Blog Tyka

Flower

Archive for March, 2011

Saya Blogger Gila Trafik

click gambar untuk ke blog beliau

Kepentingan Trafik Kepada Blogger

bagi aku , blogger yang lain akan mendapat lebih ramai follower , reader , commenter , stalker … kalo dorang ada pasang traffic macam aku ni , nombor tu akan menjadi lebih tinggi … kekadang boleh rase famous kejap… hahaha..

biasanya ape anda lakukan untuk mendapatkan trafik

macam aku , aku sekarang tengah buat terjah terjah tu kan.. tapi terstop kejap disebabkan aku busy gila sekarang tapi insyaAllah aku akan sambung semula terjah tu.. bila aku buat terjah tu ramai akan masuk jugak sebab ada yang tengah tunggu turn dan macam macam lagi .. selain tu aku saje buat gosip panas… kita perlu ada banyak idea untuk mendapatkan trafic.. so “lu pikir la sendiri”


Shopping Di Hari Sabtu

Assalamualaikum geng ,

Hari ni aku keluar memang shopping habis lah….

Aku malas nak cerita  lebih ,  sebab penat shopping…  tengok je la barang ape yang aku beli.. aku susun gambar ikut yang mana aku beli dulu… mula mula ……….

Anti-Virus Avira yang original tau.. harga RM 69 .. balik balik aku scan pendrive , gila panjang bunyi tut tut tut .. maksudnya banyak lah virus yang aku simpan dalam ni.. haihh.. ni semua sebab cucuk sana sini…

pastu aku beli number phone baru sebab guna ni murah sikit , 10 sen call , msg 1 sen dan macam macam lagi.. selain itu number dia pon cantik.. hehe.. harga RM30

ni cover hp nokia X6 aku .. color pink.. cantik kan ni harga RM20 dan aku letak anti finger kt lcd hp aku biar tak calar .. RM 15 .. so keseluruhan harga kat kedai ni RM 35…

ni adalah headset bluetooth .. tujuan aku beli ni senang aku nk dengar lagu … bole gerak bebas.. kalo ada wayar kekadang tercekik aku.. muahahha…memang dah lama nk beli ni… so harga dia RM 120

beli hp murah je sebab ada number baru kan…  bole call , bole msg ok la tu… harga RM 80

kemudian aku pergi jumpa senior komander aku untuk beli ubat kurus ni kt SACC Mall…. sebenarnya ia bukan la ubat kurus .. benda ni untuk tambah tenaga kita so that kita bergerak kuat untuk hari hari untuk kurangkan lemak kita.. dlu senior aku ni berat dia 120 kg.. sekarang 70kg … 5okg turun .. memang hebat la kan.. hensem gila kot dia td.. fuhhh badan ketul ketul… heheh tapi takleh la goda , dia nak dekat tunang dah…  hehe… macam macam la dia bagi nasihat tadi .. nanti aku buat satu entry pasal kurus dan diet ni ok… aku akan buat bila berat badan aku betul betul turun … so harga RM 250 .. ubat ni susah nak dapat.. ada dekat US je.. kalo nak , kena order awal awal..

aku beli 3 helai tudung untuk dibawa ke Segamat.. hitam putih adalah warna yang sesuai untuk semua baju.. sebab tu aku beli color hitam putih je.. dah beli tudung beli pin jugak kan.. so harga kesemua ni RM 70…

last sekali aku beli

album Mawi Idolku .. original lagi tau.. RM 29

ni je barang aku yang aku beli untuk hari ini… oh ada lagi , aku balik rumah naik teksi sebab banyak gila barang , cuaca pon nak hujan … kalau balik jalan kaki habis la basah kan.. so harga tiket RM 5..

aku ada soalan untuk entri ni… berapakah jumlah semua ni?? malas la aku nak kira…

Sini Ada Hantu 2011

Rama, Penyelia di syarikat penghantaran dan penyewaan kenderaan sedang mencari pemandu yang sanggup menghantar sebuah keranda ke luar kota dengan kadar segera. Rama berjaya mendapatkan khidmat Ah Meng dan Bakri. Mereka perlu sampai ke destinasi keesokan pagi. Ketika dalam perjalanan, radio van tidak berfungsi. Demi untuk menghilangkan kebosanan dan menghilangkan rasa mengantuk, mereka bercerita tentang kisah seram yang pernah mereka dengar. Bakri memulakan kisahnya tentang hantu pokok pisang… HANTU POKOK PISANG Kisah berlaku di sebuah kampung pedalaman… Zam menaruh hati pada kekasih kawannya sendiri. Noraini adalah kekasih kepada Farid yang terkenal dengan sikap buaya darat. Zam cuba memisahkan mereka berdua. Setelah mendengar cerita tentang hantu pokok pisang daripada seorang dukun, Zam cuba untuk melihatnya melalui cara yang diperkatakan oleh dukun tersebut. Ternyata benar, hantu pokok pisang memang wujud! Zam membawa Farid untuk bertemu ‘kekasihnya’, iaitu hantu pokok pisang. Setelah melalui pengalaman bersama ‘gadis’ tersebut, Farid jadi ketagih. Inilah masanya untuk Zam membuktikan pada Noraini siapa Farid sebenarnya. Zam bawa Noraini ke rumahnya supaya Noraini boleh melihat sendiri kecurangan Farid. Namun keadaan menjadi sebaliknya apabila Noraini memotong kain merah yang menghubungkan pokok pisang dan katil Zam… KISAH SERAM 4D Cerita kedua oleh Ah Meng pula, mengisahkan empat sekawan mahu mendapatkan nombor ekor daripada roh orang mati. Keempat-empat mereka menghadapi masalah kewangan. Mereka terdengar kisah Black Dog memenangi loteri setelah meminta pertolongan daripada roh orang mati. Mereka berempat sepakat untuk mencuba nasib pula. Mereka mengunjungi kubur yang dikatakan hantunya sangat hebat, iaitu seorang perempuan yang berpakaian cheong sam. Tetapi lain pula yang terjadi… Seorang demi seorang akhirnya mati setelah diganggu oleh hantu cheong sam tersebut. TANDAS ASRAMA BERHANTU Kisah ketiga oleh Bakri mengisahkan tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin. Yakob kurang mesra dengan kawan-kawan barunya. Yakob kemudian mendapati mereka semua takut untuk ke tandas di waktu malam kerana dipercayai tempat tersebut pernah dijadikan pangkalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Pada Yakob, itu semua tidak masuk akal. Suatu malam Yakob sakit perut dan terpaksa ke tandas. Amin dan Johan menemankan Yakob. Malangnya, mereka benar-benar berhadapan dengan hantu-hantu Jepun. VAN Cerita keempat membawa penonton kembali kepada Ah Meng dan Bakri yang kini sedang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita. Tiada kereta yang melalui jalan tersebut. Van mereka tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut. Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, mereka pula dikacau hantu pakcik tua yang mahu melarikan van mereka. Ah Meng dan Bakri terpaksa mengejar van tersebut untuk mendapatkan semula keranda yang ada di dalamnya. Dapatkah mereka mencari semula van tersebut? Siapa pakcik tua yang di dalam van tersebut? ‘Sini Ada Hantu’ bakal menemukan jawapannya.

MEDIAFIRE

Part 1 AVI
Part 2 AVI
Part 3 AVI
Part 4 AVI

Part 1 MKV
Part 2 MKV

Part 1 RMVB
Part 2 RMVB

Kembar Siang (2011)

Kembar Siang | SDTVRip | AVI | 700MB | 200MB parts | Screen Res:640X480 | Bitrate : 1179Kbps
Language : Malay
Subtitle : English Hard-Subbed
Pelakon : Kamal Adli, Intan Ladyana, Mat Over, Sabri Yunus, Sathiya, Syanie, Zul Handy Black, Rozita Che Wan, Mazlan Pet Pet, Hamid Gurkha
Kutipan Kasar : RM1.05 Juta
Sinopsis
KEMBAR SIANG menceritakan tentang kehidupan AWAL dan AWI sepasang kembar seiras. AWAL abang dan AWI adik. AWAL normal tetapi AWI sedikit terencat dan lurus bendul kerana pernah mengalami demam panas. Tetapi AWI mempunyai daya ingatan dan kemahiran mengira yang luarbiasa dan sering memberi tuisyen kepada MAZLI dan IZAN, anak sekolah yang sering menemaninya. AWAL dan AWI mewarisi rumah dan kedai runcit peninggalan arwah bapa mereka HAJI SABRAN. Pengurusan kedai runcit itu dilakukan oleh mereka berdua: AWAL jadi bos dan AWI jadi pekerja. Kedai runcit AWAL dan AWI mempunyai saingan dengan sebuah lagi kedai runcit di seberang jalan milik PAK DIN DUDA. Tapi AWAL dan AWI telah dipesan oleh arwah bapa mereka bahawa dalam berniaga mesti sentiasa jujur dan mesra pelanggan. Ini berbeza dengan sikap dan perangai PAK DIN DUDA yang sentiasa mencari peluang untuk mengaut keuntungan. PAK DIN DUDA yang sudah tiga kali menduda mempunyai seorang pekerja, MAK YAM. Tetapi MAK YAM tidak dibayar gaji tetap, tetapi dibayar komisyen pada setiap jualan. MAK YAM mendapati komisyennya sangat sedikit. Kedai PAK DIN DUDA tidak dikunjungi ramai pelanggan kerana barang-barangnya yang sedikit dan harganya pula mahal. PAK DIN DUDA melihat AWI yang rajin dan mahu AWI bekerja di kedainya kerana dia sendiri lebih suka berehat dari bekerja. PAK DIN DUDA pujuk AWI dan berjanji akan carikan gadis cantik jadi isteri AWI. Tetapi rahsia PAK DIN DUDA terbongkar bila dia sendiri tak dapat membezakan yang mana AWI dan yang mana AWAL.

MEGAUPLOAD

HOTFILE

Blog Review oleh OnlyZul

Assalamualaikum geng ,

wah!! aku sangat terharu hari ini… tak sangka aku boleh jadi orang pertama di blog review oleh encik OnlyZul… ngeee

klik gambar untuk ke entry tersebut…

terima kasih ye encik OnlyZul

Zul ni ada buat Segmen Blog Review by OnlyZul , tapi aku tak sempat nak join.. mula mula memang nak join , tapi busy gila weh dengan assignment.. Disebabkan rezeki aku ,aku jadi orang pertama pulak tu.. ngeh ngeh ngeh… yang lain jangan jeles ok …

tu je la buat masa ni.. ape ape pon aku mengucapkan terima kasih kerana sudi follow up with my blog.. ada jugak follow up..  yey !! ok la…

daaaa ~~

*nak sambung terjah ni…

You are currently browsing the Blog Tyka blog archives for March, 2011.