Anak Tipu Mak

Petang tadi pergi ke kedai cari pen, lepas tu pergi ke cyber cafe jap nak beli kertas A3..

Masa nak tunggu abang tu ambil kertas A3, ada satu makcik ni masuk-masuk sambil  marah “abang, mana kau? kau tipu mak ye”, berulang-ulang.. budak tu ada kat dalam tu dah nyorok bawah meja.. Aku nak tangkap gambar keadaan masa tu, tab tertinggal kat kereta pulak..

Lepas tu mak dia dah tarik telinga bawa tarik keluar, mak dia bising kat kaunter, “nanti ada budak-budak sekolah jangan bagi mereka masuk.. Tak perlu ada game kat CC ni..” itu lah kata makcik tu tadi..

Abang yang jaga kaunter tu cakap kat aku, “anak dia yang nak datang, kita pulak yang kena..

Aku anggap kes ni, mesti budak tu tipu mak dia cakap ada kelas tambahan kat sekolah sebab aku tengok budak tu pakai baju sukan sekolah dengan bawak beg..

Biasalah dekat CC mesti lah main game untuk budak zaman sekarang ni.. Dekat rumah tak boleh, dorang mainlah kat luar. Setakat 1 jam RM 1.20, apa lah sangat..

Kepada yang sudah bergelar ibu bapa, pastikan check beg anak-anak sebelum pergi mana-mana.. Budak sekarang dah pandai tipu.. Mula-mula tipu, kang lama-lama jadi pencuri pulak.. Biar bantai macam mana pon, satu hari dorang akan faham kenapa kita buat macam tu..

Dunia Blog

6 comments


  1. e1

    CC dah jd mcm pusat main PC game utk bdak skola… :)

  2. Man

    murah tu RM1.20 sejam..tempat Man 30 minit RM1..

  3. Muraahhh laaa 1 jam 1.20 sini, 1 jam 2.50 kot. haish, tp nia tak suka masuk CC. seram huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: