Blog Tyka » Dunia Blog http://sitiatikah.com Fri, 02 Mar 2012 15:55:18 +0000 en hourly 1 http://wordpress.org/?v=3.0.3 http://sitiatikah.com http://sitiatikah.com/wp-content/plugins/maxblogpress-favicon/icons/favicon-26.ico Blog Tyka Tahniah Raihana http://sitiatikah.com/2012/03/02/tahniah-raihana/ http://sitiatikah.com/2012/03/02/tahniah-raihana/#comments Fri, 02 Mar 2012 15:48:25 +0000 admin http://sitiatikah.com/?p=1678

Gembira rasanya hari ini seorang kakak angkat yang bernama Raihana Bt. Samsul sudah menjadi seorang isteri. Aku tidak dapat hadir kerana terlalu busy. Ye lah, kan nak balik Segamat. Jadi banyak benda mahu selesaikan. Esok Majlis Perkahwinannya, tetapi aku ada hal. Kalau ada masa aku akan singgah ke kediaman beliau.

Gambar kredit to adik ipar dia.

Cantik kan kakak saya ni.

**********
BIODATA
**********

Nama : Raihana Bt. Samsul

Asal : Selangor

Tarikh Lahir : 19 July 1987

Status : Baru berkahwin (2/3/2012) dengan pasangannya Shahril

Trademark : “Busukkkkkk”

***********

Bagaimana aku kenal beliau?

Sewaktu aku Part 1 Diploma di UiTM Jengka, aku sebilik dengan seorang kakak iaitu course Office Management (OM) dan dua orang lagi iaitu dari course Business Management dan Woodtech.

kakak OM ini selalu buat group discussion. Aku ni jenis suka ikut orang ke mana. Duduk dalam bilik bosan. Jadi aku ikut kakak OM ni pergi ke discussion. Kak Rai ini salah seorang group dengan kakak OM ni. Nak jadikan cerita, aku pandang muka kak Rai ini macam jatuh cinta.

Balik bilik aku terus cakap dengan roomate aku nak jadikan dia sebagai kakak angkat. Mereka semua gelakkan aku. Tapi ia jadi kenyataan setelah kakak OM bagi tahu dekat kak Rai yang aku nak jadikan dia sebagai kakak angkat. Kak Rai pon terima aku sebagai adik angkat sebab dia tidak ada adik perempuan.

Wah sungguh untung la aku kan. Dia cantik. Kalau aku berjalan dengan kak Rai, pasti ramai lelaki “phewit” dekat dia. Kat aku tak ada. Kecewa sungguh.

Masa harijadinya aku membuat surprise untuk dia. Bagi kek dan beli patung besar. Sampai sekarang dia simpan.

SAYA SAYANG KAK RAI.

Terima kasih kepada yang sudi membaca sehingga habis.

P/S: siapa nak jadikan aku adik angkat?

]]>
http://sitiatikah.com/2012/03/02/tahniah-raihana/feed/ 0
Dulu Best, Sekarang Tak Best http://sitiatikah.com/2012/03/02/dulu-best-sekarang-tak-best/ http://sitiatikah.com/2012/03/02/dulu-best-sekarang-tak-best/#comments Fri, 02 Mar 2012 09:00:09 +0000 admin http://sitiatikah.com/?p=1676

Apa yang best, apa yang tak best? Tahun lepas tahun 2011 zaman aku nampak blogger sedang meningkat. Tak kisah lah jenis jatuhkan orang, atau mencari ilmu. Aku nampak semua tu. Yang kejar traffic, yang tak reti reti nak kejar traffic. Macam-macam karenah aku nampak. Blogger kahwin, gathering blogger. Semua semangat. Aku pon semangat pada bulan Jun sampai September. Oktober aku tidak sangat join ke alam blogger kerana sambung belajar. Jadi begitu malas aku mahu update.

Apa yang aku mahu sampaikan di sini adalah, mana hilangnya blogger lain? Yang aku nampak ping dekat group di Facebook orang baru sahaja yang hanya syok ping. Aku tu kekadang masuk la blog mereka, tinggalkan comment.

Aku ni kekadang ketinggalan zaman. Tup tup dapat tahu ada blogger yang bergaduh. Oh sungguh tidak faham aku. Nak ajak gaduh tu ajak sekali. He He.

Dan apa yang aku nampak juga, bila blogger mahu menang sesuatu contest, beria bebenar nak suruh kita buat itu dan ini. Tapi bila kita mahu minta tolong, balas chat pon tidak. Nak kata ini ke “orang melayu” atau ini ke “blogger”. Sama-samalah kita bantu, jangan lah cari kawan ketika dalam kesusahan.

Yang masih mengejar traffic tu masih ada aku nampak tapi cara yang tidak sepatutnya. Memang YA kalau buat tajuk unsur unsur “kelucahan” traffic tu agak bagus. Ataupon “tentang artis”, trafficnya juga bagus.

Dulu aku nampak semua rajin buat “Wordless Wednesday” dan “Spontaneous Thursday”. Sekarang tiada lagi. Aku pon mengaku aku tak buat dah sejak aku berhenti sementara berblog. Tapi bila kali ini aku nak join dah tak ada yang buat dah.

Dulu aku suka main backlink. Tapi sekarang tiada lagi kerana aku tak nampak blogger yang masih aktif. Impian aku adalah aku nak semua rakyat Malaysia mahupun negara lain bangga dengan orang yang bertitle “Blogger”. Tapi kalau macam ini gayanya, hancurlah impian aku.

Sekarang ini, “MANA PERGINYA BLOGGER”. Kalau Ujang tu aku tahu lah busy jaga gegurl. Dah jadi papa kan. Yang lain tu?

Jom blogger sekalian, kita aktifkan diri kita semula. Aku mahu lihat seperti dulu.

]]>
http://sitiatikah.com/2012/03/02/dulu-best-sekarang-tak-best/feed/ 5
Nak Cepat Kaya??? http://sitiatikah.com/2012/03/02/nak-cepat-kaya/ http://sitiatikah.com/2012/03/02/nak-cepat-kaya/#comments Fri, 02 Mar 2012 04:42:45 +0000 admin http://sitiatikah.com/?p=1672

Zaman sekarang ni, dalam keadaan macam mana pon, semua nya kena guna duit. Nak pergi tandas pon kena bayar. Jadi semuanya duit. Sekarang juga ramai memerlukan duit sebab teknologi makin canggih. Ipad, Tab, Iphone, Android. Macam-macam lagi. Mesti rasa nak beli kan?

Gaji tak seberapa, kerja keras tapi seperti tidak berbaloi kan. Jadi pasti ramai nak jadi cepat kaya kan. Oh, di sini aku bukan nak bagi cara cara cepat kaya. Tapi ingin memberi nasihat. Aku bukan lah seorang yang baik sangat, tapi aku ingin berkongsi ilmu kepada kawan-kawan.

Apa yang aku nampak di sini , kalau kita buat kerja “HARAM” pasti cepat kaya. Itu bagi pendapat aku, mari kita tengok betul tak. OK kalau kita jual dadah, mesti cepat kaya kan? Contoh di kawasan kampus bahagian asrama lelaki. Selalu kena spotcheck tentang rokok. Tapi andai kata ada perempuan beli dan jual rokok kepada lelaki walaupon mahal, mereka sanggup bayar.

Lihat, apa yang berkomplot, rasuah atau melalukan perkara yang dilarang pasti cepat kaya. Tapi ingatlah, cepat kaya di dunia tapi adakah cepat kaya di akhirat? Kaya dengan dosa? Pasti tidak mahu kan, mesti kita mahu kaya dengan pahala. Jadi jangan lah melakukan kerja yang haram.

Banyak lagi kerja HALAL di dunia ini. Jika keliru dalam kehidupan kita, memperbanyakkan solat istikharah, solat hajat meminta jalan yang lurus. Allah S.W.T sentiasa dengar masalah kita. Dan Allah S.W.T yang akan menyelesaikan masalah kita.

Ramai kawan aku keliru dengan skim cepat kaya, kerana cara mereka mempromosikan betul betul membuatkan mata kita nampak duit sahaja. Jadi aku memberi nasihat buat lah solat-solat sunat. Allah yang memberi rezeki, beliau tidak pernah memberi rezeki yang Haram, yang memberi rezeki Haram adalah musuh kita iaitu Syaitan.

Akhir kata, bila kita usaha mencari rezeki kerana Allah, InsyaAllah Allah akan memberi rezeki kita yang sangat banyak. Ajal,Jodoh dan Rezeki datang dariNya.

Wallualam.

]]>
http://sitiatikah.com/2012/03/02/nak-cepat-kaya/feed/ 2
Kurang Hajar, Dasar Binatang !! http://sitiatikah.com/2012/03/01/kurang-hajar-dasar-binatang/ http://sitiatikah.com/2012/03/01/kurang-hajar-dasar-binatang/#comments Thu, 01 Mar 2012 09:27:35 +0000 admin http://sitiatikah.com/?p=1667

Haih.. dah lama aku tak update blog… Update update je dah mengamuk.. Sakit hati betul dibuatnya..

Jap-jap, mesti musuh aku baca kan sebab mana tahu korang terasa aku kutuk pasal korang.. Tak ada lah.. Aku bukannya seorang yang menjatuhkan maruah orang di depan khalayak ramai..

OK melalut dah.. macam ni.. tengok gambar ini ..

Tengok tu earphone aku pon dia nak makan.. Siapa lagi kalau bukan cik Siti (tikus) .. Apa yang dia nak buat lagi sebelah tu… Dah la aku beli mahal.. RM50 tau.. kalau RM10 tu aku tak hairan lah… memang dasar binatang.. Nasib la dia tidak ada akal.. Tapi sakit hati.. Macam lah tak ada makanan kat dapur..

kalau dia comel macam ini aku maafkan… haih tikus.. kau dah rosak macam macam wayar kat rumah aku ni..

“kurang ajo, dasar binatang” !! <– ini lah ayat aku di status FB sebentar tadi.. pasti ramai pandang negatif kan.. hah itu lah manusia, cepat sangat salah sangka.. Insaflah !!

]]>
http://sitiatikah.com/2012/03/01/kurang-hajar-dasar-binatang/feed/ 6
Kerana Dia Aku Baru Faham Erti Teknologi http://sitiatikah.com/2012/02/08/kerana-dia-aku-baru-faham-erti-teknologi/ http://sitiatikah.com/2012/02/08/kerana-dia-aku-baru-faham-erti-teknologi/#comments Wed, 08 Feb 2012 15:12:38 +0000 admin http://sitiatikah.com/?p=1660

Sewaktu aku form 3 (tahun 2004), aku baru ada sebuah komputer. Internet tak ada. Dekat sekolah sibuk sana sini tentang Myspace. Aku memang bodoh gila lah pasal benda-benda ni. Aku tanya kawan aku apa tu Myspace, katanya tempat kenal kenal kawan. Aku pon pergi ke cyber cafe pergi daftar. (Dulu panggil daftar sekarang sign up).

Pendekkan cerita , aku add lah seseorang ni bernama Rasul (Abang Acul). Kenapa aku add dia? sebab page myspace cantik. Kan myspace boleh buat macam macam bentuk kan. sekali tengok page abang acul ni cantik gila. maka aku jatuh cinta dengan rekaciptanya bukan dengan orangnya.

Jadi dari situ aku mula kenal beliau. Aku tanya dia macam macam tentang ilmu design, coding semua ni. semua aku belajar dari dia. dalam otak aku memang kosong pasal benda benda teknologi ni. tetapi berkat kesabaran dia untuk mengajar aku, maka sehingga hari ini aku sangat sangat menghargainya.

Oh sebelum tu, kan tadi aku daftar Myspace dekat cyber cafe kan, disebabkan aku nak belajar tentang design semua ni, aku paksa mak bapak aku pasang streamyx kat rumah. time tu mahal sangat. tapi dorang tahu aku nak belajar, maka dorang belikan. dorang sanggup korban duit sebab aku. tapi aku tak sia-siakan. aku belajar betul-betul tentang teknologi ni.

Dulu aku bodoh dalam adobe photoshop, sekarang alhamdulillah aku tidak bodoh lagi. Dulu aku bodoh dalam format laptop, sekarang aku tak bodoh lagi. Aku boleh buat perniagaan lagi.

Dulu aku bodoh dalam ilmu blog, sekarang tidak lagi. korang boleh baca dekat SINI. pengalaman aku berblog selama 7 tahun. semuanya dari abang acul. kalau tak ada dia, memang aku bodoh sampai sekarang lah.

Terima kasih abang acul. korang boleh add dia kat FB. Nama dia “INI ACUL” atau pon MOHD RASUL..

pesanan :- Janganlah malu bertanya kerana ia akan membawa kita kepada kerugian..

]]>
http://sitiatikah.com/2012/02/08/kerana-dia-aku-baru-faham-erti-teknologi/feed/ 3