Ceraikan I! Ceraikan I!

by admin on June 1, 2012 · 4 comments

“Ceraikan I, Ceraikan I”

Itu lah aku dengar tadi di lobby. Aku balik dari mandi laut lalu nak balik ke bilik. Masa nak balik tu dengar “Ceraikan I, Ceraikan I”

Tapi tak ada lah aku ni kepoh sangat nak tahu kan. Biarkan lah mereka. Masalah rumahtangga lah tu. Mungkin aku terfikir suami dia curang kot. Tidur bersama dengan wanita lain dekat hotel. Aku agak je. Selalu dalam TV macam tu.

Jadi lelaki luar sana, kalau isteri anda minta cerai, korang nak ceraikan tak?  Walaupun si isteri minta cerai sebab kesalahan suami. Harap-harap suami lakukan tanggungjawab dengan baik.

Kalau boleh, jangan lah bercerai. Selagi boleh diselamatkan rumahtangga tu, selamatkan lah. Kalau ada anak-anak, kesian lah dekat anak-anak tu. Tak tahu mereka nak duduk dengan siapa. Nanti turun naik mahkamah minta hak untuk penjagaan. Dari korang membazir masa turun-naik mahkamah, baik bawa anak-anak pergi jalan-jalan. Macam aku sekarang, tengah bercuti di Port Dickson.

Lelaki selagi boleh bersabar, bersabar ye. Perempuan kadang-kadang tu uji sahaja minta cerai. Nak tengok lelaki sabar ke idak. Mulut saja lebih tapi hati sayang tau.

Macam aku dalam percintaan, berapa kali dah putus, sambung balik couple. Putus lagi, sambung lagi. Kadang-kadang tu si BF tu siap cakap “putus? ha putus je la kang sambung balik”. Dah biasa dah. Tapi harap dah kahwin jangan main-main. Cerai 3 kali tak boleh nak sambung lagi.

Aku harap pasangan suami isteri yang aku terserempak tadi berbahagia lah. Kalau ye pon nak minta cerai pergi dalam kereta. Jangan umum. Malu je tadi aku tengok.

Semoga kita aman damai ye.

{ 4 comments… read them below or add one }

Elie June 2, 2012 at 12:02 am

ceraikan i..ceraikan i…smpai ati u buat i camnie..i xrela taw..auuwwww
Elie recently posted..Cara Meluahkan Sayang Kepada Seorang Lelaki

Reply

admin June 2, 2012 at 12:10 am

u yang curang dengan i…

Reply

Denaihati June 2, 2012 at 10:57 am

kalau boyfriend n girlfrind bercerai perkara kecik je, suami isteri kena sangat berhati bab cerai berai ni, ikut emosi memang menyusahkan diri.

Reply

muazfaris June 5, 2012 at 10:10 pm

ceraikan je.. haha

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: