Facebook Akan Di Tutup

by admin on May 13, 2013 · 28 comments

Apa? Facebook akan di tutup?

Tak ada lah, saja buat tajuk begini.

Petang tadi selepas balik dari kerja, singgah minum petang bersama bapak dekat Syed Bistro. Masa borak-borak tu ada sentuh politik sedikit.

Bapak kata sekarang anak muda cepat terhasut atau terikut-ikut dari internet. Maksud bapak aku, internet tu Facebook. Maklum lah orang tua tak tahu zaman teknologi ni.

Aku cakap tak ada lah terhasut, sebab aku tak terhasut pun. Mungkin aku ni jenis malas nak ambil tahu tentang politik di Facebook. Kalau ambil tahu, kemudian berbalas-balas pendapat, confirm boleh gaduh. Jadi aku elakkan semua tu.

Tiba-tiba, bapak cakap “tak boleh ke tutup internet tu?”. Kemudian aku menjawab “Boleh, tunggu tyka jumpa Mark Zuckerberg pengasas Facebook ni, kemudian masukkan Mark ni sebagai Islam. Kemudian terangkan pada Mark bahawa, kami mahu selamatkan Islam dari bergaduh hanya kerana sebaran fitnah di Facebook. Mesti Mark pun tutup lah FB ni.”

Best kan kalau perkara ni betul-betul terjadi. Mungkin ada tak setuju sebab ada yang dapat rezeki dari Facebook. EHEM, rezeki kan datang dari Allah S.W.T. He he.

Apa pendapat dan perasaan anda kalau Facebook ni akan ditutup?

 

{ 28 comments… read them below or add one }

KiD May 13, 2013 at 11:09 pm

padangan peribadi.. FB ni sebagai salah satu platform sahaja. apa yang perlu diubah adalah sikap dan tabiat mereka.. :) KiD recently posted..AWAS Penipuan di Facebook

Reply

admin May 13, 2013 at 11:22 pm

betul. tapi sukar nak ubah sikap masing masing kan

Reply

TehR May 14, 2013 at 1:31 am

ada yang salah guna kemudahan yang ada
tu yang banyak timbul masalah tu

bukan hanya facebook je
TehR recently posted..Menteri Besar Dan Ketua Menteri

Reply

admin May 14, 2013 at 10:34 pm

betul .. blog pon same jugak kan

Reply

Irwan Alessa May 14, 2013 at 3:52 am

Susah juga la pada pendapat IA.. Facebook pun salah satu jalan jana duit di rumah.. Kalau
itu, sesetengah orang gemar mencari lawan dari mencari kawan..
Irwan Alessa recently posted..WordPress Lebih Anggun

Reply

admin May 14, 2013 at 10:35 pm

itu la. kalau orang yang cari jana duit tak apa.. ini sebarkan fitnah .. itu yang tak patut

Reply

onlajer May 14, 2013 at 11:29 am

tutup suis la kalau mau tutup fb hehe
onlajer recently posted..Berani Memberi Komentar

Reply

admin May 14, 2013 at 10:36 pm

bijak tu.. ataupun blackout selalu.. hehehhe

Reply

reezluv May 14, 2013 at 11:59 am

standard le…ehehe..media sosial..nama pun sosial :D reezluv recently posted..Teh Susu Mahal Vs Awek Teh Susu

Reply

admin May 14, 2013 at 10:46 pm

terlalu sosial sangat…. sehingga fitnah sana sini.. tak elok gitu

Reply

hafizmd May 14, 2013 at 1:10 pm

kalau betul2 fb tutup, bagus jugak, kurang satu tempat org menyebar fitnah dan merosakkan ukhwah

ambe mmg tak kisah kalau fb tutup…hehe

p/s- silap hari bulan, ada yg tgk tajuk entri ni, terus percaya dan tweet…hohohho

Reply

admin May 14, 2013 at 10:47 pm

DT kalau fb tutup cuma sedih tak bole main game.. haha

itu la, mesti percaya.. ahaha

Reply

hafizmd May 15, 2013 at 10:14 pm

hahahaa..dah addicted main game apa nama tu yer?
hafizmd recently posted..Seloka Petua Kurangkan Berat Badan

Reply

Denaihati May 14, 2013 at 1:33 pm

kalau tutup, insyaAllah ada jalan lain. tutup bukan jalan penyelesaian terbaiklah rasanya.

Reply

admin May 14, 2013 at 10:50 pm

betul kerana ada juga jumpa kawan lama di FB.. sikap diri sendiri tu kena jaga.. fikir dulu sebelum share apa yang tidak patut.

Reply

hafizmd May 15, 2013 at 10:15 pm

betul tu…malangnya nampak ramai yg tak berfikir, atau malas nak berfikir…

mana yg rasa nak share, share saje entah betul entah tidak…viral fitnah silap hari bulan..

wanau’zubillah
hafizmd recently posted..Seloka Selamat Hari Guru 2013

Reply

akubiomed May 14, 2013 at 1:56 pm

Sesetengah pihak melihat FB dari segi ‘Opportunities’. Perlu ambil kira golongan tersebut mengunakan FB bukan sekadar sosial sahaja.

Reply

admin May 14, 2013 at 10:51 pm

betul tu… perlu guna FB sebaik mungkin

Reply

Hairul Azni May 14, 2013 at 3:32 pm

Kalau FB tutup, orang boleh lari ke media sosial yang lain..dalam bab ni, sikap tu yg kena ubah..
Hairul Azni recently posted..Sekitar Hari Keluarga Jabatan Patologi HTAA Kuantan

Reply

admin May 14, 2013 at 10:53 pm

betul, sikap tu yang penting untuk di ubah… FB jadi mangsa..

Reply

titan May 14, 2013 at 7:47 pm

takpe. tutuplah. ada gua kesah?
titan recently posted..Evolusi Earncent.com

Reply

admin May 14, 2013 at 10:54 pm

yang penting duit masyukk dri blog je kan

Reply

titan May 15, 2013 at 3:43 pm

tau takpe. facebook ni tools gua buat duit aje.
titan recently posted..78 Komen.

Reply

CutiMalaysia May 15, 2013 at 12:14 am

jangan tutup, tak best kehidupan..
CutiMalaysia recently posted..Cuti Cuti Terengganu 2013: Tempat Menarik Mesti Dilawati di Kuala Terengganu

Reply

Hazmin Hamudin May 15, 2013 at 8:55 am

Tutup je…. Hehe.. Benda boleh buat gaduh dan pecah belah buat apa dibiarkan. Memang orang kata sekadar platform, yang penting kena ubah sikap. Tapi kalau dah tu antara punca, elok tutup. Abis cerita.
Hazmin Hamudin recently posted..Wordless Wednesday | Dublin Spire

Reply

mohdazahar May 15, 2013 at 1:20 pm

kalau la takde facebook…semua hanya pakai blog sahaja lg best
mohdazahar recently posted..8 Cara Untuk Bakar Kalori Berlebihan

Reply

Hafizul May 16, 2013 at 1:47 pm

Emm tutup pun ok gak..lagipun saya kurang aktif dalam FB..hahaha
Hafizul recently posted..Warkah Berlagu Pilu

Reply

BeritaKaki May 18, 2013 at 12:47 am

facebook akan ditutup selepas takada bekalan internet ..hehehehe
BeritaKaki recently posted..Video Gol Pahang 1-1 Lions XII 17 Mei 2013

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: