Blog Tyka

Flower

Archive for the ‘Dunia Blog’ Category

Segamat Bakal Banjir Kali Ke 3

Aku tak pasti betul ke tidak tapi pada hari ahad
yang lepas sewaktu aku nak balik rumah sewa, pakcik teksi tu pesan kat aku supaya kitorang kena ready dengan banjir kali ketiga.

Terperanjat gak la aku. Raya cina lepas banjir, ni banjir lagi ke? Tapi kalau dah terjadi ni semuanya ciptaan Allah S.W.T kan.

Aku tanya pakcik tu macam mana dia tahu. Dia kata ni ramalan orang cina. Sebelum ni ramalan cina memang selalu betul.

Aku tak percaya gak. Aku cuba tanya pakcik bas pulak. Dia kata ada dengar benda ni sebabnya sekarang ni kat Segamat musim hujan.

Risau gak dibuatnya. Tapi kan best kalau cuti sebab banjir.

Live Blog

Live blog? Apa tu? Macam vlog ke? Eh taklah. Mulai sekarang dari jam 8 pagi sehingga 6 petang aku akan update blog guna galaxy tab. Live la tu. Aku akan tulis apa yang aku nampak dan apa aku buat.

Kalau typo faham faham la ye. Jari aku ni kecil sangat. Tab ni besar sangat.

Tu je la nak bagitahu.

Psst – aku update ni dalam kelas econometrics. Sumpah ngantuk dan tak faham. Cemana nak dekan ni. Alahai

sitiatikah.com Kembali

yeahhh . kembali juga aku kepada blog sekian lama sudah bersawang ni . bulan September aku cuti dari berblog sebabnya awal bulan September aku busy dengan Hari Raya (macam aku seorang je sambut kan) .. lepas raya tu sibuk dengan nak masuk UiTM dah .. 4 bulan cuti .. tetiba masuk balik belajar .. tanjat la gugurl kan .. dah masuk UiTM tetiba lecturer bagi assigment belambak pulak .. awal awal dah ada quiz .. otak dah blur .. cuti 4 bulan tu macam stuck je .. haihh ..

sekarang aku dah kembali normal .. kecewa sedikit nih .. akhir bulan Ogos ranking dalam Malaysia 667 world pula 170K .. hari ni aku mula balik ranking aku dengan 190885 world dan 5110 Malaysia.. aku akan mengejar balik semula ..

dalam cuti sebulan ni dapat gak 6000UV .. bandwidth 17gb .. he he .. itu happy jugak la.. dalam cuti sebulan ni banyak sebenarnya aku nak update.. banyak idea .. tapi tahan dan kawal nafsu untuk update blog..

aku akan cuba buat live blog dengan menggunakan galaxy tab aku .. nak cuba setiap 4 5 jam update blog .. pasti kita boleh kan …

haaaa .. siapa baca sampai habis ni bagus la.. aku nak bagitahu ni.. hati aku baik hati pulak .. aku nak hadiahkan domain la untuk bulan Oktober .. setuju tak ? he he..

rasa excited pulak aku update blog ni … hehe ..

welcome back to me .. yeah !

September Cuti , Oktober Baru Bermula

tajuk entah apa-apa .. di sini aku nak bagi tahu sedikit , bulan September ni aku cuti dari berblog .. mood raya lagi ni .. selain dari mood raya , mood balik kampus dengan hati sedih .. bila hati sedih segala benda jadi malas … bagi aku imbangkan diri aku , sesuaikan masa dan diriku ..

jadi bulan Oktober aku akan kembali berblog semula .. dengan penuh semangat .. insyaAllah ye .. walaupun aku tak update tapi hari hari UV aku 200 .. syukur alhamdulillah .. nampaknya sitiatikah.com ada peminat tersendiri .. terima kasih ye semua ..

bagi sitiatikah.com berehat sebentar .. Oktober nanti sitiatikah.com akan buat entri yang best best .. mungkin dari segi reka cerita tersendiri .. tengok lah macam mana …

jumpa lagi …………. ;-(

Perlu Ke Aku Meneruskan Berblog ?

Terus terang aku katakan sejak aku ada samsung galaxy tab aku malas nak update blog.. sebab aku jarang online guna laptop …

aku masih kekok nak taip blog guna tab .. terus mood aku jadi entah apa-apa .. sepatutnya ada tab lagi senang nak update kan .. aku ni pelik sikit ..

aku nak buat contest pon terpaksa dibatalkan .. malas malas ..

ahad ni pula dah masuk belajar .. 4 bulan cuti .. mak aih .. series malas gila nak balik Segamat .. tapi sebagai pelajar kena la teruskan .. broadband aku rosak .. aku rasa mood hilang je .. aduhai ..

tapi ada segelintir siap SMS aku tanya kenapa tak update blog , kenapa nak stop .. aku jawab “malas dan entah” .. marah pulak dia .. tu bukan alasan katanya …

sebab dari blog aku dia dapat tips , dia dapat ilmu tentang blog *perasan jap aku* … tapi entah la.. haihhh .. confuse lagi ..

bagi korang kan , perlu ke aku meneruskan dalam dunia blog ini ?? tolong bagi jawapan eh.. sekiranya ramai aku akan cuba teruskan perjuangan aku ..

You are currently browsing the archives for the Dunia Blog category.