Cara Senaman Yang Mudah

by admin on May 29, 2012

Cara senaman yang aku bakal tulis ni adalah cara aku. Aku selalu buat di rumah. Tak perlu pergi ke tempat tasik atau tempat senaman. Hanya di rumah pon boleh.

Aku seorang pelajar jadi aku tidak sempat untuk pergi ke tempat khas untuk bersenam. Jadi aku selalu buat di biilik sahaja. Antara senaman yang aku selalu buat adalah :-

  1. Sembahyang. Sebenarnya sembahyang juga salah satu senaman yang sihat. Dari kita berdiri, rukuk, sujud kemudian berdiri semula. Senaman lah tu.
  2. Sapu dan mop lantai. Yang ni memang senaman khas untuk bahagian lengan.
  3. Lari setempat. Buat je perlahan-lahan. Nanti peluh akan keluar jugak. Kalau ada MP3, pasang kemudian lari saja setempat. Nanti tak ada lah rasa sangat.
  4. Dah lari setempat, aku akan lompat bintang. Pada permulaan, aku akan buat 30 kali sehari. Tapi hari ini, aku sudah buat 200 kali sehari. Dah biasa tak terasa kita buat tu. Tak tahu macam mana nak buat lompat bintang? boleh lah search kat google.
  5. Dah lompat bintang aku akan baring seketika, rehat 5 minit hilang segala semput tadi aku akan teruskan dengan sit up. Ni bagus untuk perut. Lagi-lagi perut buncit macam aku. Macam biasa permulaan aku akan mulakan dengan 30 kali.
    Tapi hari ini aku sudah biasakan diri dengan 200 kali. Jangan buat sekali gus. Cara aku adalah kalau nak buat 30 kali tu, buat sit up 10 kali dulu, lepas tu rehat. 1 minit je rehat, lepas tu sambung lagi 10. Rehat lagi. Dan habiskan 10 kali. Kan dah 30 kali. Senang je.
    Macam aku sekarang, aku ambil 30, 30. Sampailah 200 kali. Kalau kita dah buat hari-hari tak akan rasa penat. Percayalah.
  6. Dah sit up aku akan buat kayuhan pula. Tahu tak buat kayuhan? Alah baring je lepas tu angkat kaki buat macam kayuh basikal. Buat dalam 200 saat. Buat perlahan-lahan. Jangan laju sangat, turun bukit namanya tu.
  7. Akhir sekali aku buat tahan berat badan. Tahan badan kita dengan kekuatan tangan. Posisi dia macam kita nak buat “pumping” tu. Buat 200 saat. Bagi aku, ni la senaman paling seksa bagi aku, tapi ni juga yang paling banyak keluar peluh.

Ini lah ketujuh-tujuh senaman yang sering aku lakukan setiap hari. Tapi yang mop dan sapu tu sekali sekala lah. Sebenarnya ini lah latihan aku sewaktu jadi komander. Dulu lagi seksa.Kena buat 500 sehari. Tapi memang syok la, kurus pon kurus gak. Sekarang ni aku buat senaman, tapi makan tu lebih dari senaman. Macam mana nak kurus.

Jaga makan, bersenam, InsyaAllah hidup akan sihat. Selamat mencuba.

{ 8 comments… read them below or add one }

Denaihati May 30, 2012 at 8:41 am

Ingatkan kayuh basikal. Senaman no.1terbaik.
Ramai yg ada azam bersenam, ramai juga yg tinggal azamnya saja

Reply

admin May 30, 2012 at 9:35 am

kayuh basikal bagus juga abang denaihati..
yerp senaman no. 1 terbaik kan..
kekadang tu azamnya di tinggal macam tu saje sebab dia nampak apa yang dia usahakan tak berubah..
sedangkan kita perlu banyak bersabar..
kan

Reply

Wawa Tasliman May 30, 2012 at 12:23 pm

eyah eyah.. 8 lagi.. :) Wawa Tasliman recently posted..Wordless Wednesday: Respect

Reply

admin May 30, 2012 at 1:48 pm

haa.. lagi lagi.. he he

Reply

Izzuddin Fauzi May 30, 2012 at 7:16 pm

Nice tips… Selamat bersenaman dan menjalani Gaya Hidup Sihat ;) Izzuddin Fauzi recently posted..Kontes Seminit Dua dan Menang Solo HD – Beats by Dr. Dre

Reply

Mus May 31, 2012 at 11:33 am

banyak kerja yang kita boleh bersenam dalam masa yang sama..
Mus recently posted..‘Kedai Makan Jawa’ Seri Ramadhan Di Limbawang Bypass Pilihan Ramai

Reply

arie June 1, 2012 at 1:00 am

sampai beratus kali…huhuhu

Reply

admin June 1, 2012 at 1:01 am

yup yup..
bagi peluh keluar banyak banyak.. he he

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: