Kerana Dia Aku Baru Faham Erti Teknologi

by admin on February 8, 2012 · 5 comments

Sewaktu aku form 3 (tahun 2004), aku baru ada sebuah komputer. Internet tak ada. Dekat sekolah sibuk sana sini tentang Myspace. Aku memang bodoh gila lah pasal benda-benda ni. Aku tanya kawan aku apa tu Myspace, katanya tempat kenal kenal kawan. Aku pon pergi ke cyber cafe pergi daftar. (Dulu panggil daftar sekarang sign up).

Pendekkan cerita , aku add lah seseorang ni bernama Rasul (Abang Acul). Kenapa aku add dia? sebab page myspace cantik. Kan myspace boleh buat macam macam bentuk kan. sekali tengok page abang acul ni cantik gila. maka aku jatuh cinta dengan rekaciptanya bukan dengan orangnya.

Jadi dari situ aku mula kenal beliau. Aku tanya dia macam macam tentang ilmu design, coding semua ni. semua aku belajar dari dia. dalam otak aku memang kosong pasal benda benda teknologi ni. tetapi berkat kesabaran dia untuk mengajar aku, maka sehingga hari ini aku sangat sangat menghargainya.

Oh sebelum tu, kan tadi aku daftar Myspace dekat cyber cafe kan, disebabkan aku nak belajar tentang design semua ni, aku paksa mak bapak aku pasang streamyx kat rumah. time tu mahal sangat. tapi dorang tahu aku nak belajar, maka dorang belikan. dorang sanggup korban duit sebab aku. tapi aku tak sia-siakan. aku belajar betul-betul tentang teknologi ni.

Dulu aku bodoh dalam adobe photoshop, sekarang alhamdulillah aku tidak bodoh lagi. Dulu aku bodoh dalam format laptop, sekarang aku tak bodoh lagi. Aku boleh buat perniagaan lagi.

Dulu aku bodoh dalam ilmu blog, sekarang tidak lagi. korang boleh baca dekat SINI. pengalaman aku berblog selama 7 tahun. semuanya dari abang acul. kalau tak ada dia, memang aku bodoh sampai sekarang lah.

Terima kasih abang acul. korang boleh add dia kat FB. Nama dia “INI ACUL” atau pon MOHD RASUL..

pesanan :- Janganlah malu bertanya kerana ia akan membawa kita kepada kerugian..

{ 5 comments… read them below or add one }

Acul February 8, 2012 at 11:25 pm

erkkk malu ade org story pasal kite dlm blog huhuuh… ape2pun thx sbb igt n hargai apa yang abg ajar dl :)

ilmu ni kite belajar, manfaatkan dan sebarkan pada yang lain kalau ilmu tu baik dan berguna. x elok simpan sendr sbb merugikan.

kreadit pada Gie atau Ariffin Arshad sbb die yg mula2 perkenalkan blog dan wordpress pada abg

Reply

hana February 8, 2012 at 11:43 pm

bgs la de yg ajar..
sye cari sendiri…
google je la yg bantu..
hihihi
hana recently posted..Kejam-kejam pun sayang juga…

Reply

sukacuka February 10, 2012 at 8:35 am

baru aritu add..sama2 tgk tayangan pratonton filem chantek..
sukacuka recently posted..Ulasan Mengenai Pentempuran Hebat Perkerja KFC dengan Pelanggannya

Reply

isma March 26, 2012 at 1:04 am

dlu sme main myspace.. bkn sbb nak cri kawan tapi main myspace sbb nak main html..jeles woooo.. page dorg cntik2.

Reply

admin March 26, 2012 at 1:56 am

hehhee… btol btol.. best sgt… senang je.. creative kte dekat photoshop

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: