OK sekarang ni aku dah confuse.
Kawan aku cakap yang aku ni gemuk tapi tak gemuk. Macam mana tu eh?
Aku tak kisah orang cakap aku ni gemuk sebab aku memang gemuk. Tapi segemuk-gemuk aku ni, aku rajin berbasikal, aku rajin pergi gym, aku suka mendaki gunung.
Selama aku gemuk ni, aku dapat panjat 3 gunung. Gunung Tebu, Terengganu, Gunung Ledang, Johor dan Gunung Jerai, Kedah. Walaupun aku selalu sampai puncak paling last, at least aku sampai dan mampu mendaki juga kan. Orang lain mendaki dalam 4-5 jam, aku 8-9 jam. Tak kisah lah berapa jam, janji aku dapat naik puncak.
Macam tadi, aku balik dari kerja kemudian terus pergi ke gym. Itu yang kawan aku cakap “ko ni tyka, gemuk, tapi tak gemuk”. Maksudnya, aku ni gemuk, tapi fizikal aku tak macam orang gemuk.
Dalam 90 hari ini, aku target lagi 10kg saja. Bulan September ni, dah ada shape. Sikit pon jadi lah. Jadi, aku akan tahan nafsu makan. Oh tidak!
p/s: semalam mimpi Galaxy Note 8.0. Apa maksudnya?
{ 14 comments… read them below or add one }
kena ambil gambar sebelum dan selepas.. mungkin nampak bezanya
Mus recently posted..Indahnya Saat Ketika Masih Kanak-Kanak
memang akan tunjuk gambar, bila dah nampak bezanya.. tunggu ya
go go go…!!! jom daki gunung shah alam pulak..
KiD recently posted..Peminat SAMSUNG
kat shah alam ada gunung ke? kita panjat gunung samsung aje la
cayalah dt! malu ambe, baru daki satu gunung, gunung tebu….
eh, dt p gym ade instructor tak?
hafizmd recently posted..Teknik Kuruskan Jari & Kuruskan Badan Sepanjang Zaman
DT punya semngat yang tinggi..
Siap panjat gunung tu cayalah Myra Jay recently posted..Skrin Netbook Pecah
Macam mana tuh gemuk tetapi tak gemuk?
gemuk yg tak gemuk tu sebab gemuk air kot. ada gemuk air, ada gemuk lemak. kalau gemuk air, bila on diet memang badan akan turun berat sebab yg hilang tu air. tapi bila off diet, badan akan mudah naik ngan cepat la. berat lemak lak, bila on diet badan akan jadi shape, yg ni amek masa lama la sebab yang dihilangkan tu adalah lemak + toksin dalam badan. tapi orang malaysia kan suka cepat-cepat, so kebanyakan nya yg akan hilang adalah air, bukannya lemak
nazra recently posted..Kulit gebu berseri hanya dengan protein.
teruskan usaha boni ultra kacak recently posted..Blogger-Blogger Otai Di @Santai Dataran Gemilang Putrajaya
PM pun bercadang nak pergi gym nih…:)
papa mifz recently posted..Janda Baik Punya
fizikal gemuk tp aktiviti harian tidak melambangkan org gemuk.gitulah kot. go go go! dah kurus nnt leh jadi model catwalk…haha
MK Kimi recently posted..Light Trail Dari Atas Jambatan
Hahaha…biasa ornag tua-tua kata kalau mimpi mcm tu,…emm entahlah,..haha..ehhh pernah naik gunung tebu gak ke??seronok tak? dapat tengok laut indah malam hari kan dari atas puncak gunung tebu..
Hafizul recently posted..Hidup Mesti Berani
Saya salute dengan awak sebab walaupun dalam keadaan awak, awak masih mampu lagi nak panjat gunung. Orang lain walaupun kurus tapi selangkah nak naik gunung belum tentu. Stamina awak mesti fit ni kan hehe
Bidadari recently posted..Tips untuk ibu mengandung di Bulan Ramadhan
gemok sihat takpe tyka…
Alin Marlini recently posted..Hari Sesak Nafas