Keputusannya

by admin on June 18, 2013 · 28 comments

Berbalik kepada entri sebelum INI, akhirnya aku sudah buat keputusan.

Aku tak ambil Ipad atau Samsung kerana aku akan angkat basikal. Walaupun basikal kurang menolong untuk menguruskan berat badan dari jogging, aku tetap akan ambil basikal.

Kenapa?

Sebab aku minat dalam sukan lasak. Aku seorang yang malas nak jogging. Kalau basikal aku laju saja. Baik aku ambil basikal saja kan.

InsyaAllah aku akan beli basikal mountain bike dalam masa terdekat. Masih cari jenis yang elok dan harga yang murah. Bajet dalam RM 1,300 – RM 1,500. Kena overtime lagi la ni.

Oh ya, mengapa aku tidak mahu ambil gadget?

Ini kerana Samsung Galaxy Tab aku yang version pertama tu masih elok. Tukar bateri, format dah laju dah aku punya tab tu. Walaupun aku punya tab zaman lama, aku patut bersyukur sebab masih boleh guna.

Aku ni jenis tak suka trade in, tak sampai hati. Tunggu la ada rezeki lebih lagi, boleh lah aku angkat Ipad ke, Samsung terbaru ke. Jangan membazir ya!

Tak kisah lah orang sekeliling aku ni ada S4 ke, Ipad ke, Note 2 ke, janji aku boleh guna aku punya gajet ni. Aku kena sedar yang aku tak kaya.

Blackberry aku pun masih boleh telefon. Dah rosak 100%, baru aku cari yang lain.

Jangan membazir!

{ 28 comments… read them below or add one }

akubiomed June 18, 2013 at 1:10 pm

Oh tak jadi beli keputusannya.
akubiomed recently posted..DiGi WWWOW Awards 2013 misi mengundi

Reply

akubiomed June 18, 2013 at 1:10 pm

Kenapa tidak beli treadmill bagus untuk berlari dan kardio.

Reply

admin June 19, 2013 at 1:43 am

tak ada tempat nak letak.. rumah dah penuh..

Reply

titan June 19, 2013 at 7:04 am

setuju. treadmill lebih sesuai kalau nak kuruskan badan. Bagus untuk wat kardio.
titan recently posted..Jobdirumah Payment – Kali ke 37

Reply

KiD June 20, 2013 at 6:51 am

setuju gak… kalo tak, gi gym je lah.. hehhehee
KiD recently posted..Download Aplikasi Android Chef Jo

Reply

Hairul Azni June 18, 2013 at 1:11 pm

Teringin jugak nak beli basikal tapi bajet tak cukup lagi..
Ni salah satu usaha untuk turunkan berat badan ke DT?
Hairul Azni recently posted..Identiti Sebenar Pemilik Blog

Reply

admin June 19, 2013 at 1:43 am

DT pon bajet tak cukup lagi.. kena kumpul lagi duit… ermm kira boleh juga la untuk turun kan berat badan tu

Reply

Norfanil June 18, 2013 at 1:47 pm

dah lama tak naik basikal..
tengok foreigner kat UM naik basikal cm syok pulak..
nak2 keliling tasik..ooo…
Norfanil recently posted..Bila Norfanil Nak Tunjuk Skill Ala Ala Masterchef? – Shakiddo

Reply

admin June 19, 2013 at 1:44 am

jom kita naik basikal.. seronok kalau ramai2 ni

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 3:14 pm

terbaiklah!

bagus jugak tukar2 aktiviti exercise ni, kan?
hafizmd recently posted..Apa Ubat Pencegahan Terbaik?

Reply

admin June 19, 2013 at 1:44 am

betul tu. dalam exercise ni kena pelbagaikannya

Reply

Anuar June 18, 2013 at 3:47 pm

Betul tu.. jangan membazir… Satu keputusan yang bijak… ;) Anuar recently posted..Peluang menjadi Rakan Pemasaran Projek MyKad Smart Shopper (MSSP)

Reply

admin June 19, 2013 at 1:45 am

insyaAllah tidak akan membazir

Reply

AkmaOmar June 18, 2013 at 4:38 pm

Bagus2 jangan membazir, akak pun macam tu tak suka trade in barang, kalau tukar bg kat anakbuah. Akak ada beli basikal exercise yang tak bergerak tu konon2 nak exercise..sekejap je excitednya..duk berabuk dalam stor haha :lol: AkmaOmar recently posted..Kes Perceraian Di Malaysia

Reply

hafizmd June 19, 2013 at 1:26 am

hehehe…teringin jugak nak beli beskal tak bergerak tuh…tp belum sungguh2 lagi…hehe

akak juallah beskal tu :)

Reply

admin June 19, 2013 at 1:46 am

awal awal je rajin kan.. he he.. tu DT tak beli.. kalau beli basikal MTB ni, bole la bersiar siar sekali

Reply

Mus June 18, 2013 at 9:41 pm

memang betul tu.. tak baik membazir..
jangan diikut orang sebelah..
Mus recently posted..Gambar Sekitar Perlumbaan Perahu Naga Di Teluk Likas, Sabah

Reply

admin June 19, 2013 at 1:46 am

insyaAllah tidak akan membazir.. selagi bole guna kita gunakan nya..

Reply

papa mifz June 18, 2013 at 11:28 pm

tahniah atas keputusan bijak yg telah diambil…;)
papa mifz recently posted..Seremban dan Ijok

Reply

admin June 19, 2013 at 1:47 am

he he.. terima kasih atas sokongannya

Reply

titan June 19, 2013 at 7:05 am

apapun, itu hak lu. duit lu. ikut suka hati lu nak beli apa. haha..
titan recently posted..Jobdirumah Payment – Kali ke 37

Reply

faizul June 19, 2013 at 10:05 am

salam sejahtera,

Baguslah kalau gajet yang sedia ada tu elok lagi, tak payah pening kepala nak tukar-tukar baru. Beli basikal tu jauh lebih baik rasanya.

Guna basikal boleh build up muscle, jogging sekadar untuk kardio sahaja. Good choice.
faizul recently posted..Update Blog guna IPad mini

Reply

azwan June 19, 2013 at 12:41 pm

dah boleh berkayuh kat bukit cerakah :) azwan recently posted..Behind The Scene Blogger Voice

Reply

MK Kimi June 19, 2013 at 1:45 pm

beli basikal pon boleh membazir kalau tak guna sepenuhnya. make sure kurus tau..hehe
MK Kimi recently posted..Wordless Wednesday #10 – The Haze Is Killing Me

Reply

Denaihati June 19, 2013 at 4:22 pm

alhamdulillh dah ada keputusan. gadjet akan datang boleh…

Reply

Khairul Zamri June 19, 2013 at 5:00 pm

Good DT u made right decision huhu
Khairul Zamri recently posted..Wordless Wednesday 77 : Pondok Usang

Reply

hafizrahim June 20, 2013 at 6:27 pm

bazir je beli gajet..beli basikal dah cukup bagus..boleh kuatkan stamina..aku nak beli basikal, sampai sekarang tak terbeli lagi..huhu
hafizrahim recently posted..Melayu Boleh!

Reply

Hafizul June 23, 2013 at 1:19 pm

bagus..satu pilihan yang bijak..hehe
Hafizul recently posted..Hidup Mesti Berani

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: