Kita hidup ini, jangan lah berlagak. Lagi-lagi kita jangan berlagak dengan yang Mencipta, Allah S.W.T.
“Jangan kau berlagak ada kereta mewah, sedangkan kau berhutang”.
“Jangan kau berlagak ada telefon mewah dan banyak, sedangkan kau berhutang”.
“Jangan kau berlagak makan di hotel 5 bintang, sedangkan kau berhutang”.
“Jangan kau berlagak memakai baju yang bergaya, sedangkan kau berhutang”.
Berhutang kerana menggunakan kad kredit.
Bila hutang dah keliling pinggang dan bank dah cari, mula lah rasa risau dan resah. Waktu itu tak boleh fikir apa, melainkan “ALONG”. Bila dah terlibat dengan along, hidup makin gelap.
Walaupun kita ada duit nak bayar semula pada along, hidup masih belum terang. Along ada sentiasa dengan kita sebabnya mereka sentiasa ada bunga, daun, pokok, atau akar.
Jangan sesekali minta tolong pada along. Sebab itu kita ada Allah S.W.T, bila kita dalam kesusahan, mohon padaNya minta permudahkan.
Oleh itu, jangan kita berlagak dengan kemewahan kita. Bila kita mewah, kita menjadi berlagak dan riak. Terlupa pada Allah S.W.T yang memberi rezeki pada kita. Sekelip mata Allah boleh balas.
Sebaliknya, bila kita mewah dan sentiasa bersyukur padaNya, Allah akan lebih sayang pada kita dan memberi rezeki lebih banyak lagi. Betul tak?
Akhir kata, jangan lah berlagak dengan sesiapa terutamanya pada Allah S.W.T. Jangan terlalu ikut kawan, kawan ada kereta BMW, kita pun nak Audi, kawan ada iphone 5s, kita nak juga. Jadi diri sendiri dan sentiasa bersyukur apa yang ada.
{ 27 comments… read them below or add one }
tak guna pun nak berlagak-lagak kan? Plus, roda kehidupan tidak selalunya di atas…
eyriqazz recently posted..Perkhidmatan Sewa Mesin Chocolate Fountain
setuju. ada kalanya diatas dan ada kalanya dibawah.
biarlah rasa semua tempat atas dan bawah bila jadi roda tu wandisini recently posted..Kereta Rempuh Kenduri Kahwin
Nak berlagakpun dapat apa. Kita pun dulu bermulu dari bawah.. Pernah merasa berada di bawah. Satu hari kena tarik semua abis terduduk blk.
Hazmin Hamudin recently posted..Ranking Alexa Semakin Menurun
hidup sedarhana…kita tak guna kad kredit…
sukma recently posted..WORDLESS WEDNESDAY #
jangan sesekali guna kad kredit.. seska nanti
saya dah lama tak pakai kad kredit. biar bajet kurang sikit asalkan tiada hutang yang bertambah.
Ladfe Amir recently posted..Ketenangan Sepintas Lalu
betul tu. kalau bole jangan la guna kad kredit ni.. nampak senang, tapi nanti nak bayar.. huihhhh
okehh..tak berlagak dahh..
titan recently posted..Penat + malas = Kekacakan terserlah.
berlagak terlampau dia ni
mana ada. gua dah insap.
titan recently posted..Pernah Tak? – Part 1
Alhamdulillah insaf juga akhirnya
berlagak dan sombong memang merugikan diri sendiri.
Denaihati recently posted..Blog Kenapa disable right-click
tak dapat apa kalau sombong kan.. tak ramai kawan…
ukur baju di badan sendiri itu lebih baik kan…opss takde niat nak ngate datin yer pasal saiz baju…hehe
ejam recently posted..Memadamkan Semua Video Heliza Helmi di Youtube.
amboi kemain dia.. takpe takpe. nanti dah kurus nak try ukur sendiri.. ahhaha
biarlah kita ikut resmi padi
semakin berisi semakin tunduk :0
auc recently posted..Cek ke 3 dari Nuffnang
jangan… jangan berlagak sangat.. kelak kau digelak.. eh..
KiD recently posted..Shakiddo Bakal Jadi Penggusti?
tak baik gelakkan orang tau.. kid kid… iskh iskh
low profile sudah,hati pun senang wazy recently posted..Naikkan Like Fan Pages Anda Dengan GilaPing.Com
macam bro kan.. hihiih
tak mo..nak jadi biasa2 .slu kata org bila kaya..jawatan tinggi akan mudah lupa asal kita yg dulu bagaimana.
terima ksh utk ingatan ini.
suri recently posted..Membuat Patung !
same same kita ingatkan… jadi sederhana lebih baik.. rilekss je
Hutang buat hidup tak tenteram. Kaya itu perlu tapi untuk didermakan.. jadi tak sempat la nak berlagak..hehe
elieza recently posted..E-filing done.
hidup bersederhana lebih best kan.. tenang je rase
Tak guna kita berlagak, semuanya hanyalah sementara. Terbaiklah datin!
terkejut ambe tgk header..garang =)
hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #33 Oh! 26 Inci
tak kira nak berlagak jugak kui,kui,kui
onlajer recently posted..Password
alonggg.. tangkap dia ni