Blog Tyka

Flower

Archive for August, 2011

Bakal Suami Siti Atikah

Ramai sangat bertanya siapa yang akan menjadi bakal suami Siti Atikah (aku lah) … jadi hari ini aku nak tunjuk siapa orangnya …

¦

¦

¦

¦

¦

¦

¦

¦

¦

¦

¦

¦

?

hahaha . kena tipu .

kenal tak siapa dia ni ? ni lah Juara Akademi Al-Quran Musim Pertama .. namanya Abdullah Fahmi berasal dari Kelantan .. semalam tengok AQ .. teringat  pulak kat dia .. aku minat sangat dengan dia .. suara nya memang best ..

Beliau sambung belajar di Mesir dalam bidang Qiraat .. aku pon nanti nak belajar Qiraat ..

Beliau pernah menjadi Imam di Mesir .. MashaAllah , bangga sebentar kerana rakyat Malaysia boleh menjadi Imam di Mesir .. Subhanallah ..

Sayang seribu kali sayang .. beliau sudah pon berkahwin …

Fahmi dan Isterinya

semoga bahagia dan diredhai oleh Allah S.W.T hingga akhir hayat .. InsyaAllah ..

*****

Siapa lah nak jadi suami aku ni .. bosan jadi single ni .. ke aku ni memilih sangat ..

Wordless Wednesday #9

Tawar Hati Nak Review Blog

ah .. malas la aku nak buat lagi .. aku ni cepat sentap .. ada ke patut anon kata gini ” blog ni tak hebat mana , tak payah nak review blog orang lain”

hrmmm ..

sedihnya aku .. sebab tu aku cakap , aku tak hebat mana ..

merajuk .. tak nak review blog lagi ..

maaf ye kawan kawan yang aku dah review .. kalau terasa hati maaf lah … yang lain yang minta review blog korang , maaflah .. aku tak dapat teruskan .. hati dah terluka . tak tau siapa boleh rawatkan ..

:( ;-( ;-( ;-( ;-(

Pengalaman Ke Gua Hira’

Esok Rabu .. esok Nuzul Al-Quran .. pasti umat Islam tahu kan apa itu Nuzul Al-Quran .. Ianya adalah hari turunnya Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W  di Gua Hira’.. harap-harap semua tahu lah maksud Nuzul Al-Quran ..

tahun 2005 aku telah pon pergi menunaikan umrah .. dan mutawif kami membawa kami ke gua hira’ ni .. fuhhh .. memang mencabar naik gua ni … ianya adalah gunung .. sangat tinggi .. tak ada rumput , ianya cuma batu dan pasir .. senang sangat tergelincir .. tapi alhamdulillah aku tak ada sebarang kecederaan pon walaupon ada sedikit tergelincir ..

dalam 1 jam setengah kitorang mendaki .. setelah sampai puncak , aku ingatkan dah sampai .. rupanya dia kena lalu satu batu yang sangat sempit untuk masuk ke gua tu ..agak gayat bila dah sampai puncak lepas tu kena turun balik … seram jugak dibuatnya ..

aku dan kakak di gua hira'

mengikut pengalaman ustaz , orang gemuk boleh masuk tetapi ada orang kurus tak boleh masuk .. sebabnya dia ada buat salah ketika di tanah suci tu ..kesalahannya adalah mengumpat . orang tu mengaku .. maka ustaz suruh dia minta ampun di situ juga , kemudian dia cuba masuk dan lepas ..

aku gemuk pon risau kot kot tak boleh masukkan .. memang sempit sangat sangat .. alhamdulillah aku lepas ..

bila dah sampai tu rasa lega sangat . kitorang pon bergilir-gilir buat solat sunat dan sujud syukur .. hanya seorang je boleh solat .. muat muat je .. kalau dua orang tu sempit sangat ..  kemudian baca doa selamat , lepas tu turun semula ..

aku orang pertama keluar sebab aku takut nak lalu batu sempit tu .. takut tak muat lagi .. fuh , lepas lagi ..  maka turun la kitorang . aku hanya ambil amasa 30 minit je turun . ye la turun kan . cepat la..

ini je aku dapat kongsikan bersama ..

*****

Ya Allah , berikanlah rezeki lebih kepadaku supaya dapat lagi pergi ke tanah suci .. amin .

Yusry Dan Lisa Surihani Tak Kata Apa-Apa

aku ni failed sikit tajuk .. alaa bole la ni .. haaa .. aku tengok gosip mengatakan depa nak kahwin .. siapa sahkan ek .. ke semata-mata nak dapatkan traffic eh .. opsss ..

mari kita baca penerangan ni ..

ambil ni sebagai pengajaran .. jangan dapat berita terus kecoh .. kaji dulu betul ke tidak .. see see .. yang suka yusry jangan frust , yang suka lisa pon jangan frust .. depa tak kata apa apa lagi ..

You are currently browsing the Blog Tyka blog archives for August, 2011.