Blog Tyka

Flower

Archive for August, 2011

Tak Sabar Nak Mengandung

Lepas aku buat roti jala tadi , aku pergi bukak channel baby .. Entah kenapa aku bukak pon tak tahu .. So tengok je la ..

Seorang ibu ni usap perut dia sambil cakap kat baby tu .. Letak muzik kat perut suruh baby tu dengar .. wah .. so sweet ..

maka ,

aku pon terbayang aku mengandung seketika …

******

Aku dan suami di malam ketiga *asek malam pertama je* …

2 minggu kemudian dapat berita gembira bahawa aku mengandung … betapa gembiranya aku dan suami …

suatu hari aku pergi ke rumah mak bapak aku untuk jumpa mereka .. waktu itu sudah sarat mengandung .. 7 bulan dah kandungan aku .. saratnya kan .. wah bestnya bawak perut besar besar ni …

tykaaaaa…………..

ye mak …

“pergi sidai baju”

erkk .. mak ni .. mengandung mana boleh buat kerja berat-berat …

“mengandung apa pula kau ni”

demmm ..

terbawak-bawak pula ..

series aku dah macam rasa mengandung tadi … aku pegang perut aku yang buncit ..

*****

bila aku nak dapat boyfriend ni …

Manusia , Malaikat , Syaitan

Manusia – Eh, dah subuh dah?
Malaikat – bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu …..
Syaitan – Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini…awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia – Nak makan, laparlah ??
Malaikat – Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah… ..
Syaitan – Ahh, tak payahla… dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? …..

Manusia – Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat – Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan – Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia – Alamak, dah lewat!
Malaikat – Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan – Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia – Azan sudah kedengaran.. …..
Malaikat – Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan – Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia – Eh, eh… tak boleh tengok ini, berdosa…
Malaikat – Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan – Perggghh… best tu… . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia – Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat – Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan – Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? …

Manusia – Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat – Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan – Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2… pandai2lah?

Manusia – aku telah berdosa..
Malaikat – Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan – Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat… lagipun muda hanya sekali….rugila. …… (kalau sempatla)

Manusia – Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat – Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu …..
Syaitan – Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu…Jomlahhh?

Manusia – Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat – Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu…
Syaitan – Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu….

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat – Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan – Tak payahlah sebuk2

Ular Di Kubur

Selalu kita dengar kalau ada kubur ada maksud kan ..

tapi ini kisah berlaku dekat kubur nenek aku .. eh bukan .. kubur sebelah nenek aku …

ada orang nampak ular kat pokok daun pandan kat kubur tu .. dia bagi tahu MBSA suruh cantas pokok tu .. sebab membahayakan ..

***

semasa MBSA cantas , -ular memang tak ada dah-  .. tapi nak cantas tu susah sangat .. pelik .. sangat pelik .. tapi disebabkan bulan puasa , positif je la .. mungkin akar dia kuat kan .. mengambil masa yang lama untuk cantas pokok pandan itu sahaja ..

***

untuk pengetahuan, pokok pandan tu kitorang yang tanam .. sebab kubur sebelah kiri dan kanan nenek tak ada saudara mara .. sebelah kanan kubur nenek tu masa awal awal ada la jugak saudara .. lepas tu tak ada dah .. yang sebelah kiri tu pula , bujang meninggal seorang diri dekat rumah .. tak ada saudara ..

jadi kami lah yang jaga kedua-dua kubur termasuk nenek .. kubur sebelah nenek memang kosong .. jadi kitorang yang hias sikit sikit ..

tapi tak sangka ada ular pulak kan ….

***

kami menyuruh MBSA cantas pokok pandan kat kubur lagi sebelah pulak ..

jeng jeng jeng ..

senang je cantas .. tadi payah nak cantas .. yang pokok kat lagi satu tu senang pulak .. hrmmm

positif je la..

tak baik fikir bukan-bukan ..

semoga roh-roh mereka aman sahaja termasuk arwah nenek aku .. InsyaAllah..

mari sedekahkan Al-Fatihah buat arwah-arwah ..

-Al Fatihah-

Ada Masalah Dengan Blog ?

Kali ni aku nak promote satu group yang aku join kat FB ni ..

group ni untuk menolong blogger dalam masalah seperti blog nya mungkin ada masalah dengan template .. tanya je dekat group ni .. pasti ada yang menolong .. insyaAllah ..

macam aku , aku suka minta tips .. ada juga yang tolong .. alhamdulillah settle jugak ..

haaaaa .. group ni tak boleh ping ye … ye la , macam group lain kan boleh ping .. tapi group ni tak boleh.. sebab kita kalau boleh nak fokus masalah masalah yang blogger hadapi .. kalau ramai dok ping , kang tak nampak post yang blogger nak tanya tu..

ye dok …

admin yang sebenar adalah dari blog INI

kemudian admin yang dipilih untuk menolong menguruskan group adalah INI , INI , INI , dan INI

5 orang admin buat masa ini …

oh lupa pula .. group tu korang boleh klik SINI dan join ye ..

InsyaAllah mereka boleh membantu anda …

Selamatkan Islam

Assalamualaikum,

agak-agak kita sedang selamatkan Islam tak ? bagi aku tak.. aku yang tak selamatkan Islam … kenapa ??

sekarang ini kecoh dengan isu mak siti tu kan .. yang hina Allah S.W.T dan Nabi Muhammad kita … bole tengok gambar di SINI ..  bila aku buat entri ini ramai kutuk gila gila .. hina balik ..

Nauzubillah.. bukan itu cara kita nak tegur .. bukan kita hina dia balik … ingat !! bila kita hina dia , kutuk dia , maka dia akan burukkan lagi Islam .. sebab dia lagi marah .. betul ?

Maaf aku terpaksa delete comment anda yang hina dia balik .. aku rasa tak sesuai dengan comment anda tu .. mungkin hati dia dah ditutup , dah hitam .. tapi ingat pintu taubat itu ada !! kita ada tangan .. maka menadah tangan kita kepada Allah S.W.T supaya manusia itu dibuka pintu taubatnya …

tutup kes mak siti ..

*******************************

kes gereja di serbu Jais … pulak dah .. ini salahkan ini .. itu salahkan itu …. tepikan isu politik .. kita selamatkan agama .. aku tengok je orang komen komen pasal isu ni .. bulan puasa pon dok kutuk-kutuk lagi.. kawal perasaan .. tak suka macam mana pon kawal diri …

aku malas nak masuk campur sebab ni semua hal politik .. agaknya la.. sebab aku tengok dorang komen politik je ..

tutup kes serbu gereja sebab aku tak nak ambil tahu sangat.. aku budak lagi takleh masuk campur hal politik …

*********************************************

kes orang bercinta … pegang-pegang tangan . peluk peluk .. bangga letak gambar kat FB .. memang so sweeeeet kan … tapi sweet tak orang lain tengok.. bukan muhrim lagi kan..

aku paling tak suka bila gambar bf gf nak rapatkan pipi .. sweet la tu .. fuuhh .. biar la .. account FB dorang.. dosa dorang..

sebab tu aku cakap aku tak dapat nak selamatkan Islam .. bila tegur , rasa serba salah sebab kawan .. so macam mana ..

kes tutup orang bercinta … sebab tu aku kalau nak bercinta terus akad nikah.. lepas akad segalanya halal ..

*****************************************

Ya Allah , maaf aku tak dapat nak selamatkan agama aku .. tapi aku akan cuba selamatkan … cuma dengan doa Ya Allah ..

maafkan kami Ya Allah …

maafkan kami Ya Allah …

*entri ini hanya untuk luahan aku saja … *

You are currently browsing the Blog Tyka blog archives for August, 2011.