Blog Tyka

Flower

Cara Penulisan Yang Betul Ketika Buat Sesuatu Entry

Assalamualaikum ,

panjang benar tajuk ni kan…

aku nak kongsi sedikit ilmu kepada blogger. tujuan entry ni khas untuk orang yang suka sangat “short form” . sampaikan aku sendiri tak faham kadang-kadang tu.. jangan lah terlalu short form … gunakan bahasa baku ketika buat entry .. tidak mengapa.. jangan la segan nak bahasa baku ..  aku akan beri sedikit tips kepada blogger sekalian.. ini tips sendiri dari pengalaman aku lah.. bukan dari Encik Google yer..

tips nya adalah :-

1) bila buat tajuk entry tu pastikan mulakan dengan huruf besar … pastikan juga gunakan ayat sebijik sebijik.. jangan short form .. contoh “yang” jadi “yg” ..

2) Kalau nak letak gambar dalam entry pon boleh , tapi tak letak pon boleh.. tapi kena lah make sure , saiz gambar itu sesuai dengan blog anda.. kalau blog korang kecil , edit lah gambar itu jadi kecil.. bagi seimbang.. balance sheet kata seorang accountant.

3) Jangan biasakan diri kita ni tulis dengan perkataan yang orang lain tak faham atau susah nak faham.. memang anda faham apa yang anda tulis kan.. tapi orang lain macam mana? sebab itu kadang-kadang orang malas nak baca entry kita disebabkan perkara yang kita tak nampak ni…

contoh tulisan bagi aku yang aku tak faham tapi baru faham (terbelit-belit nak baca) , “n3″ rupanya entri , banyak lagi la..

bagi aku , guna bahasa betul lagi baik. lagi senang pembaca nak baca.. betul tak kata aku??

kalau betul , sila like …

sampai di sini sahaja.. maaf kalau ada terasa dekat aku kan.. aku cuma menasihat sahaja..

Related posts:

  1. Cara Diet Yang Betul
  2. 1 hari 5 entry
  3. Ciri-ciri theme blog yang aku kurang berkenan
  4. 3rd entry : Tyka diet episode 1
  5. Betul Ke Celcom ni !!!

13 Responses to “Cara Penulisan Yang Betul Ketika Buat Sesuatu Entry”

  1. June 19th, 2011 at 1:44 am

    Iqbal Syarie says:

    heh… mmg betul pun . Setuju :D Iqbal Syarie recently posted..Hlovate- Hate and Love

  2. June 19th, 2011 at 1:52 am

    yaya says:

    saya pakai bahasa malaysia baku cik tyqa. baru nampak educated. err? T___T
    yaya recently posted..Finally Setelah begitu kosong

  3. June 19th, 2011 at 1:53 am

    fyna says:

    hehe..
    setuju ngan entry DT nih.
    :) fyna recently posted..mood nak join segmen

  4. June 19th, 2011 at 11:24 am

    uzair says:

    haa. setuju sangat dengan yang ini. great entry. bahasa SMS adalah sangat tidak digalakkan pada blogger. sebab tak sume orang faham.

    tapi kalau niat memang nak private atau personal blog. teruskan~

  5. June 19th, 2011 at 11:55 am

    Eichikatsu says:

    SAYA SETUJU! :) Eichikatsu recently posted..Maharaja Lawak Minggu 12

  6. June 19th, 2011 at 2:25 pm

    Alya Esprezzo says:

    hye awk! saya ada review header awk kat blog saya..kalau rajin jom la singgah! :)

    http://www.alyaesprezzo.com/2011/06/fahmi-vs-ayeem.html
    Alya Esprezzo recently posted..Terima Kasih Dil dan Ayeem!

  7. June 19th, 2011 at 5:01 pm

    nazirulhazwan says:

    Bahase bebudak skang pon jgn gune.sakit orak nak paham
    nazirulhazwan recently posted..PANAS – nazirulhazwan lagi hebat dari zackzukhairi

  8. August 1st, 2011 at 10:42 pm

    zainal says:

    salam datin…

    ya..memang selalu sgt terbaca entry tuh…kekadang pening jugak kepala nak paham entri depa..tambah2 cam saya dah nak dekat 40 thn nih…

    nak tanya skit..selalu jumpa perkataan..aq…

    aq tuh apa..????
    zainal recently posted..Get The Computer Specification Information Using Belarc Advisor

  9. August 2nd, 2011 at 5:57 am

    Izwan says:

    setuju.. aku ada gak cite pasal ni, tajuk bahasa SMS bukan untuk blogger..
    Izwan recently posted..5 Sebab Twitter Lebih Seronok Dari Facebook

  10. August 2nd, 2011 at 6:29 am

    Pacifista - X says:

    bebudak sekarang ni kena belajar balik cara buat karangan.rasanya setiap entri dari diorang nak kena bagi markah macam cikgu2 bagi markah karangan kat diorang.hehe…
    Pacifista – X recently posted..Contest: Rewards (Punchtab.com) @ Pacifista – X

  11. August 2nd, 2011 at 12:51 pm

    admin says:

    tu la.. kekadang tak faham jugak apa yang blogger tulis ..

  12. August 2nd, 2011 at 12:54 pm

    admin says:

    ala tak tua lg.. he he ..
    aq tu aku.. sebab pernah tanya jugak aq tu apa.. dorg jawab aku .. he he

  13. August 2nd, 2011 at 12:57 pm

    admin says:

    tu la.. ke kena buat contest baru tulis dengan baik..
    kekadang tak faham apa dorg tulis..
    bile tegur kata kite ni kuno plak..
    dan baru tahu kuno tu ape.
    adeh..
    macam macam

Leave a Reply

CommentLuv badge
:D :) ^_^ :( :o 8O :shock: 8) ;-( :lol: xD :wink: :evil: :p :whistle: :woot: :sleep: =] :sick: :straight: :ninja: :love: :kiss: :angel: :bandit: :alien: