boleh turunkan berat badan, sihat pon sihat. Produk ini cuma nak tolong kurangkan berat dengan lebih cepat sahaja.

Aku : ooooo. Jadi tak perlu lah ambil produk tu ye doktor.

Doktor : Terpulang pada awak. Tanya pada diri.

Doktor ni confusekan aku je. Tapi betul juga cakap doktor, ikut diet dan bersenam memang cara yang sihat. Hmm, bila aku nak mulakan eh?

Baru-baru ini aku ada cuba minum air masak campur dengan buah lemon. Masam tu masam tapi bila timbang berat , turun 2kg. Tak tahu la kalau sebab aku minum air tu. Aku punya formula je tu. he he.

Doakan aku kurus, cantik dan sihat ya!

{ 2 comments… read them below or add one }

izwanyusof July 13, 2012 at 6:51 pm

vote for herbalife..
izwanyusof recently posted..Bila Nasib Tandas Awam Nak Berubah Ni!

Reply

cek oih November 7, 2012 at 2:56 am

salam,
good luck and thumbs up demi hidup yg lebih sihat.. senang mcm ni ek, “nak cepat kurus and cepat gemuk balik double ok? atau nak slowly kurus and kot btambah brat pun sikit2 jerk?” ..haaaa pikir2kan.. toksahlah buang duit bondo brand2 klakar tu.. sy tulis berdasarkan pengalaman.. pernah jadi ejen pun.. cantik mantap body time tu, tapi bila stop amek produk tu..pergh eheheee..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: