Blog Tyka

Flower

Hormat Dan Terima Kasih Kepada Mereka

Assalamualaikum ,

Kepada siapa kita kena hormat dan terima kasih ni ??

Faham apa maksud ini ? Ya , kepada orang yang mengutip sampah-sampah yang dibuang oleh kita . Pernah tak kita ucap terima kasih ? Pernah tak kita hormat mereka .

Pagi tadi ketika aku membuang sampah aku terserempak dengan mereka ini sekali . Mereka tengah kumpul semua sampah-sampah ke satu tempat supaya senang untuk dipungut .

Masa aku buang itu , aku tergerak hati untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka . Mereka dalam kehairanan . Salah seorang dari mereka tanya begini ” Kenapa terima kasih pula? ” , maka aku pun jawab “Ye la encik , encik sanggup mengutip sampah dari rumah ke rumah ini  ” . ” Tak mengapa , ini sudah kerja kami , kalau tiada kami , hancur la bumi kita ni dik penuh dengan sampah “, kata mereka . Aku pun berkata “betul la encik kan . Eh, encik tunggu jap ye , saya nak ambil baju baju yang masih boleh dipakai tapi kami tak guna lagi , saya bagi kat kamu-kamu semua ye , eh Kejap , encik nak cekodok tak ? mak saya buat lebih tadi . Tunggu ye ” ..

Ini lah suasana yang berlaku pagi tadi sambil mereka tunggu rakan yang memandu lori masuk ke lorong kami .. Ada yang suka dapat baju , katanya , boleh la bagi kat anak saya .. cekodok yang aku bagi tadi mereka kata makan masa rehat nanti , tangan mereka kotor katanya.. aku pun senyum saje .. tapi dalam hati aku , sedih yang amat .. Bagi aku , mereka tak kotor , mereka lah paling suci sebenarnya .

Mengalir sebentar air mata ku tadi kerana pesanan salah seorang untuk terakhir adalah , “Dik kalau masih belajar , belajar elok-elok , ada anak nanti , didik mereka betul-betul ye” .. Pesanan ni memang aku akan ingat sampai bila-bila ..

Pesanan aku kepada korang pula , janganlah sesekali menutup hidung ketika lori sampah lalu depan kita .. apa salahnya tahan nafas sebentar saja .. Mereka setiap saat bau sampah-sampah yang busuk tapi kita baru sebentar sudah tidak tahan bau nya .. Kita juga yang membuang sampah kan.. Jadi “hormat dan ucapkan terima kasih kepada mereka” .

Related posts:

  1. Terima Kasih Ame Elms
  2. Terima Kasih Sahabat Blogger Dot Net
  3. kawan ku di UiTM Segamat
  4. Blog Review oleh OnlyZul
  5. Contest Apa Kata Mereka

Tags: ,

7 Responses to “Hormat Dan Terima Kasih Kepada Mereka”

  1. July 4th, 2011 at 4:22 pm

    Alia says:

    CITA CITA SAYA NAK JADI PENGUTIP SAMAPH SEBAB SAYA NAK BERSIHKAN DUNIA . ALMAKLUM DUNIA SEKRANG MAKIN KOTOR . EH , KENAPA TANYA AKU KENAPA GUNA HURUF BESAR ? CAPS LOCK ADIK RUSAK KER ; :wink:

  2. July 4th, 2011 at 5:13 pm

    admin says:

    bagus la adik , kalau nak jadi camni .. bersihkan rumah kakak setiap hari ye adik

  3. July 4th, 2011 at 7:33 pm

    mankuchai says:

    Hmm tak terfikir pulak nak ucapkan terima kasih selama ni.,terima kasih kerana menyedarkan,sgt mulia hati datin ni :) mankuchai recently posted..Titah Agong berunding bukan makna Bersih sudah tewas, kata penganalisis

  4. July 4th, 2011 at 8:13 pm

    admin says:

    eh kita sama sama manusia dan sama sama mengingatkan antara satu sama lain . he he.

  5. July 4th, 2011 at 9:51 pm

    IEB says:

    Serius sedih….. ieb tak leh gk mreka tyka…. mesti sebak….. lelagi tgk makcol cleaner yg dh berumur
    IEB recently posted..Gara-gara Tanjat Boboi Menjadi Tanjat Bebenn Ujang Termengandung

  6. July 4th, 2011 at 10:21 pm

    admin says:

    tahu tak apa .. kalo kt kampus tu makcik cleaner rehat kat bawah tangga , tapi kita lalu je tangga tu .. sedih nya :(

  7. July 4th, 2011 at 11:39 pm

    Eichikatsu says:

    Itulah sebab kenapa kita perlu sentiasa ucap terima kasih. Lebih² lagi pada Allah yang Maha Esa. Ada hikmah pada semua kejadian yang Dia ciptakan.
    Eichikatsu recently posted..Domain co.cc Dikeluarkan Dari Google Index

Leave a Reply

CommentLuv badge
:D :) ^_^ :( :o 8O :shock: 8) ;-( :lol: xD :wink: :evil: :p :whistle: :woot: :sleep: =] :sick: :straight: :ninja: :love: :kiss: :angel: :bandit: :alien: