Kerja Kerajaan

by admin on May 11, 2013 · 20 comments

Hati ni tengah berdebar-debar sebab hari Isnin ini, aku akan bermula bekerja. Alhamdulillah rezeki aku dapat kerja kerajaan. Secara rasmi aku meletakkan jawatan sebagai “penganggur terhormat”.

Sedih jugak lah untuk meninggalkan pekerjaan penganggur ni. Dah biasa lepas Subuh tidur balik, lepas makan tengahari tidur, main game waktu siang, tergolek-golek dalam bilik seorang diri sambil tersenyum apabila teringat pada Mr. Secret Admire.

Lepas ini kena lupaka semua tu. Maka aku akan fokus pada pekerjaan aku dengan mencapai impian yang pertama iaitu beli kereta. Walaupun di rumah ada 2 kereta extra tapi sayangnya kereta itu terpaksa dibuat sebagai hiasan. Maklum lah kereta antik, pandu 5 minit mati tengah jalan. Selalu nya aku dengan mak aku yang pandu 5 minit. Abang dan bapak aku boleh pandu 5 jam. Katanya kena pandai kawal.

Majlis Bandaraya Shah Alam

Isnin ini aku akan daftar diri di Jabatan Sumber Manusia dan aku akan bekerja di Jabatan Kewangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Aku tak risau sangat dan terlalu fikir “apa tugasan yang akan diberikan”. Ini kerana aku akan buat kerja sama dengan waktu aku praktikal 3 bulan yang lepas. Aku dah kenal semua staf di Jabatan Kewangan dan ada juga staf dari Jabatan yang lain.

Tapi masih berdebar-debar lagi hati ni. Adakah ini suatu penyakit ?

 

{ 20 comments… read them below or add one }

titan May 12, 2013 at 1:03 am

hoho..tahniah. kerja kerajaan rupanya..
titan recently posted..Review Berbayar – Sila upah gua.

Reply

admin May 12, 2013 at 1:16 am

alhamdulillah rezeki.. nanti dah dapat gaji, bole belanje cendol.. satu je.. tak boleh banyak2.. gemuk nanti

Reply

Katak Comel May 12, 2013 at 1:56 am

relax je..
klu de awek cun,jgn lpe kimsalam ong gedek2 taw..
hihi
Katak Comel recently posted..Biodata Dan Gambar Sharifah Sakinah

Reply

blackrosehunter May 12, 2013 at 3:22 am

tahniah..dah dapat kerja..kerja kerajaan senang..loan pun senang.. :) blackrosehunter recently posted..Kebaikan dan Khasiat Susu Ibu

Reply

Akuro San May 12, 2013 at 6:30 am

Tahniah~ kerja rajin-rajinnya…
Akuro San recently posted..Contest Review Tak Terkalah – Menang Hadiah Wang Tunai

Reply

Denaihati May 12, 2013 at 8:17 am

tahniah dapat kerja dan selamat memulakan kerja dengan dedikasi. hari pertama kerja biasanya memang berdebar sikt.
Denaihati recently posted..Surat Dari PM DS Najib Razak Pasca PRU13

Reply

Fareast May 12, 2013 at 12:04 pm

tahniah DT..keje bhgian kewangan ni mencabar..
semoga sukses ah. 8) Fareast recently posted..Sejarah Masjid Agung di Nusantara

Reply

Hafizul May 12, 2013 at 4:10 pm

Emm tahniah..semoga berjaya dapatkan kereta sendiri..
Hafizul recently posted..Kite Buatkan Untuk Mak

Reply

ejam May 13, 2013 at 7:53 am

Tahniah ler DT,
betul orang kata kalau waktu praktikal dah buat kerja dan beri komitmen yang terbaik memang akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada pihak pengurusan, kiranya mereka sayang lebihlah..
kini terbukti DT berjaya menawan hati mereka untuk menggajikan DT di situ.

Selamat bekerja, semoga melimpah ruah lagi rezekinya nanti.
ejam recently posted..Kolam Tahfiz Kampung Berhala Gantang.

Reply

KiD May 13, 2013 at 11:16 pm

alhamdulillah… syukur.. DT kerja rajin-rajin yea.. leh blanje cendol nanti.. =)
KiD recently posted..Kedai Makan Rokiah

Reply

admin May 14, 2013 at 1:19 am

cendol tak elok untuk kesihatan.. haha

Reply

reezluv May 14, 2013 at 12:01 pm

Lepas ni saya yang menurut perintah le..hehe..tahniah dah dapat keje..:D
reezluv recently posted..Teh Susu Mahal Vs Awek Teh Susu

Reply

akubiomed May 14, 2013 at 1:54 pm

Bakal akauntan ker nih?
akubiomed recently posted..Makan makan pizza di Papa John’s

Reply

Irwan Alessa May 14, 2013 at 5:58 pm

Wahhhh.. DT kerja kerajaan la, tahniah.. IA tunggu lama dah peluang keje gomen.. SPA tiap tahun isi, tapi kabel kena besor pehe kot.. hehehe
Irwan Alessa recently posted..Hutang Dan Mati

Reply

Mus May 15, 2013 at 12:28 am
admin May 15, 2013 at 8:22 am

terima kasih ye

Reply

Hazmin Hamudin May 15, 2013 at 8:53 am

Tahniah… Kereta memang benda wishlist budak2 muda baru dapat kerja kan. hehe
Hazmin Hamudin recently posted..Wordless Wednesday | Dublin Spire

Reply

sukma May 15, 2013 at 2:05 pm

tahniah TYKA….ada guna kabel tak? Biasa dorang keje gomen ada guna kabel….!
sukma recently posted..WORDLESS WEDNESDAY #09

Reply

jawatan kosong May 16, 2013 at 1:12 pm

cari jawatan kosong ? sila ke jawatan kosong di malaysia

Reply

List Kerja Di Rumah May 17, 2013 at 5:42 pm

Saya tak sangka yang boleh dari Msia juga setanding dgn blog dari luar.

Tahniah blogger Msia.
List Kerja Di Rumah recently posted..List Kerja Di Rumah

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: