Apa Perasaan Kita Kalau Jadi Isteri Kedua?

Panjang pula tajuknya ni. Entri ni khususnya untuk wanita. Seandainya lelaki nak beri pendapat pon boleh.

Ni kisah aku yang sebenar. Aku dalam dilema sehingga menangis kerana fikirkan hal ini.

Begini kisahnya. Dulu aku ada kenalan yang bernama “Dauz”. Aku sudah bercinta dengan beliau selama 5 tahun. (Mula bercinta pada 2005 dan berakhir pada 2010).

Kenapa aku putus dengan dia? Sebabnya umur beliau sudah masuk 28, aku pula berumur 21. Apa kaitannya? Hmm, mak si dia nak masuk merisik, meminang dan kahwin. Bukan tunang tau. Mak aku tak bagi kahwin lagi, mak suruh belajar dulu.

Mak si dia cakap, kalau tak nak kahwin, putus saje cinta tu. Ya Allah, kalau korang jadi aku waktu tu apa perasaan korang? Tak pergi kelas aku satu minggu. Demam, pening, jadi tak betul.

Akhirnya depan mata sendiri aku melihat Dauz naik ke jinjang pelamin bersama isteri pilihan hati mak beliau. Perasaan aku waktu tu seperti tiada siapa siapa di dunia lagi. Aku degil, aku nak jugak pergi tengok si dia kahwin.

Dia dapat anak MMS gambar anak dia kat aku. Oh ye, untuk pengetahuan korang, sehingga sekarang aku berhubung dengan beliau. Kalau aku sakit di Segamat ni, dia datang melawat aku.

Sebab hanya dia seorang faham aku. Selain tu parents aku lah. Tapi kalau orang lain tu, si dia sahaja yang faham aku ni orangnya macam mana. Dia pernah jaga aku sewaktu aku sakit, sewaktu dia koma aku pernah jaga dia.

Hmm, si isteri tahu aku masih berhubung dengan suami dia. Dan dia pernah cakap dekat aku.”Ima faham perasaan Tika, Ima tak kisah Tika jadi madu Ima.” Ya Allah, si isteri dia sanggup jadikan aku sebagai madu dan menjadi isteri kedua si Daus.

Daus tu seronok je. Asyik asyik cakap “kan dah dapat green light.” Itu je dia tahu. Tapi dia tak faham perasaan seorang isteri. Aku pernah buat entri sebelum tu. Baca INI.

Aku tak sanggup. Aku sayang dia sebagai abang angkat. Sampai sekarang aku anggap Daus abang angkat aku. Tapi kawan-kawan aku kata, mereka tak rasa aku anggap dia sebagai abang angkat, tapi mereka rasa aku dan Daus masih lagi sepasang kekasih.

Satu je cara untuk aku lupakan dia iaitu cari pasangan lain. Bercinta dengan orang lain. Hmm, baru-baru ini aku bercinta dengan seorang askar tapi percintaan kami sangat jauh. Dia di Labuan , aku pula di sini. Hati masing-masing tak percaya lagi. Aku rasa dia ada perempuan lain. Dia pon rasa aku kat sini aku ada lelaki lain. Akhirnya sekarang aku single.

Sewaktu single ni aku asyik teringat pada Dauz. Haih macam mana ni? Siapa sudi menjadi kekasih aku ni? He he

Dunia Blog

6 comments


  1. bagi wan, apa yang belaku tu sangat sedih.
    dah lama kapel, akhirnya kahwin dengan orang lain.

    tak tahu nak komen macam mana.
    heheh

  2. Daripada segmen blog Mak Dara.. Baru sempat blogwalking..

    http://blueranger-theonlyone.blogspot.com/

  3. Alaaaa, hmm kalau nia, nia tak sanggup kot. dan seriusly tak sangup dimadukan. nia akan sakit tengok kebahagiaan org tu huhu so better menjauhkan diri smpai satu tahap kita redha dgn apa yg jadi. mungkin tika patut lupakan je dia dann cari lain. heeee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: