Tak kisah lah mana-mana yang digelar UNDI.
Sebagai contoh :-
1) Politik
- Dalam 5 tahun ni, tak pernah kenal siapa DUN. Semua parti sama saja. Dah nak masuk musim mengundi ini, baru la tahu dia ni DUN untuk kawasan tersebut. (Kalau DUN tempat anda aktif, bersyukur lah dan undi la DUN tersebut)
- Lepas tu muncul pula BR1M, Bl1m, dan 1M lagi. Apa pun terima kasih pada kerajaan.
- Tiba-tiba muncul pelbagai SMS, dari parti ini lah, dari parti itu lah. Kan membazir. Aku tak perlu kata-kata bodek, aku tahu siapa aku akan mengundi.
2) Blogger
- Sekarang ni ada musim undi untuk blogger juga. Baru muncul entri tentang Undi. Bagus-bagus, usaha lebih ya kalau nak menang.
- Sebelum ini tak pernah chat, dah boleh chat-chat dah. Ada sesetengah itu aku kenal, kalau bukan sebab undi pun blogger tu memang selalu borak. Ini tidak, beri salam terus minta undi. Amboi! Masa aku minta like gambar aku, tak ada pun. Balas dendam balik, tak nak undi blog dia.
- Aku akan undi blog yang betul-betul layak. Yang blog nya kemas, ada pengomen setia, dan sentiasa update blog. Bayangkan blog dia tak ada komen, tapi boleh menang sebab sekarang kan ada servis untuk tolong like, tolong vote. Layak ke? Tak kan.
3) Universiti
- Masa nak pilihanraya mahasiswa, baru nak muncul. Baru tahu “oh dia student sini”. Sepatutnya calon-calon ini kena aktif dari awal. Maksud nya aktfi dari segi dalam persatuan ke, aktif bersukan ke. Baru pelajar lain rasa yakin untuk mengundi. Betul tak?
- Aku tercalon dalam pemilihan wakil pelajar pun sebelum itu aku dah termuncul dalam kampus. Sebab aku aktif dengan komander dan exco Majlis Sukan Pelajar. Baru orang nak undi sebab dah kenal kan. (ceh, syok sendiri dah ni.)
Tapi itu lah hakikatnya dan adat bagi “MENGUNDI”. Mana-mana pun sama saja. Walau bagaimana pun, selamat mengundi semua.
{ 17 comments… read them below or add one }
hahahahahaha tetiba terasa dekat diri sendiri sikit-sikit. hehehehe. tapi memang betollah tu. ramai yg muncul bila ada sesuatu
Lizz recently posted..Kelebihan Mengamalkan Surah Al-Kahfi
opsss. sorry .. tak mention nama tau.. hehehe…
tu la hakikatnya…
berkempen namanya tu…heeee. tapi kalau betul tiba2 muncul tah datang dari mana memang payah orang nak percaya.
Denaihati recently posted..iPhone 5 Blogger yang mencapai impian
kalau kempen tak apa DH, ni tiba tiba muncul.. add friend, terus promote.. salam perkenalan pun idak lagi..
bab bab undi ni memang sentiasa berlaku , ada yang kadang kadang terus terjah dekat facebook dengan tak bagi salam dengan tak pernah berborak sebelum ni tetibe je ‘hai boleh tolong vote saya , bla bla bla bla ‘ erghhh !before ni kalau kite tegur haremmm tak -.-balas ,kalau balas OK tu boleh jadi K je -.-”
tau takpe kan… bila kita minta pertolongan, dia diam.. bila time dia, bukan main.. hari hari plak tu..
bukan mengundi,
spesifiknya bila ia melibatkan ‘kepentingan’ tak kira untuk apa baru muncul.
takde duit nak pinjam duit mulalah rapat gesel2. hahaha
Izwan recently posted..Panduan Mencari Tempat Latihan Industri atau Praktikal
a ahkan.. betul juga tu…
atau pun pinjam kereta ke, ia lah.. itu lah namanya manusia kan… he he
Mari la mari, kita mengundi. Hehe.
Ambek contoh terdekat nak2 dekat PRU13 ni Izzat Eshak recently posted..Exchange link
jom kita ngundi yang bagus je.. jangan sebab hensem ke, cantik ke.. he he
menusuk ke jantung! haha! adat berkempen…
selama ni menyorok tetiba muncul tagih simpati mahupun undi
MK Kimi recently posted..10 Blogger Terbaik Malaysia
hahaha…
that’s why kene friendly..
agreed lah with u…
yg tiba2 muncul tu nampak sgt nak meraih undi… tak psg strategi lgsg… haha
hahaha kannnn..
kempen pun ada cara..
iskh tak pandai nak berpolitik langsung.. aahahha
Nampaknya wakil di kawasan saya yang paling bagus. Sebelum nak pilihanraya pun, mereka sama saja dgn hampir nak pilihanraya.
Penutup longkang tidak juga dibaiki-baiki dan dibiarkan tersumbat walaupun tempat rosak betul-betul dihadapan pejabatnya. Itulah, nampaknya, beliau tidak hipokrit Haniz recently posted..Giveaway Pertama dari Haniz.com!
sudah complain ke?
Undi itu sesuatu yang biasa, dari kanak sehinggalah orang tua bab undi ni memang lumrah…sebab undi tu adalah memilih, Jadi bab Pilihanraya ke 13 ni kita yang layak mengundi berhak memilih mana-mana pemimpin, apa yang wajib bagi orang Islam itu ialah pilihlah atau undilah parti ataupun calon yang memberikan keuntungan kepada Islam. Seandainya calon itu kedua-dua bukan Islam maka undilah yang hampir cenderung kepada Islam serta menolak rasuah atau penyelewengan…SELAMAT MENGUNDI DAN SAYANGKAN MALAYSIA..