Blog Tyka

Flower

Archive for February, 2011

Cuma Aku

cuma aku.. sangat best lagu ni.. korang dengar la..
arits Heliza Helmi..
my feveret artis forever…
dengarkan
layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

credit to Youtube

Luahan dari hati sanubariku

Assalamualaikum…

aku dah lame pendam  hal ni ….

aku tak kira nak malukan orang tu ke tak.. sebab aku tahu itu bukan salah aku…..  kalo Manusia yang aku nak ceritakan hal ini baca ,aku harap ko dapat fikir dengan baik…

kisah ini berlaku awal tahun 2011.. aku ni bekas komander kesatria je.. dah Bekas tapi aku sayang lagi adik adik aku kat uitm.. satu hari, ada senior aku ni cadang nk buat penyucian jiwa.. aku suka bab bab ni … kasi bersih jiwa budak budak baru… bukan nak buli ke ape.. ni untuk kebaikkan dorang jugak..

apabila adik adik komander ni tahu ada penyucian jiwa, dorang cepat cepat bagi tahu senior lagi sorang tak jadi buat..

korang tahu ape yang terjadi ?? Sebenarnye jadi refreshing tu tapi cakap dengan senior tak jadi… nak selamatkan diri la tuh.. aku dah semangat nak pergi join sebab aku akan selamatkan adik adik aku dari kene buli dengan senior.. aku hati ni baik…

aku jugak bercadang kalo aku pergi refreshin tu aku nak buat kenduri tahlil untuk komander senior aku.. aku niat memang baik punya la.. tapi aku dapat news refreshing ni batal.. nak buat camne. takde rezeki.. tapi ari ahad malam aku dapat msg salah sorang komander mengatakan “kenapa akak tak datang refreshing??” perghh menyiarap darah aku.. penipu punya orang kata takde refreshing…

aku terus la bagi tahu kat komander senior yang rupe-rupenye ada refreshing.. oleh disebabkan aku bagi tahu senior seperti itu , ramai gila komander junior anti dengan aku sejak tuh…. padahal aku nak buat baik la dengan dorang junior .. nak belanja dorang makan .. tapi dorang siap cakap aku mengapi-apikan.. bangang gila weh status tu…

ok sejak sejak ni, sorang per sorang delete aku dari friends… 1st komander delete aku si shery.. padahal aku baik dengan dia.. dia ni cepat sangat dengar cakap orang lain agaknya.. ntah kenapa dia delete aku pon tak tahu…

2nd komander delete aku si nisa.. nisa ni pon ikot orang agaknya.. ntah pape..

hari ni aku perasan orang ketiga delete aku… iaitu si intan.. dia ni aku dapat rase dia memang anti gile dengan aku.. si intan ni la mula mula wat status” berhenti jadi manusia la weh” ni la ayat dia tuju kepada aku.. terime kasih intan.. sangat sangat terharu..

walaupon dorang benci aku ke apa.. aku akan tetap sayang komander pahang. banyak pelajaran dan pengajaran aku dapat sejak jadi komander kesatria uitm pahang..

reunion bakal datang.. aku tetap akan sponsor walaopon ada yang benci aku…

niat aku ikhlas untuk menolong dorang.. tapi biarkan la disebaliknya..

aku akan tunggu orang ke 4 dari komander yang akan delete aku… aku akan buat entry khas untuk dia.. hahaha

ni semua luahan aku.. ni blog aku… aku burukkan dia sebab dia dah pon memburukkan aku… bukan aku nak balas dendam tapi aku sangat sakit hati.. aku dituduh dan macam macam lagi… sedih weh kawan makan kawan..

aku rase tu je la..  sape nak baca , baca la.. tak nak sudah..

ok sekian sahaja dari aku @tyka

Panadol Itu Sangat Bahaya!!

Doktor memberitahu, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang Biasa?ini ke dalam mulut anda.

p/s: serik la aku xnk telan benda ni lagi..apa komen korang.??

credit to notes someone @Facebook

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

credit to Facebook Notes

Pertandingan Kejar Berkejaran

Assalamualaikum sahabat blogger..

ok kali ni aku nak buat satu pertandingan kejar berkejaran.. korang tak perlu lari sampai ke luar rumah ke apa..

korang bole main kejar kejar kat dalam blog aku yang biasa ni.. senang je pertandingan ni…

korang nampak tak “PALING RAJIN KOMEN”??

aku nak buat pertandingan sapa paling rajin komen.. tapi ada syarat la..

  • link korang ada tak kat bloglist aku? kalo takde sila bagi tahu aku…
  • korang tak perlu follow aku sebab aku tak letak widget follower kat blog aku.. hahaha
  • korang kene komen blog aku dengan ikhlas.. maksud aku jangan la nk bekejar sangat.. komen yang perlu je.. ade input ok…

aku akan buat pertandingan ni sehingga 9 MEI 2011 (tarikh aku mula cuti sem) banyak lagi masa…

Hadiah yang aku akan bagi adalah :-

  1. No 1 – topup RM50 dan key chain
  2. No 2 – topup RM 30 dan key chain
  3. No 3 – topup RM 10 dan key chain
  4. Saguhati akan mendapat keychain ( dari no. 4 sehingga no.10)

Aku ada jugak nak bagi hadiah kat sesiapa yang promote pertandingan ni kat blog kawan kawan korang..

camni caranya.. aku tak suka main tag tag ni… so cara aku adalah , korang copy lah link entry ni then paste kat blog blog kawan korang sama  ada di shoutbox ke cbox ke kbox(tempat karoke. haha) atau comment dorang ke.. suka hati la.. tapi korang kene copy balik link yang korang promote tu kat sini.. untuk sebagai bukti.. OK ..

hadiah dia ???.. rahsia ~~~~~~~~~

aku akan cuba update blog aku setiap hari 5 entry.. jadi pandai pandai la berkomen ye… aku tak pilih kasih.. aku akan berkasih dengan korang

Selamat menjoinkan diri semua…

You are currently browsing the Blog Tyka blog archives for February, 2011.