Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah

by admin on May 28, 2013 · 11 comments

Masih ingat isu ini lagi?

Tapi senyap begitu saja kan.

Sebenarnya kalau Menteri Pendidikan bagi green light ke red light ke, pasti budak-budak ni bawa juga ke sekolah.

Aku dulu pun bawa ke sekolah, siap pernah kena rampas. Tapi aku bawa telefon bimbit ada sebab. Aku berani bawa keluarga aku suruh ambil telefon bimbit aku yang kena rampas.

Jadi, setelah kena rampas, aku bawa juga ke sekolah. Tapi waktu sekolah aku bagi cikgu jaga. Habis sekolah baru aku ambil semula.

Kalau kita berdisiplin, kita tahu waktu bila nak guna.

Sama macam kes anak murid aku sekarang ni. Dia bawa Ipad ke sekolah, tapi atas kebenaran. Dia akan guna Ipad masa cikgu bagi kerja sekolah. Maka dia akan update dekat note.

Kalau kita dulu, guna buku kecil saja kan. Ni tak, dia guna Ipad. Katanya Ipad akan buka setiap masa.  Jadi dia boleh alert.

Cikgu sekolah pun bagi syarat, kalau nampak main waktu belajar, memang akan rampas.

Dalam hal ni, ada budi bicara. Boleh saja budak-budak bawa telefon ke sekolah, tapi cikgu kena tegas lah. Mak ayah pun kena faham kalau rampas tu.

Anak-anak boleh tipu, “mana ada kita main, tiba-tiba cikgu rampas”. Cikgu tak akan rampas sesuka hati. Pasti ada sebab. Tapi sekarang mak ayah lebih percaya anak-anak.

Nanti aku dah ada anak, aku bagi saja anak bawa telefon bimbit tapi aku akan cakap dengan cikgu, kalau nampak anak main telefon bimbit waktu belajar, rampas sahaja.

Anda pula? Bagi tak anak-anak anda bawa telefon bimbit ke sekolah? Kalau kena rampas nak salahkan siapa?

{ 11 comments… read them below or add one }

KiD May 28, 2013 at 9:57 am

kat sekolah masa mengajar kat genting dulu.. dah boleh bawak handphone ke sekolah. almaklumlah sekolah swasta.. yuran setahun pun dah boleh beli kereta kancil sebijik.. ape nak kisah.. hehhehe
KiD recently posted..Smart Pause dan Remote Control Samsung Galaxy S4

Reply

ProfHariz May 28, 2013 at 12:03 pm

Pada pendapat cheq tak perlu. Pakai ja public phone.
ProfHariz recently posted..22 Tips Menghasilkan Artikel Di Saat Ketandusan Idea

Reply

Izzuddin Fauzi May 28, 2013 at 10:32 pm

Sekarang nie pun adik2 kata ramai je kawan dia bwk nfon…
Izzuddin Fauzi recently posted..Awek Aku Neelofa, ex-Aku Yoona SNSD

Reply

sukma May 29, 2013 at 11:15 am

anak akak sekolah berasrama pernah kena rampas handphone 2x, nak tebus balik kena bayar rm 10….dan lagi satu hujung tahun baru boleh dapatkan balik. dah ler tu akak kena pergi sekolah untuk tebus….geram betul dgn anak aku sorang nie…sekolah semua pompuan sekolah arab lagi….ada kawan dia yg tak boleh terima semua nie next year pindah sekolah jer….huhu…
sukma recently posted..RAHSIA KAKI KANAN ANDA

Reply

Ezad Skytech May 29, 2013 at 1:33 pm

terpulang la kan…den pun pernah bawa phone masa sekolah dulu walaupun den pengawas…oppss…tapi takde time2 cikgu tengah mengajar tu, sibuk dok main phone…boleh je nak bawa phone pergi sekolah…tapi budak2 sekarang ni semua phone canggih2…apa tujuan bawa sekolah? nak menunjuk2…? huhu..
Ezad Skytech recently posted..Souvenirs Dari Shanghai

Reply

Khairul Zamri May 29, 2013 at 2:33 pm

sy dulu jadi pengawas antara orang yang rampas sape bawak hp haha, pastu sy bawak juga senyap2 keh3
Khairul Zamri recently posted..Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

Reply

titan May 29, 2013 at 2:54 pm

boleh aje bawa. tapi kalau kena rampas, considered sold la.
titan recently posted..Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

Reply

Mus May 30, 2013 at 9:27 am

Pandai-pandailah jaga telefon..
Keperluan dah sekarang ni
Mus recently posted..Merakam Gambar Burung Di Tingkap Rumah Pada Waktu Pagi

Reply

Hafizul June 6, 2013 at 11:05 am

Emm zaman anak saya nanti, mungkin bukan telefon jer kot boleh bawah..boleh bawa serba serbi nanti kot..hahaha
Hafizul recently posted..Pendapatan Ke 15 Dari Jobdirumah

Reply

Leny June 13, 2013 at 3:09 pm

anak zaman sekarang pasti mau gadget yang canggih untuk dipamerkan ke kawan lain,
Leny recently posted..Bedah dan hernia nucleus pulposus (HNP)

Reply

PerenLee June 15, 2013 at 9:47 pm

Kita kalau nak maju otak kena buka..zaman sudah berubah..fikir positifnya..
PerenLee recently posted..Maksud Warna Air Kencing

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: