Facebook Membuatkan Aku Menjadi Seorang Penakut

by admin on March 26, 2012 · 0 comments

Post ini adalah luahan aku. Siapa terasa maaf. Maaf sangat sangat. Baca dulu apa yang aku nak luahkan.

Aku rasa ramai tahu yang FB ni boleh membuatkan dapat ramai kawan,merapatkan silaturrahim dan sebagainya. Kan? Dan aku rasa ramai juga tahu yang FB ini boleh membuat dan membawa musuh.

Aku jadikan post ini sebagai kehidupan aku sendiri yang terjadi sekarang. Kenapa aku kata FB membuatkan aku jadi penakut. Di sini, aku mengaku , kalau aku geram dengan seseorang tu aku akan update dekat status. Sikit sikit dekat status. Tapi bila dah tersedar dari “hasutan syaitan” , kenapa aku tak direct privately atau personally pada orang yang aku geram atau bengang tu?

Sebab aku takut. Aku hipokrit. Dalam masa yang sama aku rasa puas bila aku luahkan dekat status FB, Tapi sejujurnya dekat FB hanya luahkan dan juga erti kata lain “memerli”. Yang sebenarnya, diari aku mention semua nama yang aku benci, aku bengang dan aku geram. Di diari lah aku maki hamun kepada yang berkenaan.

Kadang-kadang tu, aku update status pasal orang lain, tapi orang lain yang terasa. Apa maksudnya tu? Maknanya dia juga yang buat kan dan kantoi lah di situ.

Alahai FB, aku jadi penakut kerana kau, aku bergaduh kerana kau, aku dapat jodoh kerana kau, aku dapat  ilmu kerana kau, aku dapat kawan-kawan baru kerana kau.

Oleh itu, aku akan muhasabah diri tentang FB ini.

Yang baik datang dariNya, yang buruk datang dari diriku sendiri.
Wasalam~

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: