Alhamdulillah kawan satu kelas sewaktu sekolah menengah sudah sah menjadi seorang isteri. Kawan ni lah sentiasa balik sekolah sama-sama, pergi kelas tambahan sama-sama, belajar peperiksaan SPM sama-sama, dia masuk hospital aku pernah jaga. Macam-macam kenangan manis bersama dengan beliau.
Dalam kelas tu suka bertukar tempat dengan dia. Kalau nak jawab soalan matematik tu aku dengan dia je la jawab sampai tercampak-campak kalkulator tu sebab nak cepat sangat pergi jawab kat depan. Sehingga kitorang berdua kena perli dengan budak belakang “cikgu, biar je la tyka dengan yani jawab”.
Apabila teringat zaman sekolah, memang amat terasa rindunya pada zaman persekolahan. Jadi tadi kami dapat berkumpul semula, kemudian kumpul dalam satu meja cerita balik kenangan dulu-dulu. Bukan main gelak kitorang. Pengantin siap tak bagi kitorang balik dulu sebab nak borak.
Kawan aku yang perempuan tu ya. Selesai dah dia. Aku ni bila agaknya. Mungkin lepas aku kurus ni baru boleh fokus kepada peminat.
Semasa peluk dia, kami sama-sama menangis. Entah kenapa touching sangat. Apa pun tahniah kepada kawan rapatku Alyani Bt. Sarngungi. Love You Always.
Tahu tak rumah dia kat mana? Pernah dengar cerita rumah hantu di seksyen 2, Shah Alam? Ha, rumah dia sederet sahaja dengan rumah hantu. Dulu masa balik sekolah pernah juga masuk. Tak ada apa pun. Mungkin dulu tempatnya belum keras sangat.
p/s : Bila tengok dia dah kahwin, terasa diri ini pun tak sabar nak kahwin.
{ 12 comments… read them below or add one }
lepas ni giliran datin tyka la pula..=)
Puan Bardboo recently posted..Tawaran Menarik Buat Rakan Blogger
Tahniah buat sahabat Tyka, smoga lepas ni giliran Tyka pulak ye, insyaAllah Myra Jay recently posted..MasterChef Selebriti Malaysia 2 – Episod Penyingkiran 2
perempuan, memang sikit-sikit nangis aje..
titan recently posted..Senaman kardio dapat hilangkan perut buncit dan kuruskan badan.
hahaha…ambe tunggu apa kata datin tyka =)
hafizmd recently posted..Kerana Roti Canai?
selamat penganting baru kepada sahabt DT…!! lepas ni DT buat resepsi ala2 zorro
KiD recently posted..Kena Dera Mama Angkat
Selamat pengantin baru buat sahabat DT
wazy recently posted..10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa
kawin cepat jgn x kawin
Juan recently posted..Habbatus Sauda – Jintan Hitam
Sayapun nak tanya bila Tika kahwin?
Oneblogsocial recently posted..Review Untuk Ajumohit.com
Selamat pengantin baru buat sahabat datin, moga jodoh keakhir hayat.
Denaihati recently posted..Senarai Penuh Calon Parlimen PRU13
Datin Tyka biler lagi.hehe
BeritaKaki recently posted..Demi Tugas, Wartawan Wanita Ini Tinggalkan Majlis Perkahwinannya
Selamat pengantin baru buat kawan DT. Moga2 bahgia dunia akhirat.
Ambe nak tanya
tapi kat atas dah ramai yg tanya
sedangkan DT dah cakap jawapannya
sudah baca bertanyalah pula
hafizmd recently posted..Kerana Roti Canai?
selamat pengantin baru buat member tuh. semoga kekal hingga akhir hayat
eiela recently posted..Anak Minta Ibu Doakan Kejayaan Peperiksaan