Khas Untuk Orang Gemuk

by admin on June 1, 2012 · 12 comments

Kejam tak tajuk entri ni? Usah risau, usah sedih, usah dendam. Kerana aku sendiri gemuk. Tak percaya?

Ni lah gambar aku. Dah lah gemuk, kuat makan. Kesihatan teruk. Apa Pun Tak Boleh.

Kenapa aku nak tulis tentang ni?

Ini kerana petang tadi sewaktu aku sedang leka berenang, tiba-tiba aku terdengar “tengok akak tu, gemuk pon boleh berenang”. Suka-suka dia nak panggil aku macam tu.

Eh tak apa. Betul la orang tu cakap. Memang aku gemuk. Aku bangga dengan diri aku. “Gemuk pon boleh berenang tau! Ingat kurus je boleh berenang. Yang kurus pon tak semua pandai berenang”.

“Gemuk! Gemuk! Gemuk!”

Dah biasa dah dengar. Tak kisah. Orang kata aku gemuk, dah tak hairan. Yang penting aku tak menyusahkan mak bapak aku.

Aku pernah tanya mak aku, “mak, tyka ni gemuk menyusahkan mak tak?”

Mak aku pun jawab, “ni mesti ada orang ejek gemuk kan. Biar kan dorang. Anak mak tak menyusahkan pon.”

Waktu tu aku sekolah lagi. Biasalah budak-budak, mulut macam durian.

Tapi ada orang kata gini pulak “Bukan nak ejek ko gemuk. Tapi ni untuk kesihatan ko jugak”.

Aku sakit bukan kerana gemuk, tapi aku sakit kerana mulut orang. Apa taknya, sewaktu aku gemuk, aku ok je. Siap boleh jadi komander. Panjat gunung. Tapi aku sakit bila orang kata aku gemuk. Lalu aku pon makan ubat kurus. Hah! Amek ko! Sakit teruk terus. Tapi ini sudah takdir. Semoga aku tabah dengan penyakit aku.

Walaupon aku gemuk, aku boleh menjadi seorang komander yang berpangkat tinggi.

Jadi kepada kawan-kawan aku yang gemuk juga, biar orang nak kata apa. Kalau kita rasa kurang selesa, atau dah rasa sakit, kita ubah diri kita. Hanya kita boleh ubah diri kita, bukan orang lain.

Aku sakit sebab orang lain, rasa agak menyesal. Disebabkan aku rasa menyesal, lebih baik aku nasihat kawan aku juga.

“Ubah diri kita untuk diri sendiri, bukan kerana orang lain”

{ 12 comments… read them below or add one }

Abey Mirul June 1, 2012 at 1:21 am

Wah!!!! Terima kasih! Kata-kata semangat nih. Takpe,sabar. Tak habis beras kita pabila diorang mengata. Biasa la,manusia.

Tapi Abey tak gemuk.. Abey “SIHAT”.. Gemuk ni ganas sikit perkataannya.. SIHAT baru cun. Haha. :) Abey Mirul recently posted..Isu Akta Keterangan (Pindaan) 2012 : Wajar atau Tidak Untuk Dilaksanakan?

Reply

admin June 1, 2012 at 7:15 am

ganas kan kata gemuk..
tapi tak kisah dah dengan perkataan “gemuk”
kita tahu diri kita mcm mane..
janji kita sihat..
mulut orang kan.. mcm durian. he he

Reply

Izzuddin Fauzi June 1, 2012 at 8:16 am

Ada aku kesah kau gemuk dan ada aku kesah sesapa pun gemuk… Gemuk tu fizikal je kan… Nothing nak menyebabkan kita merendahkan diri… Komander aku ramai jer yang badan besar-besar anyway kerja mantap… :) Izzuddin Fauzi recently posted..1 Jun 2012 – Mulut Kita Akan Mula Di Kunci

Reply

admin June 1, 2012 at 9:03 am

tu la…
kawan aku pon de yg jeles sebab aku gemuk, aku dapat pangkat KK.. dia tak naik pangkat.. apa tak nya, mulut je yang jalan kerja tak jalan..

Reply

SepasangKerusi June 1, 2012 at 9:45 am

haha. gemuk tu da jadi mainan antara aku ngan kawan2. yang kurus2 pon kitorang panggil gemuk. =P

Reply

admin June 1, 2012 at 7:42 pm

kalo mcm tu tak kisah la..
kalo da biasa ok je..
cer kalau kawan tu gemuk lg ejek, sakit hati dia nnt..

Reply

Nia Lidia June 2, 2012 at 5:36 pm

hehehe, normallah kan mulut manusia. sebenarnya, bila ada yg mengejek kita, sebenarnya dia mengejek ciptaan Allah. Nauzubillah. so ignore je mulut2 tu. buat semak pale je. hahahaha
Nia Lidia recently posted..Trust.

Reply

salina ina December 6, 2012 at 1:10 pm

Slm sy ada mnjual jubah waka with palazzo dn jubah abaya br sulam size utk jubah waka
Dr 2xl dn 4xl mnkla jubah abaya size54@4xl hrga rm 108 trmsok pos’…brmnt ble email sy sy di dausso@

Reply

admin December 6, 2012 at 8:21 pm

ok. in shaa Allah saya akan hubungi jika saya berminat ye

Reply

ida December 28, 2012 at 4:54 pm

orang bile pnt brenti gak mngata.. tpi mnyakitkn… :-)

Reply

sue February 27, 2013 at 10:26 am

Dear Tyka….

Just want to share with u about DX Lingeri by Elken..

Diperbuat dr kain Egyptian cotton yg digunakan utk mumia, kain xkan reput n sangat selesa, tiada besi, tetapi tetulang teflon yg mudah lentur sangat membantu melangsingkan badan tanpa rasa senak, sgt selesa di pakai ketika period, lepas bersalin, mudah di pakai n takp perlu buka ketika solat..
Rugi sgt saya tak kenal benda ni dari awal… Boleh turunkan berat badan dan menyingkir lemak tanpa sedar…
Sekiranya set korset longgar boleh alter sehingga saiz mana kite mampu kurus.. Tak perlu diet, mudah di pakai..
Utk pertanyaan lanjut dan free fitting boleh hubungi sy di 01112191811… Celebrity choice.. Rozita Che Wan, Dato’ Siti Norhaliza, Stacy, Raja Ema n ramai lg..

Reply

Nurfarhan Natasya April 23, 2013 at 7:03 pm

Assalamualaikum kak.. saya farhan natasya. Dulu berat saya 98kg.. dan saya hanya boleh period 2 kali setahun… doktor pun ckp saya kene lose weight ..kalo x saya akan jadi perempuan yg xboleh period..which is berita tu sgt menyakitkan saya… tapi lepas saya jumpe makanan cellular.. saya turun 10kg dlm masa 4 bulan.. alhamdullilah..period saya kembali normal.. dulu pakai sluar size 38 skg dah pakai size 34.. kalo akak berminat nak lose weight secara sihat dan menjadi lebih sihat.. contact saya 0132037120

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: