Need or Want

by admin on June 16, 2013 · 21 comments

Need itu adalah keperluan dan Want itu adalah kehendak.

Manusia sering menghadapi dengan masalah ini. Kalau kaya tiada masalah, boleh beli apa yang kita nak cuma boleh dikatakan membazir.

Sekarang aku menghadapi masalah ini. Sama ada aku memerlukan Ipad atau Basikal? Ipad ni digunakan untuk senang nak update blog, serang komen dan macam-macam lagi mengenai internet.

Basikal pula, tujuan nya untuk kuruskan berat badan dan aku nak join Jamboree Mountain Bike. Sebab masa zaman belajar di Universiti dulu, aku seorang yang aktif dalam suka MTB ni. Tapi masa tu guna basikal sponsor dari UiTM. Sekarang ni ada basikal biasa saja. Cadang nak ambil basikal Mountain Bike.

Harganya lebih kurang. Dah solat istikharah, tapi tak nampak apa-apa pula.

Kalau beli Ipad, perlu ke aku fikir angkat Galaxy Note 8.0? Blackberry aku ni pun bole guna call dan FB. Kalau Wechat tu asyik hang saja. Keek lagi la tak ada.

Jadi Ipad Mini atau Galaxy Note atau Basikal?Ipad 4 mak dah ada. Boleh kongsi kalau mak tak kedekut. He he.

Mesti ada kata baik kumpul duit pergi umrah atau haji kan? Sebenarnya dah kumpul dan sudah di ketepikan. Sedang buat rayuan mempercepatkan menunaikan Haji saja ni. Kalau ikut turutan, tahun 2053 nama aku. Entah hidup atau tidak lagi ke tu.

Jadi sekarang aku perlu pendapat dari rakan-rakan blogger. Mana satu aku patut beli? Ipad Mini? Galaxy Note? Basikal?

{ 21 comments… read them below or add one }

akubiomed June 16, 2013 at 8:35 pm

Keputusan yang sukar kalau saya pilih iPad Mini. :-) akubiomed recently posted..Malaysian Invasion Mixed Martial Arts Grand Finals.

Reply

admin June 16, 2013 at 9:04 pm

memang sukar sangat….
bila tadi berborak, katanya tak laju seperti ipad 4.. susah betul nak fikir

Reply

Denaihati June 16, 2013 at 11:32 pm

ada susah jugak dilema ni. kalau dua-dua penting sambar dua-dua je…loan mak..ha ha

Reply

Bidadari June 16, 2013 at 11:40 pm

ipad mini. sebab kalau nak kuruskan badan, basikal bukanlah option wajib. selain basikal, jogging dan berenang paling terbaik untuk senaman cardio.. :) Bidadari recently posted..Telatah : Siput dalam Badan Saya!

Reply

MK Kimi June 17, 2013 at 12:26 am

nk join jamboree tu syarat wajib dia kena ada basikal mountain bike ke?

lg satu, harga basikal lebih kurang ipad mini ke? mak datuk. mahal tuh! Go for galaxy note 8.0.
MK Kimi recently posted..Melayu Boleh

Reply

admin June 17, 2013 at 12:34 am

mountain bike tu at least harga RM1700.. yang ringan punya.
bole je basikal biasa tapi berat basikalnya…

tu la ingat nak angkat GN 8.0.. tunggu lagi 2 bulan lah gini.. huhu

Reply

KiD June 17, 2013 at 1:23 am

kalau kid… pilih samsung galaxy S4.. yeay!!!
KiD recently posted..Undi Bloggers di DiGi WWWOW Awards 2013

Reply

fyna June 17, 2013 at 8:53 am

errr… kalau ikutkan dua2 tue pun pentingkan. hurm. kalau macam tue, angkat je lah dua2.. ^_^
fyna recently posted..Teka-teki Episod Akhir Drama Teduhan Kasih Lakonan Adi Putra

Reply

PerenLee June 17, 2013 at 2:50 pm

Saya rasa basikal sebab untuk kesihatan dan kepuasan fizikal..iPad nanti la,kan ada juga laptop untuk update blog..
PerenLee recently posted..Punca Gigi Kuning

Reply

zool June 17, 2013 at 3:55 pm

saya pilih basikal……
zool recently posted..Ingin menjadi penulis sambilan di blogzool

Reply

titan June 17, 2013 at 6:29 pm

tak yah beli dua-dua. Abaikan. Dua-dua tak penting.

Reply

Hafizul June 17, 2013 at 10:35 pm

Kesian kat DT..bagilah dia satu peluang..hahaha
Hafizul recently posted..Salahkah Aku Jika Tak Sempurna

Reply

kakiblog June 17, 2013 at 9:15 pm

beli sahaja basikal..itu sudah menjadi keperluan untuk kesihatan dan rekreasi..gajet cukup ada PC atau laptop
kakiblog recently posted..Alkisah 10 Pengomen Tegar Bersama Blog Review

Reply

mrhanafi June 17, 2013 at 9:17 pm

buat masa ini ..basikal je lah..nanti kalau lepas haji beli ke 3 barang tersebut pun tak pa.
mrhanafi recently posted..Mustahil MELAYU BOLEH Terkalah

Reply

papa mifz June 17, 2013 at 9:25 pm

semoga dapat membuat keputusan yg topat…:)
papa mifz recently posted..Jom Pindah ke WordPress

Reply

Hafizul June 17, 2013 at 10:34 pm

Beli basikal der…kasi sihatkan badan..bila dah sihat, nanti kawin tak ada masalah badan penat dan selalu tidur awal..si suami pun suka bila kita sihat…hahahaha
Hafizul recently posted..Salahkah Aku Jika Tak Sempurna

Reply

Khairul Zamri June 18, 2013 at 12:19 am

kalau banyak duit tak perlu buat pilihan dah kan, beli je semua haha :) Khairul Zamri recently posted..Candy Crash Saga – Bijak dan Tips

Reply

admin June 18, 2013 at 7:21 am

Sebab tak kaya tu la susah nak buat keputusan. Last tak nak beli pape la

Reply

hazman aka species1980 June 18, 2013 at 11:14 am

Sambar je SAMSUNG GALAXY NOTE 8.0 …. Go for SAMSUNG yea…. yosh !!!
hazman aka species1980 recently posted..Promosi Serunding MIEDA’S PERCUMA seluruh MALAYSIA !!!

Reply

eiela June 18, 2013 at 11:59 am

susah juga nak memilih tuh, kalau teringin sgt2 nak join jamboree dan manfaatkannya dgn sebaik-baiknya belilah mountain bike tuh, tp kalau teringin sgt2 nak beli gadget belilah gadget pilihan, untuk bersenam tak semestinya kita gunakan basikal.
eiela recently posted..Jom Makan Mee Goreng Sempoi Je

Reply

AzizMostafa June 19, 2013 at 9:39 am

> Mana satu aku patut beli? Ipad Mini? Galaxy Note? Basikal?
Bicycle with Flower wheels!
Mesra Selalu + Semoga Berjaya
AzizMostafa recently posted..Summarizing:
Compared to

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: