Rahsia Kelebihan Air Zamzam

by admin on June 8, 2012

Bagi umat Islam, pasti pernah dengar air zamzam kan? Ye! air paling unik sekali di dunia ini. Air datang dari bawah tanah yang tidak tahu datang dari mana. Katanya air dari Syurga. MasyaAllah. Mari kita lihat rahsia kelebihan air zamzam ini.

Gambar : Perigi air zamzam di muziam di Mekkah

- Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.

- Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.

- Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.

- Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah.
Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.

- Antara mata air syurga.

- Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.

- Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.

- Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.

- Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.

- Minuman orang mulia (al-abrar).

- Menambah kekuatan badan.

Ini adalah pengalaman aku sendiri ketika aku menunaikan umrah. Setelah selesai tawaf, akan diteruskan dengan Saie kan. Sewaktu itu kaki aku tak larat untuk teruskan dan kemudian mutawif kami cakap “pergi ambil air zamzam, minum sedikit kemudian selebihnua sapu pada muka dan kaki.

Kemudian, seolah-olah dapat satu tenaga dan teruskan dengan Saie. Memang benar, air zamzam ini sangat unik.

#Rindunya aku dengan Makkah dan Madinah.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: